Huargh! MasyaAllah, penatnye... Dah dekat 2 minggu aku balik lewat dr school. Lepas kerja terus ke school balik dan balik dalam kul 9 ke 10. Pastu, kalau rajin, aku masak lak mlm tu.
Ni baru je lepas makan la ni. Buat tuna pasta. Sedap gak. Sesaje je buat resepi sendiri... Dah xde barang. Masak je apa yg ada. Sedap gak. Masuk hr ni, dah kali kedua aku buat masakan ni. Senang je. No hassle nyer lah!
Dah lama x tulis... Mlm ni tergerak gak nak tulis, walaupun mata dah separuh kuyu. Letak kepala atas bantal, alamat lena la ni...
Anyway, masa aku jalan2 nak balik tadi aku terpikir pasal workshop yg masih x habis lagi. Nak calculate barrier energy, reaction energy, frequency, etc... Sambil2 aku terpikir pasal barrier energy, aku terbayang... Sebenarnya, bukannya pembentukan/ tindak balas molekul je yg ada barrier...kita pun ada barrier. Ada yg rendah, ada yg tinggi. Cuma kita kena tahu how many 'energy' yg perlu utk mengatasi barrier tersebut. Energy di sini bolehlah ditafsirkan sebagai effort/usaha. Lagi tinggi barrier, lagi byk effort yg kita kena beri. Barrier lak, macam penghalang, kalau bahasa kimianya, tenaga pengaktifan.
Kita ambil analogi molekul tadi. Bila kita dah melepasi barrier, perjalanan kita jadi lebih mudah, seperti menuruni bukit. Dan akhirnya kedudukan kita akan lebih tinggi dari yg awal tadi. Maksudnya di sini, taraf kita bila kita dah melepasi sesuatu penghalang akan lebih baik atau lebih tinggi. Tak kiralah dari segi apa pun... Harta, ilmu, anything. Kalau harta, dr kaya bertambah kaya..dan kalau ilmu, dr tak faham, jadi lebih memahami...
Macam tu la jugak dgn workshop aku nih. Memula buat tu, asyik2 crash je prog aku nih...Link Died!... Tension gak.. Tapi bila tanya dgn lect, dan kengkawan...Betulkan begitu begini, okay dah dia. Tu pun 5 kali crash dah tu... At last, alhamdulillah... Lepas je satu prog tu, dah okay utk buat yg lainnya...
Bila difikir balik, byk sebenarnya barrier yg perlu aku tempuhi dlm hidup ni. Ada yg susah, ada yg mudah. Hanya kesabaran dan ketabahan hati yg dpt mengatasinya. Dan, yg paling penting, ianya berlaku dgn izin drNya.
"Dialah (Allah) yang memudahkan kamu bergerak atau mengembara di daratan dan di lautan hingga bila kamu berada dalam bahtera dengan tiupan angin yang baik dan mereka bergembira dalam pelayaran itu.Tiba-tiba datanglah angin kencang dan ombak besar menggulung dari setiap penjuru. Ketika itu mereka menyangka bahawa diri mereka tidak akan terlepas lagi daripada bahaya, lalu mereka pun berdoalahmemohon pertolongan Allah dengan penuh keikhlasan sambil berkata: "Ya Allah, kiranya Engkau selamatkan kami daripada mara bahaya ini, kami akan jadi orang-orang yang bersyukur kepadaMu" (Surah Yunus: 23)
Ngantuk dah... Bye!