Saturday 24 April 2004

Mari main masak-masak...

Dah lama dah tak masak proper. Banyak keje... Ni pun masih banyak lagi. But then I decided to cook properly after this. Haha.. Bukan tak masak... Tak pandai pun. Mesti ada je yang kurang. Garam la.. pedas sangat la.. manis sangat la.. takde rasa la.. macam-macam. Sedih betul... Kekadang kelako gak. Dah besar pun tak pandai masak lagi. Ini lah angkara duduk hostel dari kecik sampai sekarang. (Alasan jer tuh...) Yela... dah dok sorang.. beli je la. Masak sikit-sikit tak best. Lagipun aku tak suka simpan makanan lama-lama. Maklumla.. health cautious gak aku nih ;)

So, mlm tadi aku try masak menu baru. Biasa je sebenarnya... Pengat pisang. Aku suka sangat! Tapi pisang kat sini mahal. Tu yg tak leh nak buat tuh. Cengkodok pisang pun xdpt nak buat. Lama dah aku aim utk wat pengat pisang nih...

Satu hari ni aku ke LiDL.. pasaraya yg baru bukak kat sini. Byk barang dia yg half price! termasuk la pisang. So, apa lagi... Terus dpt idea nak wat pengat. Sebelum tu... tepon mak dulu.. takut salah buat pulak... Tau sebenarnya, tapi saje je nak kan confimation dari pakar masak aku. My beloved MOM!

And aku pun masak... Ala.. kacang je rupanya. Pejam mata pun boleh buat. Rasa sikit... Sedap! Alhamdulillah. Pas ni nak bagi flatmate aku rasa lak. Malaysian Desert - Pengat Pisang @ Coconut milk banana.... ah.. lebih kurang la tu. Yang tak bestnya, aku beli santan yang dibekukan. Masih ada sikit hampas kelapa lagi. Tapi... sedap gak aa.. (Puji diri sendiri nampak!)

Okaylah.. eksperimen kali ni berjaya! Lain kali cuba yang lain pulak kay!

Erm.. korang nak ke resepi dia? Ni ha...

Pengat Pisang

Air (500ml)
Gula perang (1/2 cawan)
Gula pasir (1/2 cawan)
Santan (Sebiji)
Garam (sedukup rasa)
And of course... PISANG (ikut aa berapa byk pun)

Memula...didihkan air. Masukkan gula perang dan santan. Sampai dapat cam warna teh tarik. Didihkan...
Rasa manis kuah.. Kalu tak manis sangat, masukkan gula pasir. sampai rasa cukup manisnya.
Then... letak garam secukup rasa. Tujuannya untuk menambah rasa lemak dalam masakan. Kalau manis saja tak sedap. Kena ada gabungan dua ni.
And... bila didih lagi, masuk pisang. Sebaiknya pisang yang masih keras, dan hampir masak, sebab nanti dah masak lagi lembik jadinya. Tapi, kalau masak sangat, buat cengkodok je la pisang tu... Didihkan sampai rasa santan tu dah masak. Takut kang ada yang sakit perut gamaknya.

Okayla..tu aje resepi aku kali ni.

Ilal liqa' wa maassalamah
Wassalam

Monday 19 April 2004

Penghargaan Allah Terhadap Para Syuhada'

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. Mereka itu adalah orang2 yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang melawat (mencari ilmu pengetahuan dan berjihad), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum2 Allah. Dan gembirakanlah orang2 mukmin itu." (Surah At-Taubah : 111-112)

Begitulah hidup pejuang Islam. Byk kesukaran dan dugaan. Namun balasan Allah amatlah besar bagi mereka yang tetap terus membawa mesej islam ni. Allah beli diri dan harta kita...dijanjikanNya syurga yang kekal abadi...Subhanallah... Maha Suci Allah. Tiada yang dapat menandinginya. Aku ni berjuang dlm bidang yg kecil je. Dalam pelajaran. tu pun dah mengeluh byk. Org dulu2 lagi teruk. Sampai digergaji kepalanya. Terasa teruk sungguh. InsyaAllah.. akan kucuba sedaya upayaku belajar sebaik mungkin utk disumbangkan kepada agama yg suci ini.

Amin...

Saturday 17 April 2004

Cuti-cuti Musim Bunga...

Haritu aku bercerita tentang musim bunga ala omputih...Spring vacation. Sekarang ni versi melayu la pulak. Cuti-Cuti Musim Bunga. Dah masuk minggu akhir dah cuti ni. Kejap je rasanya. Isnin ni mula kelas balik. dan lepas tu...EXAM!!!

Well...itulah lumrah hidup as a student. Okay then.. Kali ni kita ke Brecon pula yea... Sebuah tempat di utara Wales yang diwartakan sebagai National Park. Sebelum ni dah pergi utk main salji. But now kita tengok keindahannya di musim bunga pulak.

Perjalanan mengambil masa sejam setengah. Sebab sampai dah malam.. so, tak tau la mcmmana rupa tempat tu. Bermalam di caravan. Subhanallah.. cantik dan selesa sungguh! Macam bilik kat hotel.. Ingatkan macam dalam cerita Mickey Mouse tu.. Simple je, but its not. Haha! Cuma.. sejuk je.

Spend the time there riding horses, main masak2, cari harta karun dalam Fool's Forest, dan jenjalan sambil menghirup udara segar. and...amik gambar..of course!

Indahnya alam ciptaan Allah ni...
Tak terungkap melalui kata-kata...

Akhir kata... see ya again next time, friends! InsyaAllah...
Ukhwah Fillah...

Tuesday 6 April 2004

Spring Vacation

Baru je balik dr gi jenjalan around UK. Melawat rakan2 yg tinggal di sekitar UK ni. Seronok juga. Release tension sambil rapatkan ukhwah. Tapi yg tak bestnye, hujan sepanjang perjalanan. Banyak makan je... huhuhu... bertambah lagiler... ;)





Sampai je kat Cardiff rasa cam tak sedap badan lak. Makan tak betul agaknye. Anyway... Such a wonderful trip it was!