Monday, 7 June 2004

Cardiff FOSIS Conference

Alhamdulillah…suaraku sedikit sebanyak dah kembali semula…. Tapi masih ‘rock’ lagi. Erm… takpela… at least demamku dah mula kebah.

Conference pagi tadi byk juga memberi info padaku. Memula ingatkan ada pengisian. Rupa-rupanya ia adalah lawatan dari Politic Executive dari FOSIS utk tahu perkembangan ISOC kat sini dan membantu kami apa yg terdaya utk menyampaikan dakwah dan menyediakan kemudahan utk pelajar muslim.

Di sini baru la aku tahu apa fungsi mereka dan agenda diorg yg sebenar. Sungguh mantap dan tersusun. Lain sungguh dari keadaan di Malaysia yang mana HEP menguasai segala2nya. Nak minta sesuatu asyk nak kena quarrel dgn HEP dulu. Antara persatuan tiada masalah. Memang banyak aku ketinggalan benda-benda ni. Maklumla… keberadaan aku yg hampir setahun kat sini dihalangi dgn tugas sebagai pelajar master yang sangat pack. (Ah! Alasan je tuh…)

Apa yang aku baru tahu di sini ialah keaktifan dan keahlian sesebuah persatuan universiti menentukan berapa banyak duit persatuan yg dia akan dapat. Patut aa tahun ni ISOC kami lembab sikit. Presiden yg lepas sampai merayu utk dapatkan volunteer utk organisasi baru thn 2004. Tiada ahli yg rela tampil ke depan menggantikannya. Abdul Raheem Green, selepas ceramahnya marah betul hari tu. Akibat daripada lambatnya penubuhan organisasi baru, ISOC dpt peruntukan yg sikit. Di tambah pula diskriminasi dari seorg yg berjawatan tinggi berbangsa Arab kristian di Student Union kami. Aku ingat dia presiden pelajar. Tapi mereka kata dia setiausaha di SU.

Kemudian, kewujudan National Student Parliament (NSP) juga amat menarik perhatianku. Diwakili oeh pelajar dari setiap Uni di UK ni. Kuasa mereka sangat besar dan mampu memberi impak pada student society di Uni seluruh UK. Tapi aku tak paham sangat la how it goes. FOSIS Rep tu pun terangkan dlm BI, aku paham je.. Tapi konsentrasi diganggu oleh batuk dan demam aku. Kerap juga aku keluar.

Tapi betulla… sebenarnya ramai yg tak tahu hak mereka sbg student di sini. Bayar mahal2, tapi tak byk keperluan dan kebajikan kita, terutama yg muslim/beragama dipenuhi. Yang banyak pub dan pusat hiburan je. Boleh pula tu buka kat SUB. Aku hanya geleng kepala. Mcmmana la masyarakat hari depan ye? Penuh dgn hiburan je?

2 comments:

person said...

salam

Maria Maarof said...

Salam, Muslim. Welcome to the blog!