Lama sudah tak menulis. Rasa rindu la pulak pada blog ni. Terutama pd sahabat yg lama tak ku kirimkan berita. Bagaimana kau di sana? Ku harapkan moga kau sihat senantiasa.
Yang tak sihat tu, sihat2kan lah dirimu. Redhalah atas ketentuanNya. Benar... kita memang selalu terlupa akan segala nikmat yg Dia beri pd kita. Bila ditarik balik, baru sedar yg ia amat bermakna. Bukan sahaja engkau, aku juga rasakannya. Jadi, bersabarlah atas ketentuanNya.
Aku kini juga sedang melalui saat yg getir dan perit dlm hidupku. Sebab tu aku byk berdiam dlm dua tiga menjak ni. Nak tulis rasa tak kesampaian pula. Aku rasa tak perlu nak 'describe'kan di sini. Biarkan ia dahulu. InsyaAllah. Aku masih cuba hadapinya dgn sabar dan redha.
Sahabat, kau pula bagaimana?
Aku rasa sampai di sini dahulu. Moga nanti kita bisa bicara lagi.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment