Saturday, 6 December 2003

Sahabat Sejati, Ukhwah Nan Abadi......

Hujung minggu raya tu seperti yang dirancang kami akan bertolak ke London. Tiket hanya dibeli mlm sebelum bertolak. Nasib baik ada. Ah... seronoknya tak terkira! Utk bertemu sahabat seperjuanganku semasa di UTM.

Pagi tu hari tak begitu menyebelahi kami. Berjalan ke Central Station dalam kehujanan. Nasib baik dekat je Central Station tu.

Kami ke sana bertiga. Zura, Chef dan aku. Tapi, arah tujuan x sama. Mereka berdua akan ke Eid Conference, bila tiba di London, sementara aku pula akan jumpa Sue n Riza.

Sebelum bertolak, jumpa eejat. Rupanya dia pun akan pergi sama ke London. Ada jamuan Aidilfitri rumah supervisor Petronas katanya. Pagi tu penumpang tak ramai. Ramai sikit bila tiba di NewPort. Kalau dak, mmg bas tu kami 4 org punya aa... Heheh...

Hujan masih lagi turun sepanjang perjalanan ke London. Adakah akan begini sehingga tiba ke London? I wonder.

Sampai di London hujan agak reda. Boleh aa nak redah pun. Sebab dah pukul 12.30, Kami berempat terus berpecah. Zura n Chef naik cab ke conference tu. Aku lak mencari telefon booth utk telefon sue.

Lorrr... rupanya diorg tengah berada kat rumah terbuka. Pelik lak aku. Takkan x amik Che Rozid lagi. Sbb dia tiba lebih awal dr aku. kul 11 td. Rupanya dia mmg xjumpa Che lagi. La... sian la kat budak tuh.

Sue kata Riza akan dtg jemput kami. Aku contact Che utk bgtau hal tu. Rupanya selama sejam lebih dia kat sini dia kata dah round sekitar kawasan ni sampai ke tube. Fuh.. jauh tu. Pastu balik hrtu gak. petang.

Lama jugak kami tunggu si Riza nih. Alas... sampai jugak dia. Rupanya diorg ada metg dgn Dr Mimi. Ala... Rasa bersalah lak nyusahkan diorg. Dahlah time2 diorg nak balik nih.

Kami ke KCL. Aku ke bilik solat utk solat Jamak Asar-Zohor. Hampir terlupa aku yg aku skrg nih leh jamak. Hm... Lepas solat makan nasi yg Riza bawa dr rumah terbuka td. Sedap betul! Alhamdulillah.

Bila sumer dah settle, kami berjalan sekitar London. Tak aa jauh mana pun. Pergi Big Ben, London Eye, amik gambar serba sedikit. Tu pun tatau jadi ke tak, memandangkan hari dah agak gelap. Lepas hantar Che balik, kami pulang ke MARA hostel. Masa tuh aku dah agak letih dah. Bilik diorg tingkat 4 lak tu. Argh!!! Hanya kesabaran yg mengatasi segalanya. Yelah.. at least sampai gak ke bumi London ni. Ke bilik Sue n Riza.

Selesai solat kami berjalan sekitar bandar yg berhampiran dgn hostel. Diorg nak gi tengok souvenir utk dihadiahkan pada sanak saudara dan kenalan di Malaysia. Byk gak yg mereka beli. Aku pun beli skit. Sebagai kenang di London.

Kemudian, setelah Zura & Chef sampai, kami makan kebab sementara mereka berdua masih gi membeli belah di kedai berhampiran. Zura tak sihat. Chef nampak letih.

Setelah hampir kul 10, kami pulang ke hostel. Argh! letih, seletih2nya. Ntah kenapa tah. Tapi, sempat lagi kami berbual. sampai kul 3 pagi lak tu. Aku tak thn sgt tertidur dulu dr diorg. Sorry aa my friends...

Esoknya Sue n Riza masih sambung berkemas. Zura n Chef nak gi jenjalan sekitar London. Kami janji nak jumpa balik di stesen bas nnt.

Su n Riza masih xhabis berkemas. Tapi kena kuar utk beli sedikit lg souvenir yg masih xcukup utk mereka yg tersenarai. Aku ikut je.

Seterusnya, aku malas nak criter. Ntahler... sebab ngantuk dah ni kot. Tapi, yg paling aku sedih ialah time nak pisah dgn Sue n Riza. Walaupun hanya jumpa kejap je, dan tak byk borak. Tapi aku rasa thats more than enough. Dpt jumpa diorg. tatau aa buat kali terakhir ke atau tak. Sebelum balik tu masih leh gelak2 lagi. Tapi bila nak salam dgn diorg, tetiba je rasa sebak. Sensitif tul aku rasa diri aku nih. Mudah sgt nangis.

Teringat masa sama2 di UTM. Byk kenangan kami bersama. Suka, duka, gelak tawa, bergaduh pun ada gak. Normal la tu. Manusia. Tapi itulah yg mengratkan lagi ukhwah kami.

Sahabatku,
Aku doakan agar kalian bahagia dan berjaya dlm menecapai cita-cita yg diidamkan. Moga kita dpt berjumpa di lain masa.
InsyaAllah.
Doakan juga aku di sini.

Friday, 5 December 2003

Suatu Hari Di Hari Raya......

Hari raya yg berlalu bagaikan suatu mimpi buat aku. Bukan apa... Rasa cam x caya je aku beraya di perantauan. Mcm2 terjadi. Ni aa nak criter skit nih...

Pagi raya aku bgn awal, kemas2 sikit sambil dgr takbir di speaker pc dan kemudian bersiap ke masjid. Keluar umah je tengok hujan turun. Agak lebat gak. Masih x ramai orang di masjid. Sorang, sorang muslimat masuk. Sampai penuh ruang yg kosong tadi. Jumpa dgn ramai kengkawan Malaysia yg lain. Chef, Naja, Wan, Kak Sue.... Tapi, yg semalam janji nak jumpa x dtg lagi. Zura. X nampak kelibat dia pun.

Takbir kat sini lain betul. Tak sama langsung alunannya dgn kat Malaysia nyer. Tapi kata2nya masih sama. Memula rasa cam terkejut beruk gak. Sebab ingatkan selama ni yg takbir stail Mesia tu aa yg di ambil bulat2 dr Arab. Rupanya tidak. Hmm....

Kak Sue ajak ke umah dia lepas semayang raya nih. Ada makan2 sikit katanya. Tapi, aku xleh gi. Ada kelas sampai ptg.

Aku xdpt tunggu sampai abis khutbah. Kena keluar awal sbb kelas start kul 10.00. Boring giler rasa dlm kelas tu. Tapi, aku tabahkan hati gak. Kalau xdtg kang xpaham apa yg akan aku ulangkaji nnt.

Lepas kelas aku tepon Zura. Risau gak sbb dia xdtg. Sakit ke, apa ke...

Dia okay je katanya. Borak2 raya aa skit. PAstu pasal nak dt umah dia mlm ni. Tetiba je dia offer aku nak keja ke tak? Sbb ada keje kosong kat Welsh office. Dgn blur-blurnye aku menyatakan tanda setuju aku. Mmg aa sbl ni ada cakap nak keje. Tapi tau2 dpt keje hari first raye! Erm... Sebab hr nih aku mmg xde mood raya, so, aku pun setuju je.

Keje ptg tu was okay. Balik sama dgn Zura sbb janji nak bermlm kat umah dia mlm tu. Ramai org dtg mlm tu. Aku lak tak pasal2 jd org dapur. Ala... bukan x biasa. Okay je.

Zura masak spaghetti kari. Sedap woo... Nnt leh suruh dia masak lagi. Heheh...

Okay... Sebenarnya, xde apa2 pun yg interesting berlaku hr ni. Cuma nak mencoretkan sesuatu sempena first time aku beraya kat Cardiff. Argh! mcm x caya jer...

Tuesday, 25 November 2003

Menjelmanya Syawal Bersama Perginya Ramadhan...

Hari raya menjelma lagi...

Aku berbuka di al-Manar. Seperti biasa.

Lepas berbuka, diumumkan bahawa esoknya adalah 1 Syawal. Kali ini bukan daripada mohor besar raja2. Tapi daripada orang di sini.

Tiada bunga api, kesibukan memasak ketupat rendang di dapur dan lain2 perisapan raya. Even takbir raya pun tidak dilaungkan. Katanya di sini tidak dibenarkan. Mengganggu penduduk di sekitar. Sayu rasa hati. At least takbir raya dpt menimbulkan suasana hari raya. Hari kemenangan setelah sebulan berlawan dgn hawa nafsu. Ini tidak. Senyap dan sunyi.

Tapi di masjid ini masih meriah. Kanak-kanak melakarkan corak di tangan dengan inai. Mcm yg org India buat di Malaysia. Ada juga yang ajak aku sekali. Tapi aku menolak, sebab tak biasa. Ibu-ibu lak rancak berbual sambil minum kopi.

Hari ni pengunjung masjid x ramai. Maybe sebab buat persediaan kat rumah. Atau mmg dah tau yg esok raya. Entahlah. Itu hanya spekulasi aku cuma.

Pulang dari masjid aku gi telefon rumah. Sebak dan sedih rasanya. Tapi, kata-kata mak menyuntik semangatku. Semoga kita dapat bersua di masa akan datang!

Geram sebab xleh nak buka radio IKIM.FM, aku buka takbir. Ulang berkali2. Ah... syahdunya... Sedihnya...

Esok aku cdg nak gi Darul Isra' untuk solat sunat Aidilfitri. InsyaAllah jumpa Zura & kengkawan lain di sana!

Selamat Hari Raya Semua! Maaf Zahir & Batin.

Monday, 17 November 2003

Tour to Cardiff...

Alhamdulillah... segalanya berjalan dgn lancar... Everythin' turned better than planned. Sue, Riza n Zetti, they all came. Aku x sempat masak utk diorg sbb x bbrp sihat. So, kami berbuka di Darul Isra'. Met a lot of Malaysians there. Including Zura n Diyana's housemates. Seronok sgt!

Zetti decided to spend a night at Diyana's house. Sue n Riza still kat bilik aku. Sian kat korang... can't provide the best accomodation for all of you.

Mlm tu Zura ajak gi makan kat peppermint. First time gi sana. Lama perati menu nak makan apa... Hmm... At last aku pilih jeohl madras. Makanan org parkistan. Lama giler tunggu makanan masak. Terkejut gak bila dpt mangkuk kari je. Nak mkn mcmmana nih? pikir aku. Pastu aku n riza pesan aa roti nan dan prata.

Sedap mmg sedap mknn kat sini. Walaupun masih kenyang dgn hidangan masa berbuka td, habis jugak aa aku mkn roti dan kari tuh. Semasa makan sempat lagi aku layan cerita CSI kat tv, sementara sue n zura rancak berborak.

Lepas hantar Zura balik naik teksi, kami pun balik ke bilik. Byk juga yg kami bualkan. Dan... Sue, biasalah, tak sabar nak dgr lagu Inteam yg baru tu... Riza lak x habis2 dgn buku. Aku rasa letih mlm tu. So, tido agak awal. dlm kul 12 gitu. Tapi still batuk2 x hilang. Sampai ke tahap aku muntah. Pastu baru okay skit; tido spi pagi.

Sahur kami mkn kebab je. Panaskan kebab yg Sue beli smlm. Tu pun aku x lalu. Sbb tak terasa apa. Huh! tu baru nikmat merasa makanan yg Allah tarik. Dah rasa lemah dan x sempurna. Tulah... Inikan semua pinjaman semata...

Seperti yg dirancang, pagi kami ke carboot. Lewat skit ke sana. Telefon zura nak bagitau, rupa2nya dia pun baru bgn tido. Alahai... siannya dia. Mesti penat, dahlah balik agak lewat smlm. Sampai di central station, kami jalan ke rumah zura. bukan apa, saje nak amik gambar tepi riverside. Lawa sungguh gambarnye *Tengok aa saper camera girl!* Heheh...

Selesai membeli belah di carboot terus balik bilik sbb pasni nak gi cardiff castle lak. Lepas beli tiket, amik gambar around castle. Kemudian pergi tour ke clock tower. Balik singgah ke gift shop sbl ke Chicken Cottage utk beli mknn berbuka.

Aku n Sue kena rush balik sbb sue xbawa beg dia bersama. ALhamdulillah sampai jua di bilik. Riza n Zetti mesti dah naik bas dah waktu ni. Lepas berbuka aku rasa penat sgt. Batuk makin teruk. Maybe sbb perut dah masuk angin. Aku x dpt hantar Sue naik bas ke stesen. Sorry Sue.

Hmm...Apapun, aku hampir menitiskan air mata sbb sue dah nak balik. Sedih. Tapi managed to control it. Okay je. Semoga kalian semua selamat sampai ke London.

This is a very memorable weekend for me in Cardiff. Terima kasih juga kat Zura sbb jadi tourist guide kami. Kalau tak tentu dah sesat diorg tu. :) Thanks for everything!

Thursday, 13 November 2003

Hanya Tinggal Memori.....

Pagi ni, masa baca Quran, aku teringat masa Ramadhan yg lepas. Waktu kami sama2 bertadarus bersama di kolej. Bersama rakan2 yg lain. Sehari satu juzuk. Punyalah berhempas pulas utk menghabiskan satu juzuk satu mlm. tak habis satu mlm sambung paginya. Semua sebab nak habiskan satu Quran dlm bulan yg mulia ni.

Tahun ni dah slow skit. Namun, aku cuba tampung dgn hafal surah pulak. Ada sister Arab nih yg volunteer nak dgr bacaan aku. Rasa cepat sgt masa berlalu. Hari nih dah masuk 17 Ramadhan. Nuzul Quran...

Ramadhan di sini juga ada kelainannya... Walaubagaimanapun, tetap tak sama dgn tahun lepas..

Ah! Apa diungkit perkara lama. Mulakan hidup dgn hari yg baru. Moga apa yg dilakukan mendapat redha dan rahmat dNya.

Tuesday, 11 November 2003

Ujian di Bulan Ramadhan...

Tak habis2 batuk. Tekak kering betul! Sampai lecturer pun tegur nak bagi aku air. Pergh! Org poser aa beb! Cuma maleh je nak cakap. Dahlah batuk tengah2 kelas yang hanya seramai 13 org. Sian kat kosmet sumer. Mesti tak concentrate. Huh! Ujian di bulan Ramadhan... Sabo je la... Maybe sbb byk dose aku nih. Harap diampunkanNya. Balik ni nak byk minum air. Suara pun dah jadi Ella dah. Takut ilang terus je nnt. Nauzubillah!

Masalah Che Rozid nak dtg Cardiff tamat bila dia decide not to attend the gath kat Cardiff. So, okay je lah. Semoga Allah permudahkan perjumpaan kita nanti. See ya!

Monday, 10 November 2003

Berita Baik!...

Alhamdulillah... Semalam heboh cerita pasal mar dah selamat bersalin. Dpt baby boy. Seronok giler... Pastu, petangnya pulak mar online. Rupa2nya dah balik rumah bersama her new baby. Siap send gambar lagi. Tapi jauh, xnampak muka sgt. Anyway, tahniah buat Mar. Moga menjadi Ibu mithali.

Si Sue n Riza dah confirm nak dtg hujung minggu ni. Tak sabar tunggu diorg. MasyaAllah! Perasaan nii hanya tuhan je yg tahu. Che Rozid pun skali. Tapi masalah skit. Biasalahkan....