Malam tadi aku pergi program pertama Islamic Awareness Week (IAW) bertajuk The Past Will Come Alive: Muhammad (PBUH). Best sangat. Walaupun mula lambat kerana masalah teknikal, tapi amat interaktif dan menarik sekali!
Subhanallah!
Suka sangat!
Persembahan adalah secara pengembaraan 2 org remaja ni ke zaman rasullullah. Secara sembang2 sambil bercerita tentang sirah nabi. Dari lahir hingga wafatnya Baginda. Diselangselikan dengan clip video utk menggambarkan penceritaan mereka. Selain tu, sebab mereka mengembara ke zaman lampau, maka ada juga interview (secara lakonan) beberapa tokoh dan org Arab tentang akhlak nabi, suasana masa tu, sewaktu pembukaan Mekah, Perang Badar, dll. Dan.. tak kurang diselitkan dengan unsur komedi. Bukan mentertawakan nabi, tapi tentang perangai orang2 Arab. Sebagai menambah keceriaan suasana.
Di akhir, rasa sedikit SAYU, sewaktu mereka menggambarkan kewafatan nabi, dengan wasiat terakhir Baginda. SEDIH. Tak terkata..
Adakah aku mampu menjadi pendokong ummah yg Baginda ucapkan di saat2 akhir baginda? "Ummati.. Ummati..."
---------------
Well.. bila balik ke school, aku nampak poster talk Ian Rankin.
Wah!!! Excited giler!
Bila tengok tarikh...
Monday, 3rd Feb, 6.30pm
Huhu.. terlepas aku. Kenapa tak tahu ni? Patutla masa aku nak keluar ke IAW tadi ramai org beratur utk ke Lecture Hall bawah lab aku. Rupa2nya....
Rasa cam best giler sebab penulis yg terkenal dtg bagi talk. Tapi takleh nak dtg sebab kena book dulu.
Takpelah.. xde rezeki... ~_~
1 comment:
Salam..
Terima kasih komen di blog saya.. dan terharu bila baca entri ni xktviti keislaman di luar negara..
Post a Comment