Thursday, 26 February 2004

Big Barrier In Life


Huargh! MasyaAllah, penatnye... Dah dekat 2 minggu aku balik lewat dr school. Lepas kerja terus ke school balik dan balik dalam kul 9 ke 10. Pastu, kalau rajin, aku masak lak mlm tu.

Ni baru je lepas makan la ni. Buat tuna pasta. Sedap gak. Sesaje je buat resepi sendiri... Dah xde barang. Masak je apa yg ada. Sedap gak. Masuk hr ni, dah kali kedua aku buat masakan ni. Senang je. No hassle nyer lah!

Dah lama x tulis... Mlm ni tergerak gak nak tulis, walaupun mata dah separuh kuyu. Letak kepala atas bantal, alamat lena la ni...

Anyway, masa aku jalan2 nak balik tadi aku terpikir pasal workshop yg masih x habis lagi. Nak calculate barrier energy, reaction energy, frequency, etc... Sambil2 aku terpikir pasal barrier energy, aku terbayang... Sebenarnya, bukannya pembentukan/ tindak balas molekul je yg ada barrier...kita pun ada barrier. Ada yg rendah, ada yg tinggi. Cuma kita kena tahu how many 'energy' yg perlu utk mengatasi barrier tersebut. Energy di sini bolehlah ditafsirkan sebagai effort/usaha. Lagi tinggi barrier, lagi byk effort yg kita kena beri. Barrier lak, macam penghalang, kalau bahasa kimianya, tenaga pengaktifan.

Kita ambil analogi molekul tadi. Bila kita dah melepasi barrier, perjalanan kita jadi lebih mudah, seperti menuruni bukit. Dan akhirnya kedudukan kita akan lebih tinggi dari yg awal tadi. Maksudnya di sini, taraf kita bila kita dah melepasi sesuatu penghalang akan lebih baik atau lebih tinggi. Tak kiralah dari segi apa pun... Harta, ilmu, anything. Kalau harta, dr kaya bertambah kaya..dan kalau ilmu, dr tak faham, jadi lebih memahami...

Macam tu la jugak dgn workshop aku nih. Memula buat tu, asyik2 crash je prog aku nih...Link Died!... Tension gak.. Tapi bila tanya dgn lect, dan kengkawan...Betulkan begitu begini, okay dah dia. Tu pun 5 kali crash dah tu... At last, alhamdulillah... Lepas je satu prog tu, dah okay utk buat yg lainnya...

Bila difikir balik, byk sebenarnya barrier yg perlu aku tempuhi dlm hidup ni. Ada yg susah, ada yg mudah. Hanya kesabaran dan ketabahan hati yg dpt mengatasinya. Dan, yg paling penting, ianya berlaku dgn izin drNya.

"Dialah (Allah) yang memudahkan kamu bergerak atau mengembara di daratan dan di lautan hingga bila kamu berada dalam bahtera dengan tiupan angin yang baik dan mereka bergembira dalam pelayaran itu.Tiba-tiba datanglah angin kencang dan ombak besar menggulung dari setiap penjuru. Ketika itu mereka menyangka bahawa diri mereka tidak akan terlepas lagi daripada bahaya, lalu mereka pun berdoalahmemohon pertolongan Allah dengan penuh keikhlasan sambil berkata: "Ya Allah, kiranya Engkau selamatkan kami daripada mara bahaya ini, kami akan jadi orang-orang yang bersyukur kepadaMu" (Surah Yunus: 23)

Ngantuk dah... Bye!

Monday, 16 February 2004

Betapa Indah Utk Memahami & Difahami

I don’t know how to express myself. But, this is the most enjoyable weekend in my life. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

###

Alangkah seronoknya bila kita dapat memahami sesuatu… Apa yg hendak disampaikan dlm pelajaran, life, atau apa yg org nak kita faham. Aku tahu, aku bukan org yg baik bila membuat keputusan. Seringkali keliru. Terutamanya dlm membuat keputusan dlm hidup aku.

Tapi, aku rasa aku merupakan seorg pendengar yg baik. Cuma, sejak kebelakangan ni, aku agak sukar utk memahaminya. Ada yg aku agak faham, tapi ada juga yg x paham. Maybe, sebab utama aku x paham ialah sbb aku takleh terima pendapat dia kot. Aku faham yg dia faham, tapi aku x faham knp dia berubah. Tidak spt dulu…

Takpelah… mmg dia byk ilmu drku. So, maybe apa yg aku lihat betul, tp bg dia xberapa tepat. Entahle… Aku ni asyik ikut perasaan diri je. Takpelah… Maybe lepas nih boleh latih diri utk memahami.

“Ya Allah, kurniakanlah daku kefahaman yg baik spt kefahaman nabi2mu….”

Moga sentiasa dlm redhaNya.

Saturday, 14 February 2004

A Dizzy Day

Entahle.. aku pun tatau apa perasaan aku sekarang ni. Pening2 sikit. Sejak bangun pagi tadi. Bila pakai contact rasa lebih teruk. Mungkin sebab kanta lekap tuh aa. Dah lama gak aku x tukar. Tapi aku x pakai pun. Buka dan simpan je. Kalau nak jangkakan masa aku pakai, baru je 3 minggu. Tapi bila pakai sekarang ni dah kabur. So, aku membuat keputusan utk pakai cermin mata ke kelas hr nih. Tapi mata aku masih rasa kering dan masa aku berjalan ke kelas rasa cam terbang. Huhuhu.. ntah ape yg terjadi kat aku nih. Tak leh ank beri tumpuan. Walaupun masa aku berjalan. Ya Allah… pelik betul. Mungkin sbb byk tido kot.

Tido??

Ha…mmg sejak kebelakangan ni aku byk tido. Macam dalam satu cerita omputih nih… ‘SB’. Korang teka aa apa die… Sebab tension kot. Urat leher aku rasa tegang. Kesian tul kat aku. Ahahaha… Allah dah tarik balik nikmat summer tu. Aku tak guna dgn betul ke? Agaknye kot. Teruk betul aku ni kan?

Workshop aku x sempat nak abis minggu ni. Aku minta tunda minggu depan. Nasib baik pensyarah aku nih baik. Bukan sesaja je… tapi sebab komputer aku ada masalah skit. Kene aa wat kat komputer lain. Dahlah data summer xleh recover balik. Takpe aa.. ujian Allah.. Tapi, nampaknye, aku akan byk ketinggalan aa. Eh! Xleh camni… Aku kena work hard… Kurangkan tido…

Okay, lega skit bila benda2 yg aku nak luahkan dah terluah kat sini. Kalau tak, lagi serabai kepala otak aku nih. Till the next episode of me.. Tata!!!

P/s: aku xleh tulis dlm BI byk2 sbb tgh kat kelas nih. Nnt org2 kat sebelah aku nih paham laks. Tu aa pasal bahasa summer skema giler. Macam kat novel laks!

Thursday, 12 February 2004

My World

“Can't help if I space in a daze,
My eyes tune out the other way,
I may switch off and go in a daydream,
In this head my thoughts are deep,
But sometimes I can't even speak,
Would someone be and not pretend?
I'm off again in my World…”


Kelas hr nih diajar oleh seorg lect jemputan dr Daresbury lab. Lect aku kata dia nih terror bab2 parameterised method nih. Terutama bab forcefield. Sbb dia nih ada cipta/improvekan software baru utk menjitukan lagi modeling. Bestnye!

Tapi, malangnya, bila dia bagi lect, aku rasa xbyk yg aku faham. Laju sungguh dia ni bercakap. Nasib baik slides ada utk membantu pemahaman aku. Tapi, xlam pastu, aku jadi cam lagu kat atas tuh. Dreaming, like living in another world. Pikir pasal benda lain lak. Apa yg lect tu cakap xmasuk ke otak. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Aku xtak leh nak tumpu perhatian! Ya Allah…. Rasa sedih dan bersalah sgt. Aku try utk concentrate, but I can’t. What the lect said seems just like a buzz around my ear. Astaghfirullah!

Aku terfikirkan pasal life, cabaran dan dugaannya, masa depan aku, macam2la lagi. Hm… memang aku sebenarnya seorg yg suka berangan. Aku tahu, berangan tu bagus. Tapi, dlm keadaan ni… tak patut langsung! Geram giler dgn diri aku and at the same time, tak tahu nak wat apa.

Hmmm… My world… full of illusion… but, will it come true? InsyaAllah. If I plan and work for it. Sometimes aku rasa agak sukar nak meluahkan sesuatu melalui kata2. Don’t have the best word to describe it. Or, maybe because lack of confidence… Keyakinan… di manakah engkau?

Friday, 6 February 2004