Jumaat - 28 Mei 2004..
Lepas saja aku habiskan exam, aku tak tau apa nak buat lagi. Slalu study je. Ni rasa cam something missing. Kepala ligat berputar memikirkan sesuatu yang aku pun tidak tahu. Aku luahkan pada rakan se’flat’ku. Dia juga mengakui berparasaan sepertiku. Hehehe… maybe tu la perasaan selepas habis periksa. Kini dalam fikiranku hanya memikirkan bagaimanakah keputusannya selepas ini. Entahla…
Petang tu Kak Norma sms aku. Katanya dah jumpa org utk ganti aku. Ah! Gembira tak terhingga… Terus telefon keluarga angkat aku. Mereka pada mulanya ajak aku utk jenjalan ke Soton cuti ni. Maklumlah… cuti sekolah dah mula. Tapi aku telah lebih dahulu membuat janji dgn Kak Norma utk ke Hay-on-Wye. Sms Kak Norma tadi memberi lampu hijau buatku mengikut mereka ke Soton!
Anak-anak makcik semua nampak ‘exited’. Rindunya pada diorg semua. Dah agak lama tak berjumpa sejak exam yang lepas. Kalau tak hampir setiap minggu berjumpa.
Tiba di Soton agak lewat malam. Namun, sebenarnya baru je maghrib. Yelah…dah summer kan… Semakin lewat tibanya malam. Keluarga di Soton gembira menyambut kami. Mereka tak sangka aku juga akan dating. Sebab aku pun bagitau last minute. Adik2 angkatku semua dah keletihan nak tido.
Di tepi ruang tamu ada dua kotak ayam yg perlu di’siang’. Kami tidur lewat me’rewang’ bersama utk membuat sate esok. Wah… banyak rasanya nih… Selesai rewang, aku bersihkan diri dan terus lena sejurus sahaja meletakkan kepala atas bantal. Letih benar rasaku. Bukan badan yg penat. Mungkin mindaku letih menjawab exam tadi.
Sabtu - 29 Mei 2004...
Esok paginya selepas sarapan, aku kebelakang rumah. Melihat adik2 angkatku memotong rumput. Sebagai alternatif lain. Kalau hari hujan, kami mungkin membakar saja sate2 tu di belakang rumah. Aku pun turut sama. Ah… dah lama tak merumput. Seronok pula rasanya. Kemudian kami bergotong-royong pula menyucuk sate.
Seperti dalam ramalam cuaca, hari ni hujan sekejap-sekejap. Jadi kami membakar saja di belakang rumah. Sambil membakar sambil makan. Tapi lama-kelamaan makin slow. Hanya berbual dan membakar saja.
Petang tu selesai solat Zuhur, kami pergi ke Central Park. East (Andrews) Park, to be specific. Besar sungguh! Tapi bila kami keluar kereta je, hari mula hujan semula. Kami berteduh di bawah pohon pokok sekitar park.
Setelah hujan reda, kami pun keluarkanlah segala permainan yg kami bawa. Roller skate, cricket, tennis, soccer, baseball…wah! Banyaknye! Melihatkan adik2 yg ligat bermain membuatkan aku rasa cergas dan bersemangat! Aku mengidam bermain rollerskate. Dah lama dah tak main. Tapi sebab kasutnya tiada brek, aku jatuh terduduk. Aduh! Sakitnya!
Di park ni masih tak byk bunga. Kebanyakanya adalah pokok ros. Tapi semuanya baru berputik. Sedikit yg telah berkembang. Aku mengambil gambar bunga2 ros selepas hujan. Cantik sungguh!
Kemudian kami main rounders pula. Dibahagi kepada dua kumpulan. Girlz and Boyz. Memula tu seronok la… tapi bila sebelah pihak asyik pukul je, dah sebelah pihak meragam sebab asyik kutip bola. Budak-budak… biasala. Sambil tu kami makan bekal sate yg dibakar tadi. Dan sambung main lagi.
Lewat petang kami pulang. Keletihan..
Ahad - 29 Mei 2004
Keesokan harinya merupakan hari terakhir kami di Soton. Rancangnya hari ni nak gi pantai… tapi tak tahu di mana. Lepas selesai sediakan bekalan, kami bertolak… Aku hanya mengikut. Tak kisah pun ke mana. Semua aku anggap interesting je.
Rupa-rupanya kami ke Royal Victoria Country Park. Sungguh kuat angin di muara sungai ni. Buah2 konifer jatuh ditiup angin. Ada yang jatuh kena kepala. Sakit, walau tak mencederakan… Kami berpindah ke tempat yang terhalang sedikit dari angin. Kami mulakan dengan makan tengahari memandangkan perut pun dah berkeroncong minta diisi. Kemudian kami bermain rounders macam semalam. Semua pemain diberi briefing dan mengingatkan tentang sifat sabar dan toleransi dalam permainan. Kali ni kumpulan campur lelaki dan perempuan, sebab bilangan kami tak sama.
Lama juga kami di sana. Main, makan…solat… main, makan balik… Hehe…
Petangnya, lebih kurang 7.30 ptg kami bertolak pulang semula ke Cardiff. Setelah bersalam dan mengucapkan selamat tinggal, kami pun pulang. Keletihan.
Aku bermalam di rumah keluarga angkatku memandangkan esok kami akan bertolak pula ke Hay-on-Wye. Seronok sungguh hujung minggu ni. Tapi yang tak bestnya aku tak dpt amik gambar di Southampton Uni. Suka tengok dolphin tu…comel! Takpe…lain kali kot. InsyaAllah..
Klik sini utk gambar ->> Album I, Album II Sorry.. gambar not available ;)
No comments:
Post a Comment