Thursday 14 December 2006

Do it, With Faith!

Sometimes we just say in ourself that we need Him, we need Him.

But..

Do we actually bow down and pray for Him?
Asking what we really want in life?
With full hearted?
Doing all you can for it?

May Allah be always in OUR heart.

Love you much!

Friday 1 December 2006

View from space

Pernah tak korang baca forwarded email pasal Cat's Eye Nebula dan ayat dlm al-Quran pasal hari kiamat? Hari ni, lepas logout hotmail, ternampak webpage ni... MasyaAllah kagum betul.. Yela.. aku dulu ada gak cita2 nak jadi astronomer.. alih2 jadi chemist.. saintist gak tu kan [hehe].

Webpage pasal gambar2 yg diambil dgn Hubble Space Telescope - ala.. telescope yg besar dan very sophisticated tu.. Pastu aku dgn kagumnya melihat semua gambar2 yg ada.

Satu.. demi satu.. Aku selak (click)

Sehingga aku nampak gambar yg bawah ni. Teringat aku dgn forwarded email yg aku terangkan sebelum ni. MasyaAllah!! Ia terjadi sebab bintang tu pecah atau berevolusi. Begitu juga digambarkan oleh ALlah tentang bumi ni.. Allah dah kata dlm al-Quran.. hari kiamat berlaku cammana.. Then, Allah tambahkan lagi kengerian pasal apa yg akan berlaku dgn cth2 bintang2 lain pecah berkecai yg kini dpt kita lihat (dgn ilmu yg Allah bagi dan dgn kemajuan pengetahuan sains masa kini). Kesaksian ini dinamakan ainul yaqin, seperti yg Allah tunjukkan pada nabi Ibrahim dahulu, masa dia nak tengok camna Allah hidupkan semula beribu2 manusia selepas mati...

Pada nabi Ibrahim a.s, bukti itu menambahkan lagi keyakinan dan kekaguman baginda pada ketuhanan dan kekuasaan Allah..

Pada kita pula.. Camna? Bertambahkah? Kalau ya, apa buktinya? Masih lagi bermalas2 utk gi solat? Mengaji al-Quran? Kuliah agama? Gi usrah?

Study pulak camna? Kerana Allah ke... atau sebab nak nama dan pangkat? Atau.. saje je.. nak isi masa lapang? (Sebab kerajaan dah bagi peluang gi oversea free! Mak ayah yg suruh?) Atau apa? Hanya kita sendiri yg boleh menjawabnya.

Tiada yg abadi di dunia ni, beb.. Everything have a price to pay.. and Syurga? Priceless!!! Lagi mahal dari kristal yg aku tengah sintesis ni (kristal cikai jer)... mahupun Diamond Habib Jewels tu!!! Tiada tandingannya... Wa cakap sama lu!!!

Kalau camtu camna ek?? [Hmmm...]

Ha... jom aa kita start betulkan niat kita sekarang.. begitu juga dgn ibadah kita.. serta tambahkan ilmu supaya kita lebih yakin dgn agama yg kita anuti ini dan Tuhan yg kita sembah - Allah swt. Selagi nyawa dikandung badan.. masih belum terlambat utk semua ini.

Okeh, ganbatte!!! Never Give Up No Matter How Hopeless!!! Believe in Allah!!!

Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi mawar merah seperti (kilapan) minyak. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Ar-Rahman: 37-38)
~*~
Pada hari ketika langit menjadi seperti tembaga cair. Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu (yg bertebangan). Dan tidak ada seorang teman akrab pun menanyakan temannya (Al-Ma'arij: 8-10)
~*~