Friday, 7 May 2004

Unfolding The Rose

A young, new preacher was walking with an older, more seasoned preacher in the garden one day and feeling a bit insecure about what God had for him to do, he was inquiring of the older preacher. The older preacher walked up to rosebush and handed the young preacher a rosebud and told him to open it without tearing off any petals.

The young preacher looked in disbelief at the older preacher and was trying to figure out what a rosebud could possibly have to do with his wanting to know the WILL OF GOD for his life and for his ministry. Because of his high respect for the older preacher, he proceeded to TRY to unfold the rose, while keeping every petal intact... It wasn't long before he realized how impossible it was to do so .

Noticing the young preacher's inability to unfold the rosebud while keeping it intact, the older preacher began to recite the following poem....


"It is only a tiny rosebud,
A flower of God's design;
But I cannot unfold the petals
With this clumsy hands of mine.
The secret of unfolding flowers
Is not known to such as I.
GOD opens this flower so sweetly,
When in my hands they fade and die.
If I cannot unfold a rosebud,
This flower of God's design,
Then how can I think I have wisdom
To unfold this life of mine?
So I'll trust in Him for His leading
Each moment of everyday.
I will look to Him for his guidance
Each step of the pilgrim way.
The pathway that lies before me,
Only my Heavenly Father knows.
I'll trust Him to unfold the moments,
Just as He unfolds the rose."

Saturday, 24 April 2004

Mari main masak-masak...

Dah lama dah tak masak proper. Banyak keje... Ni pun masih banyak lagi. But then I decided to cook properly after this. Haha.. Bukan tak masak... Tak pandai pun. Mesti ada je yang kurang. Garam la.. pedas sangat la.. manis sangat la.. takde rasa la.. macam-macam. Sedih betul... Kekadang kelako gak. Dah besar pun tak pandai masak lagi. Ini lah angkara duduk hostel dari kecik sampai sekarang. (Alasan jer tuh...) Yela... dah dok sorang.. beli je la. Masak sikit-sikit tak best. Lagipun aku tak suka simpan makanan lama-lama. Maklumla.. health cautious gak aku nih ;)

So, mlm tadi aku try masak menu baru. Biasa je sebenarnya... Pengat pisang. Aku suka sangat! Tapi pisang kat sini mahal. Tu yg tak leh nak buat tuh. Cengkodok pisang pun xdpt nak buat. Lama dah aku aim utk wat pengat pisang nih...

Satu hari ni aku ke LiDL.. pasaraya yg baru bukak kat sini. Byk barang dia yg half price! termasuk la pisang. So, apa lagi... Terus dpt idea nak wat pengat. Sebelum tu... tepon mak dulu.. takut salah buat pulak... Tau sebenarnya, tapi saje je nak kan confimation dari pakar masak aku. My beloved MOM!

And aku pun masak... Ala.. kacang je rupanya. Pejam mata pun boleh buat. Rasa sikit... Sedap! Alhamdulillah. Pas ni nak bagi flatmate aku rasa lak. Malaysian Desert - Pengat Pisang @ Coconut milk banana.... ah.. lebih kurang la tu. Yang tak bestnya, aku beli santan yang dibekukan. Masih ada sikit hampas kelapa lagi. Tapi... sedap gak aa.. (Puji diri sendiri nampak!)

Okaylah.. eksperimen kali ni berjaya! Lain kali cuba yang lain pulak kay!

Erm.. korang nak ke resepi dia? Ni ha...

Pengat Pisang

Air (500ml)
Gula perang (1/2 cawan)
Gula pasir (1/2 cawan)
Santan (Sebiji)
Garam (sedukup rasa)
And of course... PISANG (ikut aa berapa byk pun)

Memula...didihkan air. Masukkan gula perang dan santan. Sampai dapat cam warna teh tarik. Didihkan...
Rasa manis kuah.. Kalu tak manis sangat, masukkan gula pasir. sampai rasa cukup manisnya.
Then... letak garam secukup rasa. Tujuannya untuk menambah rasa lemak dalam masakan. Kalau manis saja tak sedap. Kena ada gabungan dua ni.
And... bila didih lagi, masuk pisang. Sebaiknya pisang yang masih keras, dan hampir masak, sebab nanti dah masak lagi lembik jadinya. Tapi, kalau masak sangat, buat cengkodok je la pisang tu... Didihkan sampai rasa santan tu dah masak. Takut kang ada yang sakit perut gamaknya.

Okayla..tu aje resepi aku kali ni.

Ilal liqa' wa maassalamah
Wassalam

Monday, 19 April 2004

Penghargaan Allah Terhadap Para Syuhada'

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. Mereka itu adalah orang2 yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang melawat (mencari ilmu pengetahuan dan berjihad), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum2 Allah. Dan gembirakanlah orang2 mukmin itu." (Surah At-Taubah : 111-112)

Begitulah hidup pejuang Islam. Byk kesukaran dan dugaan. Namun balasan Allah amatlah besar bagi mereka yang tetap terus membawa mesej islam ni. Allah beli diri dan harta kita...dijanjikanNya syurga yang kekal abadi...Subhanallah... Maha Suci Allah. Tiada yang dapat menandinginya. Aku ni berjuang dlm bidang yg kecil je. Dalam pelajaran. tu pun dah mengeluh byk. Org dulu2 lagi teruk. Sampai digergaji kepalanya. Terasa teruk sungguh. InsyaAllah.. akan kucuba sedaya upayaku belajar sebaik mungkin utk disumbangkan kepada agama yg suci ini.

Amin...

Saturday, 17 April 2004

Cuti-cuti Musim Bunga...

Haritu aku bercerita tentang musim bunga ala omputih...Spring vacation. Sekarang ni versi melayu la pulak. Cuti-Cuti Musim Bunga. Dah masuk minggu akhir dah cuti ni. Kejap je rasanya. Isnin ni mula kelas balik. dan lepas tu...EXAM!!!

Well...itulah lumrah hidup as a student. Okay then.. Kali ni kita ke Brecon pula yea... Sebuah tempat di utara Wales yang diwartakan sebagai National Park. Sebelum ni dah pergi utk main salji. But now kita tengok keindahannya di musim bunga pulak.

Perjalanan mengambil masa sejam setengah. Sebab sampai dah malam.. so, tak tau la mcmmana rupa tempat tu. Bermalam di caravan. Subhanallah.. cantik dan selesa sungguh! Macam bilik kat hotel.. Ingatkan macam dalam cerita Mickey Mouse tu.. Simple je, but its not. Haha! Cuma.. sejuk je.

Spend the time there riding horses, main masak2, cari harta karun dalam Fool's Forest, dan jenjalan sambil menghirup udara segar. and...amik gambar..of course!

Indahnya alam ciptaan Allah ni...
Tak terungkap melalui kata-kata...

Akhir kata... see ya again next time, friends! InsyaAllah...
Ukhwah Fillah...

Tuesday, 6 April 2004

Spring Vacation

Baru je balik dr gi jenjalan around UK. Melawat rakan2 yg tinggal di sekitar UK ni. Seronok juga. Release tension sambil rapatkan ukhwah. Tapi yg tak bestnye, hujan sepanjang perjalanan. Banyak makan je... huhuhu... bertambah lagiler... ;)





Sampai je kat Cardiff rasa cam tak sedap badan lak. Makan tak betul agaknye. Anyway... Such a wonderful trip it was!

Sunday, 28 March 2004

What Did I Do Today? (Cont)

Oh the moon has come
The day is done
The night has covered up the sun.
I have stood so often before you to pray
But I wonder Allah, tell me, what did I do today?
Did I remember the words of Al-Fatiha?
Did I take time to thank you for all that I have?
Did I call on you to guide my way?
Tell me, what did I do today?

I has whispered to you
As I made ruku
Subhana Rabiy'yal adheem.
But was my faith
Bright or grey?
Oh Allah, tell me, what did I do today?
Did I smile at my brother?
Was I kind to my mother?
Did I teach another something that I know
Or did my love of this world lead me astray?
Tell me, what did I do today?

Sami Allah hu liman hamida
Rabanna lakal hamd.
Sami Allah hu liman hamida
Rabanna lakal hamd.
La illaha il Allah.
La illaha il Allah.

Though I've bowed to you
with my face in the dust,
subhana raby'yal a'la
Did I turn to you
And did I obey?
Oh Allah, tell me, what did I do today?
Did I use my mind?
Did I use my time?
If I search my heart what will I find?
The light of your guidance is a glimmering ray,
Tell me, what did I do toady?
Oh Allah, tell me, what did I do today?

Dawud Wharsby Ali in Road To Madinah

p/s: Moga hari ini lebih baik dari semalam... Kurniakan daku setitis dari kemanisan Iman... Ameen.

Saturday, 27 March 2004

What Did I Do Today???

Bismillahhirrahmaanirrahiim…
In the Name of Allah, Most Gracious Mot Merciful…

Hujung minggu tiba lagi.. Dan hari pun dah sampai ke penghujung. Aku masih tak tau aku dah wat apa hari ni. Sekejap je dah petang dan malam. Study pun belum lagi ni. Periksa dah nak dekat. Sibuk dengan assignment? Adalah jugak…

Petang tadi Zura telefon. Ajak aku gi makan2 kat umah dia. Aku teragak2 sebenarnya. Sbb waktu tu baru nak jenguk buku… Hehehe… Tapi, oleh sebab tak nak menghampakan, aku gi gak aa. Naja amik.

Sampai je… ramai org dah menunggu. Di rumah mereka ada tetamu dari Jepun. Mina dan Haslia. Tu yang tak nak lepaskan peluang jumpa diorg. Kak Sawiyah, Kak Nisa’ dan Farah pun ada. Wah…seronok sungguh. Dah lama tak jumpa sebegini dan spend time together. Aku lak asyik bz je (baca: sengaja buat2 bz).

Sedap sungguh Zura masak… Pastu dgn hidangan dessertnye… MasyaAllah… Kami berbual sakan sambil tengok tv. Gelak ketawa…Rasa relax sungguh hr ni. Sambil tu, aku ambil peluang untuk berkenalan dgn Mina. Kawan Lia yang berbangsa Jepun. Peramah orangnya… English dia pun bagus! Sian kat dia… sbb terlalu byk berjalan, dapat muscle strain lak. Huhuhu.. Bila aku luahkan hasrat utk ke Jepun suatu hari nanti, dia sangat mengalu2kan aku. Tapi dia kata kat jepun xbanyak makanan halal. Pinggan mangkuk semua kebanyakannya tak halal. Sebab makanan yang diorg makan kebanyakannya tak halal. Dalam hati aku, aku kagum gak dgn pengetahuan halal haram yang dia dan sedikit sebanyak pengetahuan pasal islam yang dia ada. Bagusla… pandai Lia menerangkannya.

Aku pun tanya Lia pasa perkembangan terbaru di sana. Maklumlah.. dah lama tak jumpa. Last jumpa masa forecast dulu. Pastu dia amik kos gi jepun tajaan JPA. Pasal kengkawan forecast lama kat sana.. Pasal study, kerja…dll.. (tak dapek den nak masuk summer kat sini eh)

Seronok dpt perhati suasana begini. Kumpul bersama. Beramah mesra. Yang aku lak… suka memerhati je. Tak pandai sangat berborak.

Hmm.. kejap je dah malam. Kami balik kul 9mlm dan gi minum sat kat umah kak Nisa’. Diorg summer ajak bermalam kat rumah. Tapi, bila fakir pasal assignment yang byk lagi tak siap… tak jadi lak. Sedih tul. Apsal la aku ni lembab sangat!

Sampai bilik dah tak larat dah. Try gak buka mata utk wat essay tu… tapi tersengguk2.. Dengan belakang aku yg sakit ni. Huh! Masih tak baik lagi. Aku rasa it become worst! Saat ini aku teringat kat umah. Selalu kalau aku sakit camni, mak akan urutkan.. gosokkan dgn minyak.. Kat sini… siapa la yang ada… aku sensorang je. Kene la panjangkan tangan utk gosok minyak kat diri sendiri… Sedihnye… Mak, Yah nak balik… Tak larat duk sini lelama…

Tak tahan dgn sakit tu… aku ambil keputusan untuk tidur saja! Habis cerita.

Ya Allah… terima kasih atas hari ini. Terima kasih atas pertemuan dan persahabatan ini. Terima kasih atas kasih sayang ini…

Wassalam..