Thursday, 22 January 2004

Malaysia was on TV!



Sambil memasak makan mlm, aku menonton televisyen. Guess… what’s did I saw? Malaysia was on tv! Seronok giler aku. Heheh…

A short 30 minutes documentary called ‘Pacio’ in Welsh language, showed in S4C channel. Sebuah channel yg aku rasa hanya terdapat di Wales jer. Cakap pun dlm bahasa Wales.

Memula mcm tak caya je. Tapi, sbb dia sebut Malaysia byk kali, aku pun ‘on’kan teletext kat tv. Aku pun sebenarnya tak paham bahasa Welsh tu. Lain dr yg lain. Bahasa yg hanya ada di Welsh. Rasa nak je aku panggil semua housemate aku dtg reramai utk tengok negara aku ni. Malaysia. Tapi malangnya, sorg ada exam esok, sorg keluar sbb ada Chinese New Year’s party, sorg ntah ke mana, dan yg sorg lagi baru habis dinner dgn boyfriend dia.

So, tinggal aku sorg la yg seronok tahap dewa (kata atirah) menonton siaran tu…

It was just a documentary yg menunjukkan 3 tempat menarik yg patut dilawati di Malaysia, dan… of course, ada kaitan dgn penjajahan British. Cameron Highlands, Kuala Lumpur, dan Pulau Pangkor.

Di sini, baru aku tau serba sedikit kisah penjajahan British di Cameron Highland dan Pulau Pangkor. Serta beberapa fakta menarik. Kat Cameron Highland tu, biasalah… dipaparkan tentang keindahan ladang teh, bunga, serta buah-buahan yg ada. Semuanya murah2 belaka (Bagi mereka). Dikatakan juga bahawa hotel di Cameron Highland ni murah sebab kita dpt layanan istimewa (dgn seorg butler lagi tuh) utk hanya ₤60 semalam, yg mana di UK ni nilainya hanya utk hotel bertaraf biasa je. Mana taknye, ₤60 tu je dah RM360++. Maunye tak dpt first class!!!

Di KL pulak, dipaparkan KLCC, Merdeka Square, KTM, Dayabumi, Central Market, dan tempat beribadat bg 3 penganut agama yg utama di Malaysia. Kuil Hindu, Tokong Cina dan last sekali Masjid Negara. Dianggarkan bahawa masjid tu boleh menempatkan 8000 jemaah. Subhanallah… Pastu, ada part yg Mat Salleh ni pi ke Petaling Street. Tau lah kan, kat situ kan byk benda murah.. Mat Salleh ni tanya aa berapa harga jam yg si uncle Cina ni jual. Dia kata 150. Mat Salleh ni pun bargain aa utk dpt harga yg lebih murah. Nak tau brp dia bargain? “Can you give me two for 50?” Uncle tu terus kata “okay!’. Begitu mudah sekali. Pastu pengacara tu kata “This only cost about ₤4 each!.” Petaling Street waktu malam pun dia tunjuk. Betapa ramai dan meriahnya org2 kat situ. Pelbagai kaum dan bangsa. “The night which never sleep.” Mana taknye, Kat UK ni, kul 5 je semua kedai tutup. Yang tinggal hanya bar, restoran dan minimarket yg dipunyai oleh non-european. So, senyap sunyi le jln2 depa nih. Mcm dah tgh malam. Padahal baru pukul 6 ptg.

Pulau Pangkor, x byk sangat dia cerita. Just keindahan pantai dan kemudahan penginapan yg ada. Ha… lupa pulak. Kat sini juga disediakan kemudahan motosikal utk mengelilingi kampung. Harganya cuma ₤6 = RM36++ jer…

Hm.. itulah serba sedikit pasal Malaysia. Tak sangka pulak aku betapa indahnya tanah tumpah darah ku ini. Bukan aku x perasan selama ni. Memang dah bangga pun. Cuma kali ni terasa lebih2 la pulak bangganya.

Subhanallah.. Betapa indahnya ciptaanMu. Ke mana sahaja aku pergi, bila melihat panorama yg indah ni, terasa akan kebesaranMu. Aku rasa lepas ni mesti ramai org2 Welsh yg akan dtg ke Malaysia. Jgn bertambah maksiatnya, sudah la…

Okaylah… panjang pula celoteh aku ni.

p/s: Bila baca balik, baru aku perasan yg penulisan aku ni byk perkataan ‘pastu’ dan ‘sebab’. Ni pun dah kurang sebab dah ditapis. Ntah2 aku pun cakap camni ek? Hish kena ubah aa gaya aku nih. Kena tambah vocab dan penghubung kata…

No comments: