Showing posts with label sajak. Show all posts
Showing posts with label sajak. Show all posts

Monday, 24 January 2011

Dalam menelusuri hidup ini, segala ranjau dugaan diredah
Dalam hati seorang pejuang, tidak boleh ada rasa gundah
Payah, resah gelisah jangan sampai membuat engkau melatah
Dalam kemelut itu, carilah Dia.. Ketenangan yang abadi, tiada titik noktah

(^__^)v

Thursday, 23 April 2009

Menggapai Bintang


Akan ku capai bintang itu

Tangan ku hulur

Panjang menjulur

Demi sebuah impian

Di dalam genggaman

Gambar & Sajak: Maria Maarof

Tuesday, 13 May 2008

Lukisan Kehidupan


Setiap detik dalam hidup ini;
Umpama titik2 halus yang membentuk garisan.
Garisan yang mungkin tidak sentiasa lurus;
Kerana dibentengi halangan dan cabaran.
Namun, walau ia tidak lurus;
Kekadang bengkok dan bercabang;
Akan akhirnya membentuk suatu lukisan.
Itulah lukisan..
Lakaran kehidupan kita.


Hasmerya
9.54pg
Cardiff

Wednesday, 4 August 2004

WAHAI DIRIKU MENGERTILAH


Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya
Merasa terpikul amanah ad-deen ini.
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.

Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu.

Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu'mu kurang,
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya,
Terlalu banyak kurang & salahmu.

Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang..
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan,
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.

Diriku,
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu,
Pada qiamullail di keheningan malam,
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya,
Di situ ada bekalnya...
Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat,
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.

Diriku,
Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Ada ketenangan dan kekuatanmu.

Diriku,
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja,
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati,
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit,
Apatah lagi menghidupkan hati yang mati.

Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia Kerana kedaulatan Tuhanmu.
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadapan qudrat dan iradat-Nya.

PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN


p/s: Jangan salah faham.. Puisi ini bukan aku yg tulis. Aku tidak sehebat ini utk menulis. Namun, aku amat tersentuh dgn bait kata2nya. Moga kita sama2 muhasabah diri yg serba kekurangan ini.