Tuesday, 24 February 2009

Zikir Ilahi, Zikir Hakiki

Lagukan ia setiap masa

-Maria Maarof

Saturday, 21 February 2009

Change the World

Believe in yourself, Don't stop!
Make your own destiny
You can Change the World

Thursday, 12 February 2009

Renungan Pagi

Sejak kebelakangan ni mcm tak semangat je. Ntahla.. letih ke apa. Pastu pagi ni aku terbaca sebahagian ayat Allah lepas solat subuh tadi. Huhu.. Terharu.. Allah bagi peringatan pada aku. Ya Allah, ampuni dosa2ku. Berikan kekuatan pada diriku dlm menghadapi ujian ini.

[146] Dan berapa ramainya nabi yg berperang bersama2 mereka sejumlah besar dari pengikut(nya) yg bertaqwa. Mareka tidak menjadi lemah krn bencana yg menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kpd musuh). Allah menyukai org2 yg SABAR.

[147] Tidak ada doa mereka selain ucapan "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa2 kami dan tindakan2 kami yg berlebih2an dlm urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yg kafir.

[148] Kerana itu Allah memberikan kpd mereka pahala di dunia dan pahala yg baik di akhirat. Dan Allah menyukai org2 yg berbuat kebaikan.

Surah Ali Imran : 146-148

Wednesday, 4 February 2009

4 & 7 FEB

Selamat Hari Lahir kepada yg tersayang...


Emak (4 Feb)


&

Abah (7 Feb)
Semoga panjang umur dan murah rezeki. Dan semoga Allah merahmati segala jasa2 kalian.
[muach!] Huhu.. terasa nak balik umah!

Tuesday, 3 February 2009

Snow


Aku tahu 99% orang dah melaporkannya dalam blog diorg. So aku pun nak menambahkan koleksi report tuh dalam internet. Wakakaka...

Is the heaviest since 18 years in UK. In my house, it grew to 3 inch! Thats quite thick than before. Subhanallah...

Semalam balik pun berjalan dalan snow. Wah.. Terasa dalam cerita fantasi. Only this time its real. Hehe..
Okeh.. esok sambung lagi. GRAND day tomorrow! [wink]

Wednesday, 24 December 2008

Good & Bad

Good news:
Jurujual di kedai kata aku kelihatan berumur 17 thn [smile].

Bad news:
Set sudu, garfu, pisau yg tengah diskaun tu tak boleh dibeli sebab aku xde ID mengesahkan aku lebih 21 thn. Dan diorg xleh jual pisau pada budak bawah umur [aku le tuh]

Aaah... xpe.. yg penting ada org puji aku nampak muda

Hatiku berbunga ria! La.. la.. la..

Monday, 1 December 2008

Musim sejuk & Boot baru

Musim sejuk dtg lagi! Mula dari Oktober yg lepas, salji mula turun sedikit2 di beberapa tempat di UK. Di Cardiff masih belum lagi. Hanya frost di pagi hari, sleet, hujan batu, kabus dan hujan. Tapi masih sejuk. Dan kebelakangan ni dah mula turun hingga bawah 5 darjah Celcius. Sama seperti suhu dalam peti sejuk utk simpan sayur2, buah dan susu.

Makanan yg dah masak tak perlu simpan dalam peti ais sgt.. Kat luar pun dah cukup. Boleh tahan 2 atau 3 hari.

Tapi, waktu2 macam ni la kaki dan tangan sentiasa sejuk. Grr!! Tak tahan sungguh! So, bebaru ni beli boots yang boleh panaskan kat microwave. Alhamdulillah.. Lega rasanya. Pagi2 pun dah kurang bersin sebab sejuk. Heater elektrik pun boleh jimat sikit. Kalau tak, boleh melonjak bil letrik.

Boots ni very comel dan selesa. Nak tengok?





Amacam? cool tak?