Sunday, 17 June 2012

Baklava

Minggu ni balik PJ
Memandu jumaat mlm lepas keje dalam kul 7.
Alhamdulillah selamat sampai. Kul 10.20 dah tiba di rumah. Sbb tak jem sangat :)

Sabtu, lepas kenduri kawin, aku dengan mak pergi MidValley.. Sbb Jusco ada sale. 15%. Saje je mencari benda2 yg berkenan sambil tengok2 kedai lain. Dapat la kasut sepasang beli kat Bata & Beberapa helai baju beli kat Jusco.. Ten mak nak beli groceries kat Carefour.

Carefour sekarang dah cantik dan modern. Kalah Jusco or Tesco. Serba hitam, with modern touch. Promoter pun best.. siap ada yg buat magik, nyanyi, games.. maybe sbb nak raikan setting baru kot. Anyway, jenjalan kat Carefour, ternampak Baklava... wa.. lama dah tak makan benda ni. Dulu ada jugak beli kat Cardiff. Tak la selalu makan.. cuma lepas 3 thn tinggalkan bumi Cardiff, bila nampak semula teringin gak nak rasa. Mahal gak la.. RM18/100g. Tapi takpe.. nak bagi mak rasa sebenarnya.

Aku, kalau boleh, segala yg ada kat UK tu nak tunjuk kat mak... nak mak experience apa yg aku experience. Because if not because of them, I wont be here, kan? So.. lepas rasa dan rasanya agak okay.. though kurang rangup sebab imported from Lebanon (tak fresh sgt), aku pun beli. 300g for RM54.

Mak suka gak la.. cuma yg ni tak manis sgt. Katanya dah kurangkan 30% kandungan gula. So.. agak aku, Baklava version Lebanon ni lebih manis dari yg UK punya. Tapi sedap la.. alhamdulillah :) Ni gambarnya :)



No comments: