Tuesday, 25 November 2003

Menjelmanya Syawal Bersama Perginya Ramadhan...

Hari raya menjelma lagi...

Aku berbuka di al-Manar. Seperti biasa.

Lepas berbuka, diumumkan bahawa esoknya adalah 1 Syawal. Kali ini bukan daripada mohor besar raja2. Tapi daripada orang di sini.

Tiada bunga api, kesibukan memasak ketupat rendang di dapur dan lain2 perisapan raya. Even takbir raya pun tidak dilaungkan. Katanya di sini tidak dibenarkan. Mengganggu penduduk di sekitar. Sayu rasa hati. At least takbir raya dpt menimbulkan suasana hari raya. Hari kemenangan setelah sebulan berlawan dgn hawa nafsu. Ini tidak. Senyap dan sunyi.

Tapi di masjid ini masih meriah. Kanak-kanak melakarkan corak di tangan dengan inai. Mcm yg org India buat di Malaysia. Ada juga yang ajak aku sekali. Tapi aku menolak, sebab tak biasa. Ibu-ibu lak rancak berbual sambil minum kopi.

Hari ni pengunjung masjid x ramai. Maybe sebab buat persediaan kat rumah. Atau mmg dah tau yg esok raya. Entahlah. Itu hanya spekulasi aku cuma.

Pulang dari masjid aku gi telefon rumah. Sebak dan sedih rasanya. Tapi, kata-kata mak menyuntik semangatku. Semoga kita dapat bersua di masa akan datang!

Geram sebab xleh nak buka radio IKIM.FM, aku buka takbir. Ulang berkali2. Ah... syahdunya... Sedihnya...

Esok aku cdg nak gi Darul Isra' untuk solat sunat Aidilfitri. InsyaAllah jumpa Zura & kengkawan lain di sana!

Selamat Hari Raya Semua! Maaf Zahir & Batin.

No comments: