Friday, 23 September 2005

Sebuah ketentuan


Pagi tadi aku bangun tengok dia cam sesak nafas. Segera aku tukar airnya.

Aku kata, "Sabar ya... jgn pergi lagi..." Dia nampak okay, alhamdulillah.

Malam ni bila balik dari sekolah, dia dah tak ada. Tinggal sekujur tubuh terapung di permukaan. Innalillah wa inna ilaihi raaji'un...

Sedih.. aku minta maaf sbb tak jaga dia dgn baik. Baru je seminggu dia di sini. Allah dah panggil dia semula.

Tuesday, 20 September 2005

Expoislamia 2005

Dah lama aku nak gi ExpoIslamia ni. Lepas 2 tahun baru a berkesempatan. MasyaAllah best betul! Banyak yg aku belajar. Sebenarnya, sangat best bila kita belajar sirah rasul atau apa2 sahaja pasal Nabi kita, Rasullullah s.a.w. Sesungguhnya Bagindalah contoh ikutan yang terbaik utk kita.

Masa program ni juga aku terberselisih dgn Tariq Ramadhan dgn wife dia. MasyaAllah, tak sangka lak. Rupanya dia ada bg talk sblm tu. Sepatutnya xde dlm program. Maybe terlanjur dia ada di UK ni, pihak penganjur menjemput beliau.

Tiba semua di Cardiff sangat lewat sebab traffic jam. Huwaa! letihnya! Tapi aku sangat gembira dan berpuas hati. [Smile]

Wednesday, 14 September 2005

Report

Tika dan waktu yang paling aku benci dalam dunia....

........Kena wat Report...........

HUWAAA!!!!!

@_@

Monday, 12 September 2005

Voip Cheap punya cerita

Aku try guna sekali lagi Voip Cheap hari ni. Haritu guna memang sangat puas hati. Setengah jam aku call adik di Malaysia. Hanya 1 pound. Ya.. Satu pound sahaja!

Hari ni setelah topup 10.00 pound, aku menghabiskan hampir 40 p telefon Malaysia. Semua tak boleh dengar. Aku dengar org dia sana, tapi mereka tak dgr aku. Byk kali juga aku call rumah. Adik aku sampai malas nak angkat dah. Aku disini asyik terjerit2 nak beri diorg dengar. Tak dengar jugak. Sedih sungguh tak dapat call umah hrni. Tapi aku try call line di sini dengar pula.

Voip Cheap... I dunno what to say. Memang menguji kesabaran aku hrni. Harap tak berlanjutan hingga bila2.. Duit ada 9++ pound lagi, weh!

Friday, 2 September 2005

Welcome Dory!

Aku cerita pasal Nemo kat labmate aku. Dia suruh aku beli seekor lagi secepat mungkin. Aku senyum je. Sebenarnya aku pun risau gak. Sbb takut Nemo sakit. Sejak kebelakangan ni dia asyik muram je. Dah tiga minggu sejak kawannya mati. Aku tak terbeli2 juga.

Semalam dalam kul 4 lebih aku terus berkejar ke kedai utk membelinya. Kedai satu lagi tu tak bukak. Kedai pakcik garang tu yg bukak. Huhu... Tak kisah la.. beli je... Dia tak tau jantina ikan, jadi aku terpaksa la pilih sendiri yg mana aku nak. Seb baik labmate aku dah ajar camna nak tau jantina ikan. Nak tau camna? Ha...kalau kita nampak sirip belakang ikan tu tajam, ia jantan, dan kalau bulat dan agak kecil sedikit, ia betina. Senang kan! Hehe..

Lepas beli, aku bergegas ke rumah utk kenalkan Nemo kawan barunya. Wah... terus main kejar2. Hm... biasala.. Nemo nak kenal kawan baru! Nampak seronok dia. Tapi ikan baru ni nampak sombong sikit. Takpela.. tengok dua tiga hari lagi. Oklah tu kot. Nampaknya ikan bari ni kecil sikit dari Nemo... Mungkin masih anak ikan.

Zura suruh beri nama pada ikan baru ni. Aku xde idea nak bagi nama. Nama kucing adala.. Aku suruh Zura je bagi. Zura terus kata 'kita panggil dia Dory'... Haha.. memang kuat pengaruh finding Nemo tuh..

Hm... Nemo, jaga kawan ko baik2 ek.. Welcome Dory!

Have a nice day!

Thursday, 1 September 2005

Yang terbaik utk kita...

Kekadang kita rasa sedih atas apa yg terjadi pada kita... Tapi sebenarnya, mungkin Allah ada agenda yg lebih baik utk kita!
 
So, jangan berputus asa... kita merancang, Allah merancang...
Namun, perancangan Allah tu adalah yg terbaik!
 
Teruskan usaha! Jia yuk!