Showing posts with label tazkiyatun nafs. Show all posts
Showing posts with label tazkiyatun nafs. Show all posts

Saturday, 3 September 2011

The way is forward





Pray more!




Hikmah sebalik ujian





Kadang-kadang, lebih baik membiarkan kesedihan bertandang, andai itu yang dapat ‘membawa’ pulang hati kita pada-NYA. daripada, kegembiraan yang ‘melarikan’ kita jauh dari-NYA. mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘magnet’ yang mendekatkan kita pada Allah, dan mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘parut’ yang mengingatkan bahawa Allah sentiasa ada, saat kita susah dan senang.

Guide me


1473. ‘Ali said, “The Messenger of Allah, may Allah bless him and grant
him peace, said to me, ‘Say: ‘O Allah, guide me and put me right.’” [Muslim]

Nobody can remove hurt except Allah




Supplication




Trust Allah




Hardship is a blessing


Wednesday, 31 August 2011

What to say and when to say it


  1. Starting to do something - Say BIS-MILLAH


  2. Intending do do something - INSHA-ALLAH


  3. Something is being praised - SUBHAAN-ALLAH

  4. In pain and distress - YA-ALLAH

  5. Expressing appreciation - MASHA-ALLAH

  6. Thanking someone - JAZAK-ALLAH

  7. Awakening from sleep - LA-ILAHA-ILL ALLAH

  8. Taking an oath - WALLAH-BILLAH

  9. Sneezing - ALHAMDULILLAH

  10. Someone else sneezes - YARHAMKALLAH

  11. Repenting for a sin - ASTAGH-FIRULAH


  12. Giving charity - FI-SABI-LILLAH


  13. Having love for someone - LIHUB-BULLAH


  14. Getting married - AMAN-TU-BILLAH


  15. Parting from someone - FI-AMAAN ALLAH


  16. Problems appear - TAWAK-KALTU-AL-ALLAH


  17. Unpleasantness appears - NA-UZU-BILLAH


  18. Pleasantness appears - FATA-BARAK-ALLAH


  19. Participating in prayer - AMEEN


  20. Death message is recieved - INNA-LILLAHI-WA INNA-ILAIHI-RAJI-UN

Tahiyyatul sujud







Destiny





Wednesday, 20 May 2009

Taubat yang syaratnya gagal dipenuhi

oleh TGNA


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan. "

Orang yang tidak ditimpa runsing dalam kehidupannya, adalah merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT.

Berapa ramai manusia yang memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi tidak sunyi daripada dilanda runsing. Kekadang kehidupan seseorang sederhana sahaja tetapi mereka aman daripada sebarang kerunsingan jiwa dan fikirannya.

Jika berikhtiar menghilangkan kerunsingan dengan bukan jalan Allah SWT, seperti dengan berhibur yang melampau, maka usaha itu seperti menghilangkan gatal dengan menggaru akan hilang gatal sejenak. Dengan menggaru boleh menyebabkan calar berdarah bertukar jadi kudis.

Apabila kuman yang menyebabkan kegatalan aktif semula, maka gatal akan muncul kembali malah lebih parah lagi dengan munculnya kudis akibat luka digaru.

Fadilat beristighfar ialah Allah SWT akan memberi jalan penyelesaian daripada sebarang kesempitan, sama ada kesulitan hidup di dunia berbentuk kebendaan atau pemikiran dan perasaan.

Fadilatnya lagi ialah dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduga. Lebih istimewa lagi jika rezeki datang mecurah pada saat amat diperlukan.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya aku seorang Nabi memohon ampun dosa (istighfar) kepada Allah SWT, setiap hari sebanyak 70 kali."

Meskipun Nabi s.a.w. maksum (dikawal) dosa oleh Allah SWT, namun baginda tetap memohon ampun sebanyak 70 kali saban hari.

Apakah tujuan Nabi s.a.w. mohon ampun kepada Allah SWT dalam keadaan maksum. Tujuannya ialah untuk mentarbiyah umatnya supaya tidak mengabaikan istighfar mohon supaya Tuhan ampuni dosanya.

Jika Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar 70 kali, umatnya sebagai insan biasa yang bergelumang dosa, secara logiknya mestilah mohon ampun kepada Allah SWT setiap hari lebih daripada yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. itu.

Bagi Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar itu bukanlah untuk mohon ampun dosa, tetapi istighfar Nabi s.a.w. ialah mohon ampun daripada perkara yang dikira silap.

Ini kerana amalan baik bagi orang yang jujur (abrar) itu, masih dikira sesuatu yang buruk bagi golongan 'muqorrobin' seperti golongan para nabi itu.

Contohnya, jika melakukan solat fardu didahului dan diiringi dengan solat rawatib, juga mendirikan solat malam tahjud empat rakaat dan tiga rakaat witir, jika boleh kekalkan sudah dikira termasuk golongan 'abrar'.

Tetapi sekadar itu tidak layak bagi golongan para anbiya, ia dikira berdosa bagi golongn muqarrabin jika ibadatnya sekadar itu.

Adapun istighfar yang sering diucapkan oleh Nabi s.a.w. seperti berikut: "Allahummaghfirli ma qaddamtu wama akhkhartu wama asrartu wama a'alantu wama Anta a'alamu bihi minni wa Antal muqaddimu wa Antal muakhkhir wa Anta 'ala kulli syai-in qadir."

Ia bermaksud: �Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu."

Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar katanya: "Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta."

Apabila seseorang beristighfar bererti dia mohon ampun kepada Allah SWT, apa ertinya dia mohon ampun kalau terus melakukan dosa maksiat.

Sedangkan syarat taubat ialah insaf dan menyesal, bertekad untuk tidak melakukannya lagi. Sangat pembohong bagi seorang yang mohon ampun kepada Tuhan, tetapi tidak berhasrat uantuk meninggalkan dosa dan menyesalinya.

Perbuatan itu umpama orang solat dengan memakai kain yang tercemar dengan najis, setelah dia sedar lalu digantinya dengan kain baru, sayangnya kain baru itu adalah kain curi.

Dia tinggalkan dosa diganti dengan dosa yang lain pula. Apakah ertinya itu jika dia tidak sedar sedang menipu diri sendiri?

Seorang wali besar yang masyhur dalam sejarah Islam, seorang wanita bernama Rabi'ah Al-'Adawiyyah berkata: "Sesungguhnya minta ampun bukan sekadar kerana berdosa, tetapi istighfar kerana kesalahan minta ampun daripada taubat yang tidak memenuhi syarat taubat itu."

Ertinya adalah dianggap satu dosa bagi orang minta ampun (istighfar) dalam keadaan dia tetap melakukan dosa, kerana sepatutnya dia menyesal serta berazam untuk tidak lakukannya lagi.

Beristighfar dalam keadaan demikian bererti dia sedang berdusta, seolah-olah mempermain-main dengan Allah SWT dengan istilah taubat.

Bertaubat dalam suasana demikian lebih buruk daripada melakukan dosa yang sebenar, kerana taubat seperti itu merupakan suatu dosa yang perlu bertaubat semula kerana bertaubat yang menyalahi syarat taubat. Inilah taubat manusia pendusta terhadap Tuhan.

Thursday, 12 February 2009

Renungan Pagi

Sejak kebelakangan ni mcm tak semangat je. Ntahla.. letih ke apa. Pastu pagi ni aku terbaca sebahagian ayat Allah lepas solat subuh tadi. Huhu.. Terharu.. Allah bagi peringatan pada aku. Ya Allah, ampuni dosa2ku. Berikan kekuatan pada diriku dlm menghadapi ujian ini.

[146] Dan berapa ramainya nabi yg berperang bersama2 mereka sejumlah besar dari pengikut(nya) yg bertaqwa. Mareka tidak menjadi lemah krn bencana yg menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kpd musuh). Allah menyukai org2 yg SABAR.

[147] Tidak ada doa mereka selain ucapan "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa2 kami dan tindakan2 kami yg berlebih2an dlm urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yg kafir.

[148] Kerana itu Allah memberikan kpd mereka pahala di dunia dan pahala yg baik di akhirat. Dan Allah menyukai org2 yg berbuat kebaikan.

Surah Ali Imran : 146-148

Monday, 17 November 2008

Sepuluh Wasiat Imam Hasan al-Banna

1) Apabila mendengar azan, segerakanlah solat walau bagaimana keadaan sekalipun

2) Bacalah Al-Quran; tatapilah buku2; pergilah mendengar perkara2 baik; amalkan zikrullah; dan jangan sesekali membuang masa dalam perkara yang tidak berfaedah.

3) Berusahalah sedaya upaya utk bertutur dlm bahasa arab kerana ia syiar islam

4) Jangan banyak bertengkar dalam apa2 perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi apa2 kebaikan.

5) Jangan banyak ketawa - hati yg sentiasa berhubung dgn Allah itu sentiasa tenang dan tenteram

6) Jangan bergurau kerana umat yg sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh2 dalam sesuatu perkara

7) Jangan bercakap dengan lebih nyaring dari kadar yg diperlukan kerana ia perbuatan yg sia2 dan akan menyakiti hati org

8) Jauhi dari mengumpat peribadi org, mengecam pertubuhan2, dan jangan bercakap melainkan apa yg boleh memberi kebajikan.

9) Berkenalanlah dengan saudara muslim yg ditemui meskipun mereka tidak meminta utk berkenalan; kerana asas gerakan dakwah itu adalah berkasih sayang dan kenal-mengenal.

10) Kewajipan kita lebih banyak dari masa yg kita ada. Oleh itu, tolonglah saudaramu sendiri tentang cara menggunakan masa dgn berfaedah, dan jika mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

Dipetik dari buku Usrah dan Dakwah tulisan Imam Hasan al-Banna

Saturday, 8 November 2008

Wasiat Hassan al-Banna

  • Janganlah engkau berputus asa, kerana berputus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamnya kuat.
  • Bersiap dan bertindaklah, jangan menunggu datangnya esok hari, kerana mungkin engkau tidak mampu berbuat apa2 di esok hari.
  • Kita harus bertindak dan terus melangkah, kerana tiada erti 'berhenti' dalam berjihad.

Dipetik dari buku 'Bagaimana menyentuh hati' oleh Abbas as-Siisi.

Tuesday, 23 October 2007

Bersyukur dgn apa yg ada

Draw Customized Symbols - ImageChef.com


Bersyukur dgn apa yg ada,
Mana tahu, Allah ambil balik esok lusa...
Peruntukkan waktu menyembahNya,
Mungkin ini kali terakhir kita diberi peluang olehNya...
Selami hati, bersihkan diri...
Kerana akhirat itu pasti!

Friday, 5 October 2007

Keharusan Bersabar, Bertasbih & Bersolat Malam

"Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri*; dan bertasbihlah kepadaNya pada beberapa saat di malam hari dan di waktu terbenam bintang-bintang (di waktu fajar)."
Al-Quran [Al-Tur : 48-49]
Wah.. indahnya ayat2 Allah ni..
Allah sentiasa tahu apa yg hamba2Nya perlukan dlm hidup. Tapi kita yg selalu lupa pdNya. Tak sedar yg Dia melihat segala perbuatan kita. Setiap detik ketika. Sesungguhnya pujian kpd Allah itu tidak ternilai berbanding nikmat yg Allah berikan kpd kita.
Oh Allah, I love you SO MUCH! Terima kasih Ya Allah atas SEGALA nikmat yg Engkau kurniakan padaku.
* Maksudnya: hendaklah bertasbih ketika kamu bangun dari tidur atau bangun meninggalkan majlis, atau ketika berdiri untuk solat.

Tuesday, 2 October 2007

Lagi Sepuluh Hari...

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA)ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN;

II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III) SELASA ATAU JUMAAT- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

IV) KHAMIS - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 29 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 2 hb November 2005.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

p/s: Pertemukan aku dgnNya. Ameen.

Tuesday, 11 September 2007

Hanya PadaMu Aku Berserah


Dan Tuhanmu berfirman : "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesunggunya orang-orang yg menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina."

Al-Quran [Ghafir:60]


Sesungguhnya Allah maha mengampuni segala dosa hambaNya. Tetapi masih ada antara kita yg lupa padaNya. Ingatlah wahai diri, siapakah yg memberikan asas kehidupan kepada kita?


Udara yg segar, untuk kita bernafas...
Air yg jernih untuk kita minum...
Bukit bukau, gunung-ganang sebagai pasak bumi...

Maka fikirkanlah, wahai diri... Bagaimana layaknya Dia utk kita sembah?

La ilLaha illa anta, subhanaka inni kuntu minazzalimin...

Sunday, 9 September 2007

Allah sebaik-baik Penolong

Lepas Isya' yg agak lewat tadi aku baca beberapa potong ayat Quran. Tak banyak. Sikit je. Tapi aku tersentuh bila membacanya.

" Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yg beriman dlm kehidupan DUNIA dan pada hari berdirinya saksi-saksi (hari KIAMAT) [51]. (iaitu) hari yg tidak berguna bagi orang-orang zalim permintaan maafnya dan bagi merekalah laknat dan bagi merekalah tempat tinggal yg buruk [52]. Dan sesungguhnya telah Kami berikan petunjuk kpd Musa; dan Kami wariskan Taurat kpd Bani Israil [53], utk menjadi petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yg berfikir [54]. Maka bersabarlah kamu, kerana SESUNGGUHNYA JANJI ALLAH ITU BENAR dan mohonlah KEAMPUNAN bagi dosamu dan BERTASBIHLAH seraya memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang [55]. "
Al -Quran [Ghafir: 51-55]

Subhanallah... Aku dapat yg kekuasaan Allah sangatlah hebat, dan Allah sangat penyayang kpd hamba-hambaNya. Dan Allahlah penolong yg terhebat utk kita semua.

Dulu aku selalu fikir yang hidup ni kena susah2. Kalau senang je, bukan hidup namanya. Tapi sebenarnya hidup kita ni, kalau kita gambarkan atau beri erti sebagai suatu perjalanan yg susah, maka seluruh kehidupan kita akan susah. Kita akan sentiasa mengeluh dalam menjalani hidup kita.

Namun, kalau kita sentiasa fikir yg semua yg berlaku ada hikmahnya, dan kita bersyukur dgn apa yg kita ada, maka seluruh kehidupan kita akan menjadi indah. Walaupun pada pandangan mata org lain ia adalah mustahil! Aku terbaca ni dalam buku The Secret. Dia bezakan antara 'inspirational work' and 'work' by itself. Dan dalam Landmark Education pula, dia sebut as BEING. Kita kena BE dulu, then DOING (work).

Selain tu, dalam buku The Secret juga, dia ada nyatakan tentang kepentingan kita bersyukur. Allah juga ada pesan yg Dia akan tambah nikmat kpd mereka yg bersyukur. Dan cara kita bersyukur selain menghargai apa yg ada ialah dgn bertasbih kpdNya. Subhanallah.. Amazing!

Okay.. sebelum aku berundur diri, I want to create my possibility for today. What I'm creating of myself and mylife today is being UNREASONABLE and UNSTOPPABLE.

Yosh! Ganbarrumassu!