Penat dah aku menulis pasal kisah duka dan boring sejak kebelakangan ni. Hujung minggu ni (semalam) aku ke Windsor Castle. Memula rasa berat nak pergi. Tapi sebab dah beli tiket. Aku buatkan hari ni sebagai a day off from all the hassle in my mind. Tenangkan hati dan diri, supaya lepas ni lebih mudah concentrate on my writings.
Bertolak pagi…
Lepas subuh tertidur… Lewat pula bangun. Pukul 6.30! Alamak… Aku terkocoh2 siapkan diri dan sediakan bekalan ke sana. Aku janji nak bawa sandwich. Nasib baik flatmate aku byk membantu. Dia pun pergi sekali. Tapi dgn kawan2 dia.
Hampir tertinggal dek bas. Nasib baik sempat. Di bas aku keletihan akibat berlari2an dan kurang tidur. Semua tempat dah penuh. Nasib baik ada adik tu baik dan bagi aku duduk sebalah perempuan. Kalau tak aku akan rasa tak selesa sepanjang perjalanan. Dahla penat. Alhamdulillah.
Dan bermulalah perjalanan kami….
Tiba di sana aku sempat memberi kawan flatmate aku tu sandwich dan tortilla yg aku buat tadi. Harap dia suka. Di sini bermula sedikit konflik sebenarnya. Flatmate aku ajak utk ke Windsor Castle as a group. Supaya dapat harga berkumpulan. Agak murah. Kami bertiga, aku dan dua lagi kawan aku tu setuju. Yelah...masuk je dah 10 pound kalau berkumpulan boleh dpt 6 pound.
Tapi ntah macammana kami lost dgn kumpulan tadi tu. Sorang dr kawan aku ni cam tension je. Aku pun sama gak. Dia kata kita bukan xcukup duit pun utk ke castle tu... Aku diam je. Sbb dlm hati aku terasa yg mmg mahal sebenarnya harga tiket tuh. Takpela..aku mengalah. Malas nak argue. Aku pun ikut je la diorg. Pergi sendiri 3 org.
Wah ! nak masuk castle mcm nak pergi luar negara. Ada imigresen checking. Takut Osama Laden ke? Hehe..hati tergelak kecil. Masuk kawasan castle. Ok je la…Tak la lawa sgt. Castle kat sini semuanya sama je. Warnanya coklat, kelabu or kelam2 sikit. Yelah, bangunan lama kan… Ratusan tahun. Sebenarnya aku membayangkan yg ianya putih dan cantik. Mcm cerita Cinderella tuh. Jadi, apa istimewanya castle ni? Korang nak tau? Ya… castle ni sebenarnya tempat tinggal raja2 England sehinggalah Queen Elizabeth yg sekarang ni. Sebenarnya, aku pun baru tahu. Hehe..
Baru jalan sikit je.. Kami berehat sebentar utk makan. Perut dah lapar. Aku pulak tak sempat sarapan pagi tadi. Kemudian sambung jalan balik. Di sini ada pameran tentang sejarah castle nih. Rupa2nya castle ni pernah terbakar tahun 1992 dulu. Dan byk juga pembinaan semula telah dijalankan. Maknanya, tak semua bangunan ni ori!
Byk jugak amik gambar… Best! Very historical. Dalam castle ni juga ada chapel. Di mana raja2 dulu disemadikan. I a juga sebenaynya merupakan tempat sembahyang orang Kristian. Tapi gerun gak kalau tempat sembahyang ada kubur... Byk patung lak tuh…Patung raja2 yg mati. Rasa cam tiru firaun lak. Cuma dia taka wet mayat dia. Dan di sini gak ada mahkota raja2 yang lepas. Okay la...Tapi aku rasa menarik lagi masjid kat putrajaya tuh !
Kemudian kami ke Doll House dan state Apartments. Doll house ada replika Windsor castle dan bilik2nya. Selain tu, ada dua anak patung yang dihadiahkan oleh kerajaan mana tah ke England pada thn 1922. Lama tuh. Hampir ¾ abad. Dengan pelbagai baju2 anak patung. Korang nak tau berapa besar anak patung tuh? Ade la besar budak 5/6 thn. Negri gak aku tengok. Cam patung dlm cerita hantu omputih tuh. (Aku pun dah lupa tajuk ceritanya) Kalau mata dia gerak mesti aku pengsan kat situ gak. Hahaha!
Di State apartment tak byk benda sgt. Dia ada la paparkan lukisan Leornado da Vinci pasal anatomi dan beberapa lukisan raja2 serta landskap yg dilukis oleh artis2 masa tu. Amat halus dan teliti sekali. Cam tak percaya je yg sebenarnya dia dilukis dgn pensel ataupun kapur. Itu lah the real art! Tapi kekadang tu, lukisan dia aku tak kenan sgt. Suka benor lukis angel bersayap dan org yg half naked. Uwekk!!
Di bilik lain bangunan ni, ada juga ditunjukkan dewan makan raja2, bilik tidur, bilik lukisan, dewan pahlawan, bilik tetamu kehormat/antarabangsa, dsb… Ala.. aku rasa sama je cam Putrajaya. Tatau la yang mana tiru mana. Yang bezanya aku pi ke Putrajaya dulu, free. Ni kene bayar! Dan juga ni versi bangunan uzur dan Putrajaya versi bangunan moden. Pergi aa kalau korang ada masa. Sebenarnya, semua bilik2 tu masih digunakan, bila ada special occasion. So, mmg korg kena plan dulu sbl pergi. Takut nnt takleh masuk laks.
Byk benda yg berlaku.. aku rasa sedih gak. Tapi aku kena sabar. Maybe salah aku gak... huhuhu... Aku teringat sahabat aku pesan pasal beza org ada tarbiyyah dgn org yg xde. Bukan nak kata pasal diorg xde ke atau kurang. Just nak tekankan pada diri aku ni supaya bertindaklah seperti org bertarbiyyah. Bukan ikut rasa hati je. Mcm yg Allah suka. Kan???
Dah... penat dah ? Masih ada masa lagi...
Kami keluar dan terus ke boat tour. Kejap je tour tuh. Dlm 35 minit. Sepanjang sungai Thames. Yang menariknya, banyak swan/angsa. Lawa. Tapi yang lainnya menyakitkan dan mencemarkan pandangan. Biasa la..musim panas. Kat tepi2 sungai tu ada orang mandi manda dan berjemur. Sebab mmg agak panas hari ni. Tekak pun asyik haus je. Kemudian ke kedai2 membeli cenderahati di sekitar pekan tu.
Sebenarnya, hati aku meronta2 nak pi solat. Rasa cam something wrong je. Puas pandang sekeliling mencari tempat utk menunaikan kewajipan. Banyak kali gak aku suarakan. Sebenarnya nak minta cdgn tempat. Tapi aku lihat mereka berdua nak round2 lagi. Takpe la… lagipun akak tu takleh solat. Hm... Hati aku tak keruan dah ni. So, aku bagi alasan yg aku letih dan kami jumpa balik di bas nnt.
Mata melilau mencari tempat yg sesuai. Nak pi church ke? Teringat Zura kata yg boleh solat sana. Even Umar pun dulu pernah solat kat gereja. Err..tapi aku rasa cam xde kekuatan je. Lagipun kawasan tu agak ramai org. Bukan ramai sebab diorg sembahyang, tapi ramai yg jalan melawat dan minum2. Aku nampak ada park. Hmm.. boleh gak kalau bawah pokok. Tapi semuanya ada org. Kat mana lagi ni ? Aku ke toilet utk bersihkan diri dan wudu’. Di sini aku jumpa bilik utk ibu2 tukar lampin bayi. So, aku buat keputusan utk solat di sini. Bukan toilet, cuma berhampiran dgnnya.
Kat negeri ni, bukan mcm Malaysia atau negara muslim yg lain. Surau dan masjid merata2. Jadi kena pandai2 cari tempat sendiri. Yang bersih dan suci. Asal bukan toilet atau kubur, boleh saja. Nasib baik byk gak pengalaman solat dlm perjalanan. Boleh la diaplikasikan.
Ah... lega sikit rasanya. Aku tatau mana nak pergi. Ikut kaki je la. Nampak orang main lawn bowl. Baju putih melepak ala2 org dulu2. Aku pergi dekat. Org tua2 semuanya. Bila tengok tarikh kelab lawn bowl ni ditubuhkan, 1922. Patut pun. Setia sungguh diorg dgn kelab ni. Sampai ke tua.. Hehehe...
Depan sikit aku kembali ke tempat kami boat tour tadi. Ha..bestnye! Aku cari tempat utk duduk sambil menikmati pemandangan. Comel sungguh angsa2 tu. Kemudian ada keluarga duduk sebelah aku. Aku pun ajak dia berborak. Wah.. ramah! Jarang jumpa org putih yg ramah cam ni. Org England. Dok kat Glasgow. Baik! Offer aku mcm2 makanan dia. Kemudian dia pergi dgn keluarga dia utk boat trip. So aku seorg balik aa… Biasala..kalau aku sorg, xde benda yg akan dilakukan selain berangan… Hehehe… Sambil bersyukur atas nikmat yg aku ada. Alhamdulillah…
Hm… masa pun dah tiba utk pulang. Tidur sepanjang perjalanan. Secara keseluruhan, boleh aa bagi 3 bintang daripada 5 utk trip ni. Not so fun, but not too bad too ! Okay2 jer... Byk juga aku belajar hr ni. Paling2 menahan diri dari marah, bersabar, dan bersyukur.
Moga selepas ni aku ada semangat semula utk menulis thesis! Doakan yea!
p/s : Setakat ni dah 1294 patah kata yg aku tulis sini. Tak terasa pun. Kalau nak tulis thesis, punyalah bercinta nak tulis satu perenggan. Rasa cam pelik la pulak. Entahla labu…
No comments:
Post a Comment