Thursday, 2 September 2004

Fruit Picking...

Kami nak pergi petik buah hari nih. Kat kebun orang, tapi. Tak jauh dari Cardiff. Just 30 minit camtuh. Seronotnyer!!!

Sampai je kami kat sana, aku rasa cam best jer! Udara yg segar, persekitaran yg menghijau, amat tenteram sekali. Lepas pakcik omputih tuh bagi penerangan pasal kebun dia dan syarat2 ketika berada di sini, kami pun memulakan pengutipan buah.

Memula kami ke kebun epal. Wah… Semuanya tengah ranum. Tapi pokok epalnya bukan macam pokok yg aku selalu bayangkan… yang ada sebatang je batang yang besar. Mcm pokok rambutan. Rendah je…dan byk ranting2. Buahnya pula… merah! Macam epal dalam cerita snow white tuh. Bukan mcm epal royal Gala yg aku selalu beli kat pasar malam dulu. Hehe…

Pakcik kata aku ni seronok macam orang lepas SPM. Yela..dah abih MSc. kan??? Haha…enjoy aaa. Setelah bersakit2an, bertension2an (Huh! BM pun tunggang terbalik dah. Ayyark!!!). Erm…Sebenarnya masih byk perkara yg bermain di fikiran. Tapi buat masa ni, aku hanya mahu menikmati keindahan yg ada. Dan makan buah!

Puas aku amik gambar sekitar kebun. Cari angle yang sesuai..Maklumlah..Jurugambar professional... Hehe…Kami hanya dibenarkan makan sebiji buah je utk setiap jenis. Untuk rasa. Selebihnya, kami kena beli. Tak mahal.. 88 p sekilo. Ok la tuh.

Kemudian kami ke kebun plum. Plum di sini kecil2 belaka. Victoria plum namanya. Semuanya dah masak. Ada juga yg terlebih masak dan kecut di pokok. Erm... memang dah masak sangat. Aku cuba juga mencari yg keras sikit... Takde!

Akhir sekali kami ke kebun jagung. Dan sebelum balik aku ada gak jumpa pokok dan buah red currant, black currant dan wild berry. Aku petik wild berry tu. Sedap! (aku nih…pasal makan, semua sedap! Aper aa)

Gi keje dan pulang ke rumah makcik Faridah. Kami buat preparation utk masak sate pula. Aku kepenatan.

No comments: