Monday 17 November 2008

Sepuluh Wasiat Imam Hasan al-Banna

1) Apabila mendengar azan, segerakanlah solat walau bagaimana keadaan sekalipun

2) Bacalah Al-Quran; tatapilah buku2; pergilah mendengar perkara2 baik; amalkan zikrullah; dan jangan sesekali membuang masa dalam perkara yang tidak berfaedah.

3) Berusahalah sedaya upaya utk bertutur dlm bahasa arab kerana ia syiar islam

4) Jangan banyak bertengkar dalam apa2 perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi apa2 kebaikan.

5) Jangan banyak ketawa - hati yg sentiasa berhubung dgn Allah itu sentiasa tenang dan tenteram

6) Jangan bergurau kerana umat yg sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh2 dalam sesuatu perkara

7) Jangan bercakap dengan lebih nyaring dari kadar yg diperlukan kerana ia perbuatan yg sia2 dan akan menyakiti hati org

8) Jauhi dari mengumpat peribadi org, mengecam pertubuhan2, dan jangan bercakap melainkan apa yg boleh memberi kebajikan.

9) Berkenalanlah dengan saudara muslim yg ditemui meskipun mereka tidak meminta utk berkenalan; kerana asas gerakan dakwah itu adalah berkasih sayang dan kenal-mengenal.

10) Kewajipan kita lebih banyak dari masa yg kita ada. Oleh itu, tolonglah saudaramu sendiri tentang cara menggunakan masa dgn berfaedah, dan jika mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

Dipetik dari buku Usrah dan Dakwah tulisan Imam Hasan al-Banna

Saturday 8 November 2008

Wasiat Hassan al-Banna

  • Janganlah engkau berputus asa, kerana berputus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamnya kuat.
  • Bersiap dan bertindaklah, jangan menunggu datangnya esok hari, kerana mungkin engkau tidak mampu berbuat apa2 di esok hari.
  • Kita harus bertindak dan terus melangkah, kerana tiada erti 'berhenti' dalam berjihad.

Dipetik dari buku 'Bagaimana menyentuh hati' oleh Abbas as-Siisi.

Friday 7 November 2008

Aidilfitri 2008

Bangah bagi gambar raya yg lepas. Moga menjadi penguat semangat untuk aku di sini.


Huhu.. jelesnyer diorg ada gambar bersama T_T
Ash dgn anak buah aku yg comei

Matsah & Tasya - She is just TOO cute!