Friday 16 July 2004

British National Party : Racism & Terrorism

Hari ni aku merajuk. Tak nak gi school. Sepanjang hari di bilik je. Tak keluar kecuali ke tempat kerja. Buat simulation asyik2 tak jadi je… Bosan betul…
 
Masa keje aku rasa penat betul. Sendi2 rasa lemah gemalai. Tak larat. Nak pengsan pun ade. Maybe sebab seharian tak keluar bilik. Puasa pulak tu. Kalau aku keluar dari awal tadi mesti tak rasa apa sgt.
 
###
 
Berbuka puasa dgn fish and chips yg aku beli masa ke TESCO td. Malas nak masak. Lagipun hari ni ada dokumentari sensasi! Tentang British National Party (BNP) and their cunning scheme. Memang sakit betul hati aku tengok dokumentari tu. Mereka adalah antara parti politik yang agak tak popular di Britain. Cara gerakan diorg mcm underground. Agak berahsia. Ahli yg dtg ke ceramah parti kena ahli yg betul2 core. Objektif mereka adalah untuk mewujudkan Britain yg terdiri daripada white people sahaja. Sangat2 racism. Dalam dokumentari ni, seorg wartawan BBC menyamar menjadi ahli BNP. Dia yg buat segala interview dan ambil pandangan individu yg akan menjadi calon parti. Bila ditemuramah, salah seorg daripada mereka menjawab, “The first thing I will do is to shoot all the Pakis.” Tu dia kata kalau dia dpt memegang kerusi kawasan atau daerah yg ditandingi.
 
Apa yg aku lihat di sini adalah mereka yang terlalu emosional dan agressif. Mereka mendapat sokongan daripada rakyat yang tak puas hati dgn polisi kerajaan mengambil asylum seeker dan kehadiran orang2 muslim yg semakin ramai di Britain ni. Tersirap darah bila mendengar kenyataan diorg ni. 
   
“I wanna shoot the muslims.”
 
“I wanna kill the muslims.”
 
Apa yg lebih menakutkan lagi ialah pengaruh mereka ni semakin berkembang dgn memenangi semakin byk bilangan undi dan kerusi. Kalau korang nak baca lebih lagi, sila ke…
 
Going undercover in the BNP 
 
BNP leader repeats Islam attack 
 
Profile: British National Party 

 
###

Errr… Esok kene gi school… Mane boleh merajuk lama2. Nak kantoi???!!! Hehehe… Lagipun ada group meeting esok. Aku tak mahu ketinggalan!!
 
Ganbatte!!!

No comments: