Friday, 7 October 2005

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan buat semua...

Maaf agak lewat mengatur bicara. Ada byk benda yg kena buat. Hari ni kami di Cardiff dah masuk hari ke4 puasa. Start Selasa haritu. Alhamdulillah, semua okay, insyaAllah...

Bila tibanya Ramadhan, maka.. penuhlah masjid2 di kala azan Maghrib berkumandang. Budaya di sini, mereka suka berbuka puasa di masjid. Lebih meriah dan terasa bahang Ramadhannya. Selain ada tazkirah/ peringatan2 yang menginsafkan. Al-maklumlah, kat sini tiada iklan2 TV atau pengumuman menandakan waktu berbuka. Jadinya, kalau tak ke masjid, xdela terasa sangat. Macam puasa sunat je. Tapi kalau ke masjid, lain sikit.

Selain tu, bagi yang bergelar pelajar pula, akan ke masjid sebab tak perlu risau2 nak makan apa utk berbuka. Selalunya waktu2 ni, kelas habis lewat. Balik kelas je terus ke masjid. Sedang elok masa berbuka. Dan yang penting, JIMAT! Haha.. eh, ni niat dah lain ni.. [adeh!!] Bukan aku yg kata.. tapi ramai yg kata gitu. Dan realitinya mmg begitu. Jadi, tak dapat di sangkal lagi. Yang penting hanya perlu betulkan niat. Ke masjid kerana Allah, berbuka krn Alah, berkawan krn Allah, dan semuanya la... Bulan puasa bukan bulan utk jimat duit, bukan bulan utk kuruskan badan, bukan juga utk jimat masa sebab nak habiskan keje2 yg berlambak (sbb xmakan tengahari). But only and solely for beribadah kpd Allah. Bulan ini, bulan mendidik diri... Utk mendisiplinkan diri utk terus istiqamah di jalan Allah.. InsyaAllah.

Ha... kalau korg xde apa nak buat, dan bosan nak baca perenggan seterusnya, sila ke sini. Penceramah yg best sekali! InsyaAllah byk manfaatnya juga.. [wink]

######

Hari ni aku agak gembira.

Nak tahu kenapa? Sebab harini dapat discuss dgn supervisor about my work. MasyaAllah! Dua jam lebih juga... Walaupun agak panjang, tapi aku puas hati. Dan aku juga ada buat azam baru. Utk jadi lebih proaktif dan tak mudah putus asa. Aku mahu berfikir dgn lebih kreatif dan krtitis. Walaupun tak dapat, perlu cuba dan cuba lagi. Dan.. jgn malu bertanya.

Lepas je meeting tu, sedikit demi sedikit hijab kefahaman aku pasal apa yg aku pelajari tersingkap. About the multipoles, kepentingannya, kenapa kena buat itu dan ini... Sebelum ni aku main buat je. Dan aku juga makin yakin dgn apa yg aku buat, insyaAllah. Aku dapat bayangkan bagaimana sumbangan sekecil2 ilmu itu dpt menyumbang kpd kajian yg lain. Kajian dari sekecil2 benda sehingga kajian makro yang kami buat ni. Hm.. tak paham? Tak mengapa.. kalau nak paham, kena la pi ngaji Chemistry.. [ahakQs!!]

Sebenarnya, bahagian ni baru sedikit dari objektif kajian aku yg masih jauh ni. Masih byk yg perlu dilakukan.

Okayla.. Bosan dengar celoteh hamba yg merapu ni... Sampai sini dulu kot.

Wassalam.

No comments: