Wednesday, 2 March 2005

Dimamah Usia

Petang tadi aku jumpa pensyarah yg mengajar aku thn lepas dalam MSc course. Bertanyakan berkenaan dengan workshop semalam. Aku tak dpt dtg sebab ada group meeting. Lagipun, topic yg diterangkan meliputi dalam topic yg dia ajar tahun lepas. So, ok je utk wat workshop ni, insyaAllah.

Bila aku tengok rupa dia, aku nampak sungguh perubahan wajah dia dari tahun lepas. Makin tua... Lebih banyak kedut2 di muka… MasyaAllah…Mungkin banyak berfikir kot. Masa aku balik ke Malaysia dulu pun camtu gak… banyak yg berubah pada pensyarah2 aku yang dulu. Makin dimamah usia. Dari yg dulu hitam lebat rambutnya, dah mula tumbuh uban di kepala. Dari yg berambut, kepada makin tiada, dan dari kulit yg tegang, dah mula kendur dan berkedut. Itu baru setahun je… Cuba bayangkan kalau lebih lama lagi.

Terasa betapa masa tu menghakis diri kita… Makin tua dan uzur. Makin tak bertenaga… Alangkah sayangnya kalau kita tak gunakan sebaik mungkin. Ke arah yg bermanfaat utk diri kita dan orang di sekeliling kita. Terutama sekali ke arah yg Allah redha… Mana nak tau, seminit dua lagi kita akan dipanggilNya… Apa nak jawab ye nanti? Sudah sempurnakah segala amanah yg diberikan? Segala ilmu, akal fikiran, tenaga, kemahiran… Tu tak masuk harta benda lagi.

Banyak yg Allah bagi modal kat kita ni…semuanya percuma je. Tak perlu bayar bil ke apa ke.. Benda free kan, mmg selalunya org take for granted. Bila terhantuk, baru tengadah.

AstaghfirulLahal ‘azim… Ampuni aku, wahai Tuhanku.

Okla… aku kena stop sini dulu. Takleh buang masa. Sat gi ada group discussion lagi. Yeah…lenkali kita cerita balik ek.

p/s: Malam nanti nak balik tengok cermin gak la. Banyak ke perubahan aku dalam setahun nih? Ntah2 dah ada uban kot!

"Live every day as if it were your last because eventually, one day, you'll be right!" ..Kev, BBC..

Tuesday, 1 March 2005

Akan Ku Nantikanya!!

Dua minggu ni sejuk je, walaupun musim sejuk dah hampir ke penghujungnya. Laporan berita kata ini disebabkan oleh angin dari Siberia. Banyak tempat di UK ni salji dgn lebatnya. Tapi di Cardiff ni, salji sikit je. Seminit dua. Itu pun tak sampai ke bumi, dah cair. Sejuknya sebelum turunnya salji ni, hanya Allah saja yg tahu. Rasa nak selubung dalam selimut je !

Aku sebenarnya seronok melihat salji turun. Ada satu perasaan yg tak dapat digambarkan. Terasa diri ini menari2 bersama dengan layangan salji yang turun ke bumi. Terasa akan kebesaran Allah. Akan rahmat kasih sayangNya... Akan kekuasaanNya... Subhanallah !!

Kekadang keseronokkan aku tak dapat disorok. Semua orang pelik. Tapi tak kisahlah. Yang pasti, aku amat seronok !! Aku harap salji akan turun dgn lebat sikit sebelum musim bunga ni.

InsyaAllah… Akan ku nantinya jua!

Thursday, 2 December 2004

Raya, raya, Raya!



Syawal yang menjelma hampir sampai ke penghujungnya. Namun, perut aku masih kenyang dengan juadah di rumah2 terbuka dan jamuan2 raya. Hm… kalau kat UK dulu, suasana raya hanya sehari je. Ataupun hanya pada pagi raya, masa sembahyang raya. Pastu rasa cam hari2 biasa semula.

Berbeza dgn suasana di tanahair. Sebulan puasa, dua bulan raya. Yela... Masa first Ramadhan lagi dah keluar iklan kuih raya, baju raya, lagu raya, keselamatan jalan raya, dll... Tu masa bulan puasa....

Syawal pulak, waktu membuat jamuan raya dan rumah terbuka... sampai la habis sebulan. Tahun ni ditambah lebih meriah bila bulan Syawal jatuh pada masa cuti sekolah. Maka, bulan Syawal ni juga dipenuhi dengan kenduri2 kahwin. Ramai jugak kawan2 sebaya, adik2 junior, dan adik beradik atau kawan kepada kawan2 aku yang nak kawin bulan ni. Tahniah diucapkan pada semua !!!

Jemputan kahwin yang aku dapat banyak juga, rumah terbuka lagi... sampai taktau nak pergi mana. Tambahan pulak..aku skrg ni hanya menggunakan khidmat kaki je. Moto adik dah pakai. So, kena aa menumpang orang. Nasib baik kengkawan aku sumer baik2 belaka dan dah ada kenderaan. Dah jadi wanita Waja, wanita Wira, wanita Kembara…. Fuh… jeles gak aku. Isk..isk..

Malam tadi ada jamuan raya jabatan. Best gak aa... Masa aku dtg tu, tak pasal2 Dr. Razali suruh aku jadi MC. Ader ke patut ! (gaya Waheeda dlm iklan syampoo) Hehe...tak aa. Terkejut sungguh aku. Memang aku tolak aa. Kang tak pasal majlis nak seronok2 jadi majlis yg boring. Korang tau je la aku ni… mudah bagi org tido. Haha !

Kesimpulannya, best aa jamuan mlm tadi. Mmg tak silap pilih Dr. Jadi MC. Ceria dan meriah sekali! Aku tak tau kalau aku boleh buat sebaik dia. Hm…xpe.. Aku kena belajar lagi..

Kepada kengkawan aku yang dah walimah tu, aku ucapkan tahniah dan selamat menjalankan tanggungjawab yang baru sebagai suami/isteri.

Ha… bagi mereka yang belum abis poser 6… cepat2la... kalau nak ganjaran pahala puasa sethn. Kalau xnak... No sweat. Its your choice.

Monday, 29 November 2004

Abandoned

Dah lama tak tulis... Nak tahu kenapa?

Aku kini dah kembali ke tanah air. Kena lapor diri dulu dan tunggu interview untuk sambung belajar. Bila aku kat sini, memang susah sikit la nak online. Rumah xde internet, ni pun baru dapat kat bilik. Kalau tidak, aku cek email kat library je. Permohonan aku baru dibawa ke atas minggu lepas. Aku harap segalanya akan dipermudahkanNya. Amin...

Penantian... Suatu yang membosankan dan menyakitkan.
Apapun, tawakal ajela...
Hope I'll return back to continue my study.

Doakan aku ye kengkawan semua!

Wednesday, 6 October 2004

Bila langit mendung....

Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita "Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk? Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa :"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.

1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empanganIni sikit sahaja senarai kebaikannya.
Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab. Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

p/s: dpt dr fwd email.

Wednesday, 8 September 2004

~*Selamat Hari Lahir*~

Masa berlalu begitu pantas sekali…
Tanpa aku sedari,
Telah tiba ke suatu detik,
Di mana seorang insan istimewa dilahirkan,
23 tahun yg lepas…

Aku mula mengenalinya dari sekolah rendah lagi,
Kami di sekolah yg sama,
Tapi, lebih akrab semasa di sekolah menengah,
Sekolah atas bukit yg byk beruk tu…

Aku masih ingat lagi..
Bersama-sama mengulangkaji pelajaran..
Tika PMR menjelang tiba..
Setiap hari stay back,
Belajar hingga lewat petang...
Dgn harapan mendapat keputusan cemerlang,
Agar sama2 dpt ke puncak jaya.

Namun,
Allah lebih berkuasa.
PerancanganNya Maha Hebat!
Kami berpisah sekolah..
Menuntut ilmu di aliran yg berbeza...

Dua thn berlalu,
Kami tiba ke Universiti,
Bertunggakkan falsafah universiti yg sama,
Kami belajar berdikari…
Yang berbeza cuma tempat.
Aku di selatan - dia di KL.

Walau kini kami masih lagi berjauhan,
Namun, ukhwah ini masih segar abadi,
Moga suatu hari nanti,
Kita akan berjumpa lagi,
Sahabatku.
InsyaAllah….

Dan dihari ini..
Aku ucapkan,
SELAMAT HARI LAHIR YG KE-23
Buat sahabatku yg teristimewa.
Moga hari2 yg mendatang akan lebih ceria
Dalam usaha kita mencari redha dan rahmat Illahi

Wassalam


Friday, 3 September 2004

Cosmeston Lake

Bangun2 je, basuh pinggan dan cucuk sate! Kami akan ke Cosmeston Lake tengahari nih. Pergi barbecueing.

MasyaAllah, actually, aku xde la plan apa pun sejurus saja aku abih course nih. Just thinking to have a time of my own and settles up for the study leave thing… Anyway, manusia merancang, Allah merancang… Dan perancangan Allah tu yg terbaik! Allah susun, aku akan bercuti sekejap, have fun utk dua tiga hari nih. Haha! Begitu indah perancangan Illahi…Selepas penat aku berduka dan having a very depressing time in writing my report.

Orang ajak, aku okay je. Aku selalu camni bila orang ajak. Sukar utk mengatakan tidak. Apa lagi utk sst yg begini. Doing outdoor activities and out in the nature... (Bukan naturism, ek!) AhakQs!

Banyaknyer swan a.k.a. angsa kat sini. Putih2 dan gebu2. Subhanallah… Aku amik beberapa foto. Tapi kali ni guna kamera orang lain. Kamera aku xde bateri. Lupa bawak charger. Aduss…aku mmg selalu mcmni! Tapi ok je… at least ada gak gambar aku! Dengan Swan lak tuh..

Kami tiba agak lewat. Kul 2 lebih camtuh… Cepat2 hidupkan api. Lama gak nak hidupkan api. Dan dgn berbekalkan 2 batang mancis je!!! Hebat, kan??!! Lepas hampir sejam, kami berjaya! Budak2 dah mula meragam... Bosan, agaknya. Tapi ok je. Kami pergi bawa ke playground dulu. Amik gambar lagi!

What a nice time we had that day. MasyaAllah... Hingga aku hampir lewat ke tempat kerja! Takpe..takpe...Don skrg dah baik ngan aku! Hehe...

Mlm tu aku balik ke bilik. Bagi Angela rasa jagung bakar yang kami petik semalam. Sukanyer dia!!!