Wednesday, 18 August 2004

Wahai Hati, Tenanglah...

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Mas'ud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata:

"Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwa ku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut, aku tidak selera hendak makan,tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata:

"Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu, tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamudapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini .... sebab itukita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa iniyang mafhumnya:

"Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindungdengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Akuberlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."

p/s: Dapat dr fwd email. Just wanna share with u guyz

No comments: