Monday 31 March 2008

This entry should be a few days back.

24 March 2008, Monday

Licot & family selamat sampai ke Cardiff. Alhamdulillah, terima kasih Kak Masni & kawan2 dari CK yg tolong ambil mereka di airport.

26 March 2008, Wed

Bawa Licot gi jenjalan keliling Cardiff. Bukan bandar yg besar sgt. Jadi mudah je. Bawa ke uni dan town. Nasib baik umah aku dekat dgn kedai2 penting dan juga masjid. Jadi mudah nak tunjuk jalan. Jalan kaki je. Boleh juga excersice. Aku pun dah lama tak jalan lama2. Setakat pergi dan balik uni je. InsyaAllah.. xde masalah makanan sgt di Cardiff ni. Semua dekat.

Sambil jalan2, jumpa supervisor Licot. Mereka akan meeting esok.

28-30 March 2008

Weekend yg bosan. Aku demam selesema. Asyik tidur je dan makan ubat. Demam lepas jumpa snow, kot. Hehe...

Apapun, alhamdulillah. Hari ni kembali ke bertenaga! Kembali ke Uni untuk habiskan kerja2 PhD. Juga dalam 3 hari ni ada Conference!

Ganbatte!

Tuesday 25 March 2008

Snow in Spring

Snow lagi hari ni.
Sikit je.
Tak lekat kat tanah pun.
Baru je masuk spring beberapa hari lepas.
Subhanallah..
Musim dah bercampur aduk.

Friday 21 March 2008

First Day of Spring

Tengok GOOGLE hari ni.



First day of Spring 2008.

Huh?! Baru nak spring, ke? Ingatkan dah lama spring. Tapi memang hari2 hujan la sekarang ni.
Esok dah cuti Musim Bunga. Aku ada lagi 3 minggu untuk meeting dengan supervisor. Okeh, Ganbatte! Chayuk!

Abah masuk hospital

Abah masuk hospital lagi.
Pembedahan kali ke-2.
Mak sedih sebab xde org kat umah.
Aku pun taktau camna nak tenangkan mak.
Ya Allah, permudahkan urusan kami sekeluarga.
Ameen.

Tuesday 4 March 2008

Islamic Awareness Week & Ian Rankin


Malam tadi aku pergi program pertama Islamic Awareness Week (IAW) bertajuk The Past Will Come Alive: Muhammad (PBUH). Best sangat. Walaupun mula lambat kerana masalah teknikal, tapi amat interaktif dan menarik sekali!


Subhanallah!


Suka sangat!


Persembahan adalah secara pengembaraan 2 org remaja ni ke zaman rasullullah. Secara sembang2 sambil bercerita tentang sirah nabi. Dari lahir hingga wafatnya Baginda. Diselangselikan dengan clip video utk menggambarkan penceritaan mereka. Selain tu, sebab mereka mengembara ke zaman lampau, maka ada juga interview (secara lakonan) beberapa tokoh dan org Arab tentang akhlak nabi, suasana masa tu, sewaktu pembukaan Mekah, Perang Badar, dll. Dan.. tak kurang diselitkan dengan unsur komedi. Bukan mentertawakan nabi, tapi tentang perangai orang2 Arab. Sebagai menambah keceriaan suasana.


Di akhir, rasa sedikit SAYU, sewaktu mereka menggambarkan kewafatan nabi, dengan wasiat terakhir Baginda. SEDIH. Tak terkata..


Adakah aku mampu menjadi pendokong ummah yg Baginda ucapkan di saat2 akhir baginda? "Ummati.. Ummati..."


---------------


Well.. bila balik ke school, aku nampak poster talk Ian Rankin.

Wah!!! Excited giler!

Bila tengok tarikh...


Monday, 3rd Feb, 6.30pm


Huhu.. terlepas aku. Kenapa tak tahu ni? Patutla masa aku nak keluar ke IAW tadi ramai org beratur utk ke Lecture Hall bawah lab aku. Rupa2nya....


Rasa cam best giler sebab penulis yg terkenal dtg bagi talk. Tapi takleh nak dtg sebab kena book dulu.


Takpelah.. xde rezeki... ~_~