Wednesday 9 December 2009

Hari-hariku di UTM

Lagi seminggu lagi semester baru akan bermula. So dalam dua minggu aku di UTM keadaan sangat sunyi. Kedai makan pun hanya beberapa sahaja yang bukak. Aku pun dah naik bosan makan di Meranti. Kekadang sedap.. kekadang tak sedap sgt. Adakalanya juga nasinya mentah. Huhu.. Rindu nak masak makanan sendiri. Ikut selera sendiri. Bila la aku nak ada rumah sendiri ni?? (Berangan sekejap).

Hujung minggu pula agak bosan sebab internet takde. Jadi petangnya kami round jalan2 satu UTM. Jalan ke kolej 12/13. Tengok pokok2 buah di sepanjang jalan. Sambil2 tu kami teka la pokok apa sepanjang jalan tu. Sebenarnya sunyi gak jalan tu. Tapi sebab kami berdua, takla sunyi sgt. Kalau sorg2, anda dinasihatkan utk tidak melakukannya!

Memula sampai kolej 12.. pastu lalu jambatan ke kolej 13. Best juga sebab penuh dengan persekitaran yang hijau. I like! Harap2 boleh turun la power spek aku ni. Tujuan kami sebenarnya, selain nak jogging @ jalan2, ialah nak pergi cafe Kolej 12/13 sebab Seha kata makanan di sana sedap. Tu yg berjalan jauh tu.. Sekalinya hanya kedai runcit yg buka. Lepas beli air menghilangkan dahaga, kami sambung perjalanan pulang ke Cafe Meranti utk beli makanan sbb perut dah lapar..

Tapi dua tiga hari lepas things gets a bit complicated. I have lots of breakdowns. Motor la.. lesen la.. phone la.. kena keluar UTM hampir hari2. Sekali keluar je dah RM10. Fuh! Kalau dah 3 kali dalam minggu ni je? Aduhai.. Pastu on the third day keluar Seha kata nak belikan aku hadiah PhD. Hehe.. Terus rasa best. Kami pun gi la beli hadiah aku. Macam Mr. Smiley Zura. Nama dia KeroKero! Dia sentiasa senyum dgn lebarnya dan tak pernah sedih. Aku pun nak jadi camtu gak :) Perasaan sedih tu pasti akan ada.. tapi bukankah Muslim tu sentiasa bersyukur atas apa yg menimpa padanya. So put your best smile in whatever you do! ^_^ Comel, kan dia?


Minggu depan bermulalah sesi Sem 2 2009/10. Tahniah pada yg meningkat keputusannya, dan teruskan berusaha bagi yg masih belum mencapai target yg diidamkan. Dan… Semoga sem ni aku dpt dapat pelajar yang baik2 dan yang bersemangat waja! Sekian dulu. Wassalam!

No comments: