Saturday 17 April 2004

Cuti-cuti Musim Bunga...

Haritu aku bercerita tentang musim bunga ala omputih...Spring vacation. Sekarang ni versi melayu la pulak. Cuti-Cuti Musim Bunga. Dah masuk minggu akhir dah cuti ni. Kejap je rasanya. Isnin ni mula kelas balik. dan lepas tu...EXAM!!!

Well...itulah lumrah hidup as a student. Okay then.. Kali ni kita ke Brecon pula yea... Sebuah tempat di utara Wales yang diwartakan sebagai National Park. Sebelum ni dah pergi utk main salji. But now kita tengok keindahannya di musim bunga pulak.

Perjalanan mengambil masa sejam setengah. Sebab sampai dah malam.. so, tak tau la mcmmana rupa tempat tu. Bermalam di caravan. Subhanallah.. cantik dan selesa sungguh! Macam bilik kat hotel.. Ingatkan macam dalam cerita Mickey Mouse tu.. Simple je, but its not. Haha! Cuma.. sejuk je.

Spend the time there riding horses, main masak2, cari harta karun dalam Fool's Forest, dan jenjalan sambil menghirup udara segar. and...amik gambar..of course!

Indahnya alam ciptaan Allah ni...
Tak terungkap melalui kata-kata...

Akhir kata... see ya again next time, friends! InsyaAllah...
Ukhwah Fillah...

No comments: