Saturday 6 December 2003

Sahabat Sejati, Ukhwah Nan Abadi......

Hujung minggu raya tu seperti yang dirancang kami akan bertolak ke London. Tiket hanya dibeli mlm sebelum bertolak. Nasib baik ada. Ah... seronoknya tak terkira! Utk bertemu sahabat seperjuanganku semasa di UTM.

Pagi tu hari tak begitu menyebelahi kami. Berjalan ke Central Station dalam kehujanan. Nasib baik dekat je Central Station tu.

Kami ke sana bertiga. Zura, Chef dan aku. Tapi, arah tujuan x sama. Mereka berdua akan ke Eid Conference, bila tiba di London, sementara aku pula akan jumpa Sue n Riza.

Sebelum bertolak, jumpa eejat. Rupanya dia pun akan pergi sama ke London. Ada jamuan Aidilfitri rumah supervisor Petronas katanya. Pagi tu penumpang tak ramai. Ramai sikit bila tiba di NewPort. Kalau dak, mmg bas tu kami 4 org punya aa... Heheh...

Hujan masih lagi turun sepanjang perjalanan ke London. Adakah akan begini sehingga tiba ke London? I wonder.

Sampai di London hujan agak reda. Boleh aa nak redah pun. Sebab dah pukul 12.30, Kami berempat terus berpecah. Zura n Chef naik cab ke conference tu. Aku lak mencari telefon booth utk telefon sue.

Lorrr... rupanya diorg tengah berada kat rumah terbuka. Pelik lak aku. Takkan x amik Che Rozid lagi. Sbb dia tiba lebih awal dr aku. kul 11 td. Rupanya dia mmg xjumpa Che lagi. La... sian la kat budak tuh.

Sue kata Riza akan dtg jemput kami. Aku contact Che utk bgtau hal tu. Rupanya selama sejam lebih dia kat sini dia kata dah round sekitar kawasan ni sampai ke tube. Fuh.. jauh tu. Pastu balik hrtu gak. petang.

Lama jugak kami tunggu si Riza nih. Alas... sampai jugak dia. Rupanya diorg ada metg dgn Dr Mimi. Ala... Rasa bersalah lak nyusahkan diorg. Dahlah time2 diorg nak balik nih.

Kami ke KCL. Aku ke bilik solat utk solat Jamak Asar-Zohor. Hampir terlupa aku yg aku skrg nih leh jamak. Hm... Lepas solat makan nasi yg Riza bawa dr rumah terbuka td. Sedap betul! Alhamdulillah.

Bila sumer dah settle, kami berjalan sekitar London. Tak aa jauh mana pun. Pergi Big Ben, London Eye, amik gambar serba sedikit. Tu pun tatau jadi ke tak, memandangkan hari dah agak gelap. Lepas hantar Che balik, kami pulang ke MARA hostel. Masa tuh aku dah agak letih dah. Bilik diorg tingkat 4 lak tu. Argh!!! Hanya kesabaran yg mengatasi segalanya. Yelah.. at least sampai gak ke bumi London ni. Ke bilik Sue n Riza.

Selesai solat kami berjalan sekitar bandar yg berhampiran dgn hostel. Diorg nak gi tengok souvenir utk dihadiahkan pada sanak saudara dan kenalan di Malaysia. Byk gak yg mereka beli. Aku pun beli skit. Sebagai kenang di London.

Kemudian, setelah Zura & Chef sampai, kami makan kebab sementara mereka berdua masih gi membeli belah di kedai berhampiran. Zura tak sihat. Chef nampak letih.

Setelah hampir kul 10, kami pulang ke hostel. Argh! letih, seletih2nya. Ntah kenapa tah. Tapi, sempat lagi kami berbual. sampai kul 3 pagi lak tu. Aku tak thn sgt tertidur dulu dr diorg. Sorry aa my friends...

Esoknya Sue n Riza masih sambung berkemas. Zura n Chef nak gi jenjalan sekitar London. Kami janji nak jumpa balik di stesen bas nnt.

Su n Riza masih xhabis berkemas. Tapi kena kuar utk beli sedikit lg souvenir yg masih xcukup utk mereka yg tersenarai. Aku ikut je.

Seterusnya, aku malas nak criter. Ntahler... sebab ngantuk dah ni kot. Tapi, yg paling aku sedih ialah time nak pisah dgn Sue n Riza. Walaupun hanya jumpa kejap je, dan tak byk borak. Tapi aku rasa thats more than enough. Dpt jumpa diorg. tatau aa buat kali terakhir ke atau tak. Sebelum balik tu masih leh gelak2 lagi. Tapi bila nak salam dgn diorg, tetiba je rasa sebak. Sensitif tul aku rasa diri aku nih. Mudah sgt nangis.

Teringat masa sama2 di UTM. Byk kenangan kami bersama. Suka, duka, gelak tawa, bergaduh pun ada gak. Normal la tu. Manusia. Tapi itulah yg mengratkan lagi ukhwah kami.

Sahabatku,
Aku doakan agar kalian bahagia dan berjaya dlm menecapai cita-cita yg diidamkan. Moga kita dpt berjumpa di lain masa.
InsyaAllah.
Doakan juga aku di sini.

Friday 5 December 2003

Suatu Hari Di Hari Raya......

Hari raya yg berlalu bagaikan suatu mimpi buat aku. Bukan apa... Rasa cam x caya je aku beraya di perantauan. Mcm2 terjadi. Ni aa nak criter skit nih...

Pagi raya aku bgn awal, kemas2 sikit sambil dgr takbir di speaker pc dan kemudian bersiap ke masjid. Keluar umah je tengok hujan turun. Agak lebat gak. Masih x ramai orang di masjid. Sorang, sorang muslimat masuk. Sampai penuh ruang yg kosong tadi. Jumpa dgn ramai kengkawan Malaysia yg lain. Chef, Naja, Wan, Kak Sue.... Tapi, yg semalam janji nak jumpa x dtg lagi. Zura. X nampak kelibat dia pun.

Takbir kat sini lain betul. Tak sama langsung alunannya dgn kat Malaysia nyer. Tapi kata2nya masih sama. Memula rasa cam terkejut beruk gak. Sebab ingatkan selama ni yg takbir stail Mesia tu aa yg di ambil bulat2 dr Arab. Rupanya tidak. Hmm....

Kak Sue ajak ke umah dia lepas semayang raya nih. Ada makan2 sikit katanya. Tapi, aku xleh gi. Ada kelas sampai ptg.

Aku xdpt tunggu sampai abis khutbah. Kena keluar awal sbb kelas start kul 10.00. Boring giler rasa dlm kelas tu. Tapi, aku tabahkan hati gak. Kalau xdtg kang xpaham apa yg akan aku ulangkaji nnt.

Lepas kelas aku tepon Zura. Risau gak sbb dia xdtg. Sakit ke, apa ke...

Dia okay je katanya. Borak2 raya aa skit. PAstu pasal nak dt umah dia mlm ni. Tetiba je dia offer aku nak keja ke tak? Sbb ada keje kosong kat Welsh office. Dgn blur-blurnye aku menyatakan tanda setuju aku. Mmg aa sbl ni ada cakap nak keje. Tapi tau2 dpt keje hari first raye! Erm... Sebab hr nih aku mmg xde mood raya, so, aku pun setuju je.

Keje ptg tu was okay. Balik sama dgn Zura sbb janji nak bermlm kat umah dia mlm tu. Ramai org dtg mlm tu. Aku lak tak pasal2 jd org dapur. Ala... bukan x biasa. Okay je.

Zura masak spaghetti kari. Sedap woo... Nnt leh suruh dia masak lagi. Heheh...

Okay... Sebenarnya, xde apa2 pun yg interesting berlaku hr ni. Cuma nak mencoretkan sesuatu sempena first time aku beraya kat Cardiff. Argh! mcm x caya jer...