Thursday, 12 March 2009

Nana-korobi Ya-oki (七転び八起き)


Apa ni? ha...
Cara sebutannya.. Nana-korobi Ya-oki (七転び八起き)
Peribahasa Jepun ni berdasarkan no-7, yg merupakan 'lucky number' bagi masyarakat Jepun.
Secara literal, ia bermaksud, "tujuh jatuh, lapan bangun."
Maksudnya, dalam hidup ni, akn ada turun dan naik. Jadi peribahasa ni selalu digunakan sebagai kata2 semangat meneruskan impian kita, walau bagaimana susah sekalipun.
Yosh! Ganbatte, Nana-korobi Ya-oki!
Hehe.. entah betul ke tidak ayat ni..

Sunday, 8 March 2009

Kawan lama...

Buka email tadi.
Nampak birthday reminder email kata 'birthday Riza today, 8th March'
Terfikir... Riza mana ya? Adik aku ke? Tapi dia bulan Sept nanti.
.
.
.
Baru terigat! Riza.. Norasmariza...
Hehe.. sebenarnya baru malam tadi termimpi dia. Gi makan sama.
Haha! Memang lama tak dengar berita kawan aku ni.
Su, Ijah.. Korang ada dgr berita tentang dia tak?
Kalau ada, kim salam kat dia, ya!
.
.
For Riza, kalau baca blog ni... Happy Birthday!!! Panjang umur, kita jumpa lagi! Moga Allah rahmati hidup kamu!

Tuesday, 24 February 2009

Choose your own path.
Believe what you believe to its very end.
And then
you'll have NO regrets in life.

- Q.E.D Ep7

Zikir Ilahi, Zikir Hakiki

Lagukan ia setiap masa

-Maria Maarof

Saturday, 21 February 2009

Change the World

Believe in yourself, Don't stop!
Make your own destiny
You can Change the World

Thursday, 12 February 2009

Renungan Pagi

Sejak kebelakangan ni mcm tak semangat je. Ntahla.. letih ke apa. Pastu pagi ni aku terbaca sebahagian ayat Allah lepas solat subuh tadi. Huhu.. Terharu.. Allah bagi peringatan pada aku. Ya Allah, ampuni dosa2ku. Berikan kekuatan pada diriku dlm menghadapi ujian ini.

[146] Dan berapa ramainya nabi yg berperang bersama2 mereka sejumlah besar dari pengikut(nya) yg bertaqwa. Mareka tidak menjadi lemah krn bencana yg menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kpd musuh). Allah menyukai org2 yg SABAR.

[147] Tidak ada doa mereka selain ucapan "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa2 kami dan tindakan2 kami yg berlebih2an dlm urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yg kafir.

[148] Kerana itu Allah memberikan kpd mereka pahala di dunia dan pahala yg baik di akhirat. Dan Allah menyukai org2 yg berbuat kebaikan.

Surah Ali Imran : 146-148

Wednesday, 4 February 2009

4 & 7 FEB

Selamat Hari Lahir kepada yg tersayang...


Emak (4 Feb)


&

Abah (7 Feb)
Semoga panjang umur dan murah rezeki. Dan semoga Allah merahmati segala jasa2 kalian.
[muach!] Huhu.. terasa nak balik umah!