Masa berlalu begitu pantas sekali…
Tanpa aku sedari,
Telah tiba ke suatu detik,
Di mana seorang insan istimewa dilahirkan,
23 tahun yg lepas…
Aku mula mengenalinya dari sekolah rendah lagi,
Kami di sekolah yg sama,
Tapi, lebih akrab semasa di sekolah menengah,
Sekolah atas bukit yg byk beruk tu…
Aku masih ingat lagi..
Bersama-sama mengulangkaji pelajaran..
Tika PMR menjelang tiba..
Setiap hari stay back,
Belajar hingga lewat petang...
Dgn harapan mendapat keputusan cemerlang,
Agar sama2 dpt ke puncak jaya.
Namun,
Allah lebih berkuasa.
PerancanganNya Maha Hebat!
Kami berpisah sekolah..
Menuntut ilmu di aliran yg berbeza...
Dua thn berlalu,
Kami tiba ke Universiti,
Bertunggakkan falsafah universiti yg sama,
Kami belajar berdikari…
Yang berbeza cuma tempat.
Aku di selatan - dia di KL.
Walau kini kami masih lagi berjauhan,
Namun, ukhwah ini masih segar abadi,
Moga suatu hari nanti,
Kita akan berjumpa lagi,
Sahabatku.
InsyaAllah….
Dan dihari ini..
Aku ucapkan,
SELAMAT HARI LAHIR YG KE-23
Buat sahabatku yg teristimewa.
Moga hari2 yg mendatang akan lebih ceria
Dalam usaha kita mencari redha dan rahmat Illahi
Wassalam
Wednesday, 8 September 2004
~*Selamat Hari Lahir*~
Posted by
Maria Maarof
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment