Friday 28 September 2007

iPhone... Prada LG... Hmm..


Wah.. aku saje je browse internet pasal dua phone baru ni. Rasa cam cool gilerz...
Satu from Korea, dan satu lagi from US. Risik2, nampaknya Prada lagi mahal dari iPhone.
Tapi memory takla byk sgt. iPhone boleh sampai 8GB. Baca comparison kat sini...

Wow!! Hebat!!
Cuma aku minat Prada sebab dia boleh wat mcm Organizer yg best! Boleh baca word, powerpoint, txt, pdf... Cool! iPhone aku tak tahu lagi.. tengok la dulu. Harap2 iPhone ada la application tu. Kalau takde, tak kelas la... takkan memory sampai 8GB tak boleh nak baca all those documents..
Hmm...
iPhone - £269
Prada LG - £350-£400
Yang mana satu pilihan hati..

atau...
Beli je tiket balik Mesia.. boleh aku balik kampung! haha...

Thursday 27 September 2007

***Jangan Baca***

Hari ni aku rasa nak marah sgt2. Sampai nak nangis.
[Memang dah nangis, pun]
Astaghfirullah...
Ya Allah.. Bantulah hambaMu ini. Permudahkan urusanku.
Bantulah aku terima segalanya dgn redha.
Huwargh!! tapi memang sgt tension hari ini.

1..
2..
3..
4..
5..

-Kembalikan keyakinanku-
MESTICA Destinasi ...

Tuesday 11 September 2007

Hanya PadaMu Aku Berserah


Dan Tuhanmu berfirman : "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesunggunya orang-orang yg menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina."

Al-Quran [Ghafir:60]


Sesungguhnya Allah maha mengampuni segala dosa hambaNya. Tetapi masih ada antara kita yg lupa padaNya. Ingatlah wahai diri, siapakah yg memberikan asas kehidupan kepada kita?


Udara yg segar, untuk kita bernafas...
Air yg jernih untuk kita minum...
Bukit bukau, gunung-ganang sebagai pasak bumi...

Maka fikirkanlah, wahai diri... Bagaimana layaknya Dia utk kita sembah?

La ilLaha illa anta, subhanaka inni kuntu minazzalimin...

Sunday 9 September 2007

Allah sebaik-baik Penolong

Lepas Isya' yg agak lewat tadi aku baca beberapa potong ayat Quran. Tak banyak. Sikit je. Tapi aku tersentuh bila membacanya.

" Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yg beriman dlm kehidupan DUNIA dan pada hari berdirinya saksi-saksi (hari KIAMAT) [51]. (iaitu) hari yg tidak berguna bagi orang-orang zalim permintaan maafnya dan bagi merekalah laknat dan bagi merekalah tempat tinggal yg buruk [52]. Dan sesungguhnya telah Kami berikan petunjuk kpd Musa; dan Kami wariskan Taurat kpd Bani Israil [53], utk menjadi petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yg berfikir [54]. Maka bersabarlah kamu, kerana SESUNGGUHNYA JANJI ALLAH ITU BENAR dan mohonlah KEAMPUNAN bagi dosamu dan BERTASBIHLAH seraya memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang [55]. "
Al -Quran [Ghafir: 51-55]

Subhanallah... Aku dapat yg kekuasaan Allah sangatlah hebat, dan Allah sangat penyayang kpd hamba-hambaNya. Dan Allahlah penolong yg terhebat utk kita semua.

Dulu aku selalu fikir yang hidup ni kena susah2. Kalau senang je, bukan hidup namanya. Tapi sebenarnya hidup kita ni, kalau kita gambarkan atau beri erti sebagai suatu perjalanan yg susah, maka seluruh kehidupan kita akan susah. Kita akan sentiasa mengeluh dalam menjalani hidup kita.

Namun, kalau kita sentiasa fikir yg semua yg berlaku ada hikmahnya, dan kita bersyukur dgn apa yg kita ada, maka seluruh kehidupan kita akan menjadi indah. Walaupun pada pandangan mata org lain ia adalah mustahil! Aku terbaca ni dalam buku The Secret. Dia bezakan antara 'inspirational work' and 'work' by itself. Dan dalam Landmark Education pula, dia sebut as BEING. Kita kena BE dulu, then DOING (work).

Selain tu, dalam buku The Secret juga, dia ada nyatakan tentang kepentingan kita bersyukur. Allah juga ada pesan yg Dia akan tambah nikmat kpd mereka yg bersyukur. Dan cara kita bersyukur selain menghargai apa yg ada ialah dgn bertasbih kpdNya. Subhanallah.. Amazing!

Okay.. sebelum aku berundur diri, I want to create my possibility for today. What I'm creating of myself and mylife today is being UNREASONABLE and UNSTOPPABLE.

Yosh! Ganbarrumassu!