Sunday, 6 April 2008

Bersyukurlah!

"We cannot always get what we love. So we should learn to LOVE what we get!"

Kata2 ni aku dapat dari artikel ust Hasrizal yg terbaru. Walaupun artikel yg ditulisnya takde kena mengena dgn hidup aku, namun kata2 tersebut besar maknanya utk aku.

Ya, betul.

Tak semua yg kita nak kita akan dapat. Dan tak semua yg kita peroleh tu kita akan suka. Tapi, cantiknya dalam hidup seorang muslim ialah kita sentiasa perlu bersyukur apa yg Allah beri pada kita, sama ada kita suka atau tak. Kerana apa yg kita tak suka tu, ada hikmah dan pelajaran yg akan membentuk diri kita, tanpa kita sedari.

Tulis dan faham memang senang. Cuma bila diuji Allah, seringkali kita terus melatah! Menyalahkan itu dan ini. Tanpa berhenti sekejap, dan berfikir sejenak. Merenung kembali... adakah ini ujian atau balasan Allah? Mungkin juga hadiah yg terbaik untuk kita? Dan apa jua yg berlaku atau yg kita terima. Belajarlah mencintainya.

Hm... Renung2kanlah.

Tarik nafas panjang2 dan sujudlah padaNya.

No comments: