Kalau anda fikir kerja anda susah, fikir pula tentang orang lain. Bagaimana susahnya mereka. Dalam kerja mmg ada masa susah, dan ada masa senang. Kalau susah sikit pun nak give up, ugut berhenti kerja... silakan... Ramai lagi orang yang tidak bernasib baik seperti anda yang tercari2 mata pencarian yang tetap. Ada juga yang sudah mendapat kerja pun, sentiasa dimaki hamun oleh ketuanya untuk habiskan kerja mereka. Adakah anda sampai tahap begitu?
Ada juga yang tak nak buat kerja lebih atau lain dari kebiasaan sebab dengan alasan nak naik pangkat dulu. Benar... Semua orang pasti akan utamakan kepentingan diri... Cumanya, mungkin belum rezeki anda. Cuba dan doa lagi. Mungkin mereka utamakan rakan2 anda yang lebih senior kerana lagi 2/3 tahun mereka nak pencen. Yang penting anda usaha dan buat kerja yang terbaik... kerana Allah taala.
Saya kagum dengan orang jepun. Buat kerja walau susah dan seteruk mana pun, cuba untuk buat sehabis baik. Serahkan jiwa dan raga utk kerja mereka. Walaupun kerja mereka hanyalah setakat cleaner atau orang yang buat jalan. Sentiasa cari titik tolak atau perkara utk rasa puas hati dengan kerja. Ada juga yang sanggup jadi orang suruhan chef pakar hiris ikan untuk sushi. Semata2 nak belajar hiris ikan je. Kagumnya...
Hmmm... Manusia dan perangai mereka.
No comments:
Post a Comment