Friday, 17 April 2015

Putu bambu durian, Melaka

Saje nak try kedai ni.. lalu sambil nak ke bandar Melaka.

Putu bambunya ada perasa pandan dan durian. Best gak yang pandan.. yang durian aku tak berkenan sangat... bau sedap.. tapi tak rasa sangat di lidah. Maybe perasa je kot. Lembut memang okay dah la... 

Kedai sebelahnya jual keropok lekor cheese. Ada pelanggan kata sedap gak.. maybe lainkali kot.

N 2°12'54.3996", E 102°12'22.6656"

Friday, 13 March 2015

Sukand's Food

Kedai yg popular dgn nasi ayam hainan. Okay la... mcm original chinese taste!

Sunday, 1 March 2015

Cerek

Cerek ni saya hadiahkan kat majlis perkahwinan kawan satu masa dahulu.. kemudian... masa saya kahwin... saya dapat balik hadiah yg sama. Sama ada barang yang sama atau dia beli baru ke... tak pasti pula..

Tapi rasa nak tergelak pula..
Itulah namanya takdir... kalau memang sesuatu tu utk kita, maka ia akan dtg pada kita walau mcmmana pun.

Dan baru2 ni cerek letrik saya rosak. Jadi baru buka kotak cerek ni utk guna. Bila air masak bunyi mcm siulan keretapi. Air masak pun cepat. Rasa best sangat! Syukur, alhamdulillah.

😁

Monday, 19 January 2015

Chamek Kopitiam Caw Tmn Univ, Skudai

First time makan kat sini. Sebelum ni mmg xpernah gi Chamek sbb selalu tutup. Cawangan lain pun tak pernah. Kira ni betu2 first time la.

Makanannya biasa je la... sedap gak. Tapi servis tak menarik sangat. Orgnya mcm xde semangat je nak keje. Aduhai...

Tapi dari segi kebersihan mmg tip top la.. tandas pun bersih.. siap ada surau lagi kalau nak lepak lama2.

Rupanya2nya Chamek ni adalah sempena nama tempat Chamek Estet 1952 di daerah Kluang. Patutla.. kopinya sangat sedap. Ada cakap kat husband yang kopinya sama dgn kopi kluang kat Jusco.. interior design agak patriotik la... very Malaysian.. ada basikal lama lagi. Unik.

Food pun sedap gak.. Tapi kedai kosong sikit.. maybe sbb servis kot. Kena improve servis.

^___^

Friday, 19 December 2014

Restoran Bujang Firefly

Harini kami gi makan kat sini. Review kata tempat ni popular di kawasan Desaru. Sambil makan boleh tengok kunang2.

Tapi harini hujan.. mungkin xde kot.

Wednesday, 3 December 2014

Sambal strawberi

Wah.. harini kat bilik aktiviti ada sambal strawberi. Tak try.. petang je dah abis. Katanya sedap. Cuma ada di Cameron Highlands! ^__^

Tuesday, 1 July 2014

My New Toy

As a molecular modelling reseaecher, we build our models using computer. Sometimes these models are really hard to be imagined in terms of their spatial conformation. So, I have the opportunity to buy a molecular model kit in Amazon. In Malaysia, it is quite hard to get or even expensive!

So... introducing... my new toy!!!
Yeay!!!
Love it!!!