Hujung minggu raya tu seperti yang dirancang kami akan bertolak ke London. Tiket hanya dibeli mlm sebelum bertolak. Nasib baik ada. Ah... seronoknya tak terkira! Utk bertemu sahabat seperjuanganku semasa di UTM.
Pagi tu hari tak begitu menyebelahi kami. Berjalan ke Central Station dalam kehujanan. Nasib baik dekat je Central Station tu.
Kami ke sana bertiga. Zura, Chef dan aku. Tapi, arah tujuan x sama. Mereka berdua akan ke Eid Conference, bila tiba di London, sementara aku pula akan jumpa Sue n Riza.
Sebelum bertolak, jumpa eejat. Rupanya dia pun akan pergi sama ke London. Ada jamuan Aidilfitri rumah supervisor Petronas katanya. Pagi tu penumpang tak ramai. Ramai sikit bila tiba di NewPort. Kalau dak, mmg bas tu kami 4 org punya aa... Heheh...
Hujan masih lagi turun sepanjang perjalanan ke London. Adakah akan begini sehingga tiba ke London? I wonder.
Sampai di London hujan agak reda. Boleh aa nak redah pun. Sebab dah pukul 12.30, Kami berempat terus berpecah. Zura n Chef naik cab ke conference tu. Aku lak mencari telefon booth utk telefon sue.
Lorrr... rupanya diorg tengah berada kat rumah terbuka. Pelik lak aku. Takkan x amik Che Rozid lagi. Sbb dia tiba lebih awal dr aku. kul 11 td. Rupanya dia mmg xjumpa Che lagi. La... sian la kat budak tuh.
Sue kata Riza akan dtg jemput kami. Aku contact Che utk bgtau hal tu. Rupanya selama sejam lebih dia kat sini dia kata dah round sekitar kawasan ni sampai ke tube. Fuh.. jauh tu. Pastu balik hrtu gak. petang.
Lama jugak kami tunggu si Riza nih. Alas... sampai jugak dia. Rupanya diorg ada metg dgn Dr Mimi. Ala... Rasa bersalah lak nyusahkan diorg. Dahlah time2 diorg nak balik nih.
Kami ke KCL. Aku ke bilik solat utk solat Jamak Asar-Zohor. Hampir terlupa aku yg aku skrg nih leh jamak. Hm... Lepas solat makan nasi yg Riza bawa dr rumah terbuka td. Sedap betul! Alhamdulillah.
Bila sumer dah settle, kami berjalan sekitar London. Tak aa jauh mana pun. Pergi Big Ben, London Eye, amik gambar serba sedikit. Tu pun tatau jadi ke tak, memandangkan hari dah agak gelap. Lepas hantar Che balik, kami pulang ke MARA hostel. Masa tuh aku dah agak letih dah. Bilik diorg tingkat 4 lak tu. Argh!!! Hanya kesabaran yg mengatasi segalanya. Yelah.. at least sampai gak ke bumi London ni. Ke bilik Sue n Riza.
Selesai solat kami berjalan sekitar bandar yg berhampiran dgn hostel. Diorg nak gi tengok souvenir utk dihadiahkan pada sanak saudara dan kenalan di Malaysia. Byk gak yg mereka beli. Aku pun beli skit. Sebagai kenang di London.
Kemudian, setelah Zura & Chef sampai, kami makan kebab sementara mereka berdua masih gi membeli belah di kedai berhampiran. Zura tak sihat. Chef nampak letih.
Setelah hampir kul 10, kami pulang ke hostel. Argh! letih, seletih2nya. Ntah kenapa tah. Tapi, sempat lagi kami berbual. sampai kul 3 pagi lak tu. Aku tak thn sgt tertidur dulu dr diorg. Sorry aa my friends...
Esoknya Sue n Riza masih sambung berkemas. Zura n Chef nak gi jenjalan sekitar London. Kami janji nak jumpa balik di stesen bas nnt.
Su n Riza masih xhabis berkemas. Tapi kena kuar utk beli sedikit lg souvenir yg masih xcukup utk mereka yg tersenarai. Aku ikut je.
Seterusnya, aku malas nak criter. Ntahler... sebab ngantuk dah ni kot. Tapi, yg paling aku sedih ialah time nak pisah dgn Sue n Riza. Walaupun hanya jumpa kejap je, dan tak byk borak. Tapi aku rasa thats more than enough. Dpt jumpa diorg. tatau aa buat kali terakhir ke atau tak. Sebelum balik tu masih leh gelak2 lagi. Tapi bila nak salam dgn diorg, tetiba je rasa sebak. Sensitif tul aku rasa diri aku nih. Mudah sgt nangis.
Teringat masa sama2 di UTM. Byk kenangan kami bersama. Suka, duka, gelak tawa, bergaduh pun ada gak. Normal la tu. Manusia. Tapi itulah yg mengratkan lagi ukhwah kami.
Sahabatku,
Aku doakan agar kalian bahagia dan berjaya dlm menecapai cita-cita yg diidamkan. Moga kita dpt berjumpa di lain masa.
InsyaAllah.
Doakan juga aku di sini.
No comments:
Post a Comment