Subhanallah...
Seha pulak tengah melihat skrin FBnya. Haha.. tak abis2..
Aku suakan makanan tengahari padanya. Takde apa yang spesial pun.. hanya popiah otak2, karipap dan sosej yang aku goreng tadi.
Sedap?
Sedap aje.. janji panas dan boleh alas perut lapar. Tunggu petang sikit baru masak proper.
Tingkap bilik kubuka.. Makin jelas bunyi rintik hujan itu. Bagai alunan muzik persembahan alam.
Satu demi satu kami menghabiskan makanan di depan mata.
"Aku kata.. kalau hujan 3 hari berturut2 ni... Macam hari akan kiamat je."
"Tambah pula dengan pelbagai berita dunia yang agak kontroversi. Di Tunisia dan Mesir..."
Dalam hati, aku rasa tak mustahil, mungkin kebangkitan dunia juga akan berlaku selepas ini. Wah!
Dan bumi Palestin akan bebas? InsyaAllah. Pejuang2 Allah mula mengumpul tenaga menegakkan yang haq dan menumpaskan yang batil.
Aku utarakan persoalan... "Andai kata esok Kiamat, macam mana?"
Kalau esok kiamat... dah tentu ini semua tak penting buat kita. Dunia dan segala isinya. Semua perkara dunia yang merisaukan setiap manusia.
Sebenarnya, tak dinafikan.. aku juga rasa lega tentang perkara ini. If tomorrow's the end of the world, nothing is significant anymore. Tapi... perkara lain pula yang merisaukan...Tentang bagaimana keadaan aku di akhirat nanti? Jika esok kiamat, adakah aku akan masih duduk saja sambil merenung hujan? Atau apakah?
Astaghfirullah.. Masih banyak lagi yang belum aku buat sebagai hamba di muka bumi ini.
Harapanku.. Moga Allah meredhai seluruh hidupku ini.
Ameen.