Wednesday, 15 June 2005

Pemalsuan Fakta Sejarah Dalam Kingdom of Heaven

Bebaru ni aku dapat fwd email dari seorang sahabat. Berkenaan dgn fakta sejarah dalam filem Kingdom of Heaven. Ditulis oleh ustaz Dundee yg sedang buat PHD dalam 'Jerusalem Studies'....


A'kum.

ops.. bukan nak buat review. malas la pulak nak tulis berjela2. dissertation pun tak siap2 lagi. apa yang nak dikongsi ialah, beberapa kesalahan fakta sejarah di dalam cerita Kingdom of Heaven. bagi ana, cerita ni kira oraitlah. unbiased. yang berada di pihak yang tak kena 'sindir' dalam cerita ni, ialah yahudi sahaja. entah2, yahudi yang melobi supaya cerita ni dihasilkan.

sedikit kesilapan fakta sejarah dalam movie tersebut. harap2 ada yang tolong tambah :

1. Balian bukan anak kepada Godfrey. Balian adalah anak kepada Barisan of Ibelin. Ana tak pasti Godfrey mana yang dimaksudkan di dalam cerita tersebut, tetapi setahu ana, Godfrey (duke of Bouillon) adalah salah seorang panglima Crusade yang menawan Jerusalem pada tahun 1099 CE.

2. Balian juga bukanlah seorang yang hampeh yang bekerja sebagai blacksmith. Tetapi beliau merupakan salah seorang tokoh Crusade.

3. Balian turut serta di dalam peperangan Hittīn, peperangan yang merintis jalan ke arah pembukaan kembali Jerusalem.

4. Cinta Balian dengan Sibylla adalah tipu semata-mata.

5. Sebelum bunuh Reynaud de Chatillon, Salāh al-Dīn ada mengajak beliau memeluk Islām.

6. Ana kurang pasti fakta adik perempuan Salāh al-Dīn dibunuh oleh Reynaud. Kalau betul sekali pun, ianya bukanlah menjadi asas kepada Salāh al-Dīn untuk menawan kembali Jerusalem. Paparan pembunuhan adik Salāh al-Dīn memberikan implikasi negative, kononnya usaha Salāh al-Dīn menawan Jerusalem adalah berdasarkan kepada dendam, dan bukannya atas kesedaran agama.

7.

8.

9.

ada sesiapa lagi nak tambah ? ada banyak lagi kot pemalsuan fakta sejarah.. malas pulak nak menulis rasanya

lib liverpool
email from: "Abid Fana"

No comments: