Sunday, 18 December 2005
Tabahkan Hatinya
Ya Allah, sedihnnya... Kedua2 anaknya baru je nak pulih dari sakit... Hernia and lung problem. Terkedu aku membacanya. Dia juga sebaya dengan aku. Dah diuji Allah dgn ujian sebegitu. Ibu mana yg tak sedih kalau anak tak sihat. Even kena gigit nyamuk pun rasa nak lenyek2 je nyamuk tu. Tapi dlm emailnya, dia tulis dgn happy. Cam tak sedih sgt. Aku kagum dgn dia.. kalau sedih ke atau ada masalah, susah kami nak tahu.. Sebab dia sentiasa ceria.
Aku rasa dia skrg dah jadi cikgu. Sbb di akhir email tu dia tulis - cikgu mardiana
InsyaAllah, aku disini senantiasa mendoakanmu, sahabatku.
Thursday, 15 December 2005
Friday, 25 November 2005
White Blessed Jumaat in Syawal
Hanya itu saja yg terucap dihati dan dibibirku. Pagi ni bumi Cardiff diseliputi dengan selimut putih. Ya, pada 25 Nov 2005! It was magnificent and magical! With all the fluffy snows falling down. Tak terungkap dgn kata2.
Tak sangka kan? Aku ingat ia hanya akan berakhir mlm tadi je. Rupa2nya sampai ke pagi ni. MasyaAllah!!! Sebenarnya, Cardiff hanya akan snow yg mcm ni pada hujung Januari, masa nak dekat hujung winter. Pada awalnya hanya hujan sahaja. Tapi ni… memang sangat awal.
Masa tengah kerja aku masih terbayang salji turun dengan banyaknye. Rasa mcm dlm alam mimpi. Itulah dia kebesaran yg maha Esa. Keagungan kekuasaanNya memang tiada tandingannya. Subhanallah!
Datang je office aku terus letak beg dan keluar ke park. Capturing all the moments that I can get. Tapi kejap je. Bateri aku habis. Alamak!! Takpe la.. dah dpt byk dah tu… hehe..
Takde orang pagi2 ni. Aku pun sambung main salji. Buat bola salji. Nak buat orang salji tak larat, sebab sejuk sangat tangan. Sampai merah merah tgn aku. Habis merah2 tangan dan muka. Kesejukan. Dan seperti biasa… hidung aku akan jadi paling merah. Mcm Rudolph the reindeer.. kui kui kui…
And, again I said :
It was magical!!!
membawa perkhabaran
Dongengan yang sama
dicadang berulang
Seumpama naskah yang terbuka
Sesungguhnya tiada rahsia
Bacalah kenalilah
Dengan bijaksana
Siapa Dia yang sebenar
Kendati selautan segunung
permata di kanan dan kiri
Selagi jantung ku berdegup hingga
tiba saat terhenti
Dialah di hati
Tiada pilihan kedua
Pertama hingga akhir usia
Hanya Dia
Tiada rahsia lagi
Usah bertanya berteka teki
Cinta yang abadi cintaku
yang suci di hati
dipetik dari lagu Dialah di Hati
Wednesday, 12 October 2005
Dust Is My Bed
Performed & Composed by:
Meshary Alaradah
Lyrcis by:
Ahmad Alkandiry
Directed by:
Abdullah Alhamad
Produced by:
Gulf Media - Kuwait
--------------------------------------------------------------------------------
Dust is my bed, embracing me, and is my cover
The sands are around me, engulfing me from all directions
And the tomb recounts [ the story of ] the darkness of my calamity
And the light has destined that my pleasure is in meeting [Allaah]
Where is the kindness of kin? They relinquished fidelity
Where are the scores of friends? They dispensed with my brotherhood
Where is the bliss of money? I left it behind
And where is the glory of fame and compliments?
That’s my end; dust is my bed
The beloved bade farewell to his love, and cried my elegy
The tears flow dried out, after crying
The vast universe shrank, narrowing my space
The tomb to my corpse became both my land and my sky
That’s my end; dust is my bed
Fear overwhelms my estrangement and sadness is my ailment
Hoping for steadfastness, which is – I swear – my remedy
Sincerely supplicating to the Lord; You are my hope
Hoping- O Allaah – for a paradise, in which my bliss shall be attained
Tuesday, 11 October 2005
Hadeeth about Ramadhan and Fasting
The messenger of Allah (saws) reported in a hadith al-Qudsi that Allah (SWT) said:
"All acts done by the sons of Adam are meant for him, except fasting. It is exclusively meant for Me, and I (alone) will reward him for it"
(Bukhari and Muslim)
Abu Sa'eed Al-Khudri (raa) the Messenger of Allah (saas) said:
"Sahuur is a blessed meal, do not neglect it even if it is a mouthful of drink. For Allah and the Angels bless those who observe it."
(Ahmed)
Abu Hurairah (raa) relates the Messenger of Allah (saws) said when one Ramadan came:
"A blessed month has arrived. Observing it in fasting is mandated on you (the believers). During this month, the gates of Paradise will be opened and the gates of Hellfire will be closed. The evil ones (Shayaatin) will be handcuffed. In it there is one night, during which worship is better than worship in a thousand months. Whoever is denied its blessings has been denied the biggest blessing."
(Ahmed, Nasaae, and Bayhaqi)
It has been reported by the way of Abu Hurairah (raa) that the Prophet (saas) reported that Allah (SWT) said in a Hadith Al-Qudsi:
"All services of the son of Adam are for him except fasting. It is for Me, and I will reward him for it. Fasting is a shield. On the day you fast, do not use obscenity, nor yell at others, nor act ignorantly towards them. However, if anyone abuses you verbally or attempts to draw you to fight with him, say 'I am fasting' two times. The Prophet (saas) then states: I swore by the One (Allah) in Whose Hand is the soul of Muhammad, the breath of the faster is sweeter to Allah on the Day of Judgment than the scent of musk. The faster experiences enjoyment twice: he is pleased when he breaks his fast, and he is pleased when he meets his Maker"
(Muslim)
Abu Sa'id al Khudri (Allah be pleased with him) reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying:
Every servant of Allah who observes fast for a day in the way of Allah, Allah would remove, because of this day, his face farther from the Fire (of Hell) to the extent of seventy years' distance.
Sahih Muslim
Abu Hurairah, may Allah be pleased with him, reported:
Allah's Messenger (may peace be upon him) said: When there comes the month of Ramadan, the gates of mercy are opened, and the gates of Hell are locked and the devils are chained.
Sahih Bukhari
Anas (raa) related that the Messenger of Allah said:
"Take your early morning meal for in that is a blessing."
(Bukhari, Muslim)
In a hadith related by Abu Hurairah (raa), the Messenger of Allah (saas) said:
"He who spends the night in prayer on the Night of Power, as a sign of His faith, and seeking rewards from Allah, his previous sins will be forgiven."
(Bukhari, Muslim)
Buraydah ibn al-Hasib may Allah be pleased with him, reported:
Once when Bilal went in to visit Allah's Messenger (peace be upon him) while he was having his morning meal he invited him to join him, and when Bilal replied that he was fasting, he said, "We are eating our provision and Bilal's superior provision is in Paradise. Did you know, Bilal, that the bones of one who fasts extol Allah and that the angels ask forgiveness for him as long as people eat beside him?"
Al-Tirmidhi Hadith
Anas ibn Malik, may Allah be pleased with him, reported:
Allah's Messenger (peace be upon him) said that when Laylat al-Qadr comes, Gabriel descends with a company of angels who invoke blessings on ever who is standing or sitting and remembering Allah, who is Great and Glorious. Then when their festival day comes, i.e. the day when they break their fast, Allah speaks proudly of them to His angels saying, "My angels, what is the reward of a hired servant who has fully accomplished his work?" They reply, "Our Lord, his reward is that he should be paid his wage in full." He says, "My angels, My male and female servants have fulfilled what I have made obligatory for them, and then have come out raising their voices in supplication. By My might, glory, honour, high dignity and exalted station, I shall certainly answer them." Then He says, "Return, for I have forgiven you and changed your evil deeds into good deeds." He said that they then returned having received forgiveness.
Al-Tirmidhi Hadith
Abu Hurayrah, may Allah be pleased with him, reported:
When the Prophet (peace be upon him) stated that his people would be granted forgiveness on the last night in Ramadan and was asked whether it was Laylat al Qadr, he replied, "No, but a workman is paid his full wages only when he has finished his work."
Al-Tirmidhi Hadith
p/s: taken from RamadhanZone.com
Friday, 7 October 2005
Salam Ramadhan
Maaf agak lewat mengatur bicara. Ada byk benda yg kena buat. Hari ni kami di Cardiff dah masuk hari ke4 puasa. Start Selasa haritu. Alhamdulillah, semua okay, insyaAllah...
Bila tibanya Ramadhan, maka.. penuhlah masjid2 di kala azan Maghrib berkumandang. Budaya di sini, mereka suka berbuka puasa di masjid. Lebih meriah dan terasa bahang Ramadhannya. Selain ada tazkirah/ peringatan2 yang menginsafkan. Al-maklumlah, kat sini tiada iklan2 TV atau pengumuman menandakan waktu berbuka. Jadinya, kalau tak ke masjid, xdela terasa sangat. Macam puasa sunat je. Tapi kalau ke masjid, lain sikit.
Selain tu, bagi yang bergelar pelajar pula, akan ke masjid sebab tak perlu risau2 nak makan apa utk berbuka. Selalunya waktu2 ni, kelas habis lewat. Balik kelas je terus ke masjid. Sedang elok masa berbuka. Dan yang penting, JIMAT! Haha.. eh, ni niat dah lain ni.. [adeh!!] Bukan aku yg kata.. tapi ramai yg kata gitu. Dan realitinya mmg begitu. Jadi, tak dapat di sangkal lagi. Yang penting hanya perlu betulkan niat. Ke masjid kerana Allah, berbuka krn Alah, berkawan krn Allah, dan semuanya la... Bulan puasa bukan bulan utk jimat duit, bukan bulan utk kuruskan badan, bukan juga utk jimat masa sebab nak habiskan keje2 yg berlambak (sbb xmakan tengahari). But only and solely for beribadah kpd Allah. Bulan ini, bulan mendidik diri... Utk mendisiplinkan diri utk terus istiqamah di jalan Allah.. InsyaAllah.
Ha... kalau korg xde apa nak buat, dan bosan nak baca perenggan seterusnya, sila ke sini. Penceramah yg best sekali! InsyaAllah byk manfaatnya juga.. [wink]
######
Hari ni aku agak gembira.
Nak tahu kenapa? Sebab harini dapat discuss dgn supervisor about my work. MasyaAllah! Dua jam lebih juga... Walaupun agak panjang, tapi aku puas hati. Dan aku juga ada buat azam baru. Utk jadi lebih proaktif dan tak mudah putus asa. Aku mahu berfikir dgn lebih kreatif dan krtitis. Walaupun tak dapat, perlu cuba dan cuba lagi. Dan.. jgn malu bertanya.
Lepas je meeting tu, sedikit demi sedikit hijab kefahaman aku pasal apa yg aku pelajari tersingkap. About the multipoles, kepentingannya, kenapa kena buat itu dan ini... Sebelum ni aku main buat je. Dan aku juga makin yakin dgn apa yg aku buat, insyaAllah. Aku dapat bayangkan bagaimana sumbangan sekecil2 ilmu itu dpt menyumbang kpd kajian yg lain. Kajian dari sekecil2 benda sehingga kajian makro yang kami buat ni. Hm.. tak paham? Tak mengapa.. kalau nak paham, kena la pi ngaji Chemistry.. [ahakQs!!]
Sebenarnya, bahagian ni baru sedikit dari objektif kajian aku yg masih jauh ni. Masih byk yg perlu dilakukan.
Okayla.. Bosan dengar celoteh hamba yg merapu ni... Sampai sini dulu kot.
Wassalam.
Friday, 23 September 2005
Sebuah ketentuan
Pagi tadi aku bangun tengok dia cam sesak nafas. Segera aku tukar airnya.
Aku kata, "Sabar ya... jgn pergi lagi..." Dia nampak okay, alhamdulillah.
Malam ni bila balik dari sekolah, dia dah tak ada. Tinggal sekujur tubuh terapung di permukaan. Innalillah wa inna ilaihi raaji'un...
Sedih.. aku minta maaf sbb tak jaga dia dgn baik. Baru je seminggu dia di sini. Allah dah panggil dia semula.
Tuesday, 20 September 2005
Expoislamia 2005
Masa program ni juga aku terberselisih dgn Tariq Ramadhan dgn wife dia. MasyaAllah, tak sangka lak. Rupanya dia ada bg talk sblm tu. Sepatutnya xde dlm program. Maybe terlanjur dia ada di UK ni, pihak penganjur menjemput beliau.
Tiba semua di Cardiff sangat lewat sebab traffic jam. Huwaa! letihnya! Tapi aku sangat gembira dan berpuas hati. [Smile]
Wednesday, 14 September 2005
Report
........Kena wat Report...........
HUWAAA!!!!!
@_@
Monday, 12 September 2005
Voip Cheap punya cerita
Hari ni setelah topup 10.00 pound, aku menghabiskan hampir 40 p telefon Malaysia. Semua tak boleh dengar. Aku dengar org dia sana, tapi mereka tak dgr aku. Byk kali juga aku call rumah. Adik aku sampai malas nak angkat dah. Aku disini asyik terjerit2 nak beri diorg dengar. Tak dengar jugak. Sedih sungguh tak dapat call umah hrni. Tapi aku try call line di sini dengar pula.
Voip Cheap... I dunno what to say. Memang menguji kesabaran aku hrni. Harap tak berlanjutan hingga bila2.. Duit ada 9++ pound lagi, weh!
Friday, 2 September 2005
Welcome Dory!
Semalam dalam kul 4 lebih aku terus berkejar ke kedai utk membelinya. Kedai satu lagi tu tak bukak. Kedai pakcik garang tu yg bukak. Huhu... Tak kisah la.. beli je... Dia tak tau jantina ikan, jadi aku terpaksa la pilih sendiri yg mana aku nak. Seb baik labmate aku dah ajar camna nak tau jantina ikan. Nak tau camna? Ha...kalau kita nampak sirip belakang ikan tu tajam, ia jantan, dan kalau bulat dan agak kecil sedikit, ia betina. Senang kan! Hehe..
Lepas beli, aku bergegas ke rumah utk kenalkan Nemo kawan barunya. Wah... terus main kejar2. Hm... biasala.. Nemo nak kenal kawan baru! Nampak seronok dia. Tapi ikan baru ni nampak sombong sikit. Takpela.. tengok dua tiga hari lagi. Oklah tu kot. Nampaknya ikan bari ni kecil sikit dari Nemo... Mungkin masih anak ikan.
Zura suruh beri nama pada ikan baru ni. Aku xde idea nak bagi nama. Nama kucing adala.. Aku suruh Zura je bagi. Zura terus kata 'kita panggil dia Dory'... Haha.. memang kuat pengaruh finding Nemo tuh..
Hm... Nemo, jaga kawan ko baik2 ek.. Welcome Dory!
Have a nice day!
Thursday, 1 September 2005
Yang terbaik utk kita...
Wednesday, 31 August 2005
Jangan sedih Nemo
Aku dah janji lama dah kat dia. Nak kenalkan dia ngan kawan baru. Tapi masih tak sempat lagi. Aku bukannya tak nak, tapi tak sempat2. Aku dah pergi sekali, Nampak pakcik tu cam garang je… malas aa nak layan. Pakcik yang baik tu tak bukak kedai dia. Dan sejak itu aku masih tak pergi ke sana utk beli kawan baru Nemo.
Aku tukar air Nemo hari ni. Dia senyap je.. cam murung. Sejak kehilangan sahabatnya, dia tak aktif sgt. Aku pun turut sedih… Nanti ya Nemo, aku kenalkan dgn kawan baru.
Saturday, 20 August 2005
Tahniah Sahabatku!
Sahabat aku kahwin hari ni. Moga di ikatan yg dibina diredhai Allah dan kekal ke syurga hendaknya.
Kendurinya akan diadakan hari 20 November nanti. Aku rancang nak balik raya ni dan melawat mereka.. Hehe… Tak sabarnya aku!!!
Tahniah ye, sahabat!
Friday, 19 August 2005
Express yourself!
Tapi sebenarnya aku salah. Menyatakan atau berkongsi masalah kita mungkin sebenarnya akan menyelesaikan masalah tersebut. [Sebenarnya aku tahu akan konsep ni, tapi amat sukar utk aku aplikasikan pada diri aku. Tak tahu kenapa]. Aku akhirnya berjaya bercerita tentang perkara yg dah lama berserabut dlm mindaku ni.
Lama betul dia nak kuar… tapi sekali keluar, siap dgn air kat mata ngan hidung sekali keluar. Huhu… [Tapi bila ingat2 balik tadi, rasa kelakar lak. AhakQs!]
Dan akhirnya… It works! Lega sikit rasanya. Percayalah! Cuma lepas ni, tindakan susulan pula ye, cik Has.
And, most important thing… Thank you dear friend!
###
Hari ni aku dapat byk pula mesej dari sahabat2 lama. MasyaAllah. Terasa beruntungnya diri ni. Walau dah lama tak bersua dan mengutus khabar, namun ikatan ukhwah masih erat antara kami. Cuma kekadang tak menyempat2 nak tulis email. Apapun, korang pun tetap dihatiku..hehehe... Kita pun selalu doakan korang jugak. Moga dipermudahkanNya segala urusan kita. Amiin !
Saturday, 6 August 2005
Fadhilat Bulan Rejab
FADHILAT BULAN REJAB
Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.
Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.
Kelebihan lain bulan Rejab:
Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
Israk dan Mikraj (27 Rejab)
Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu
telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al Israa': 1)
DOA BULAN REJAB:
"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku.
Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."
Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."
Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang
lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.
Besamalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.
Sabda nabi:
"sampaikan dariku walaupun satu ayat"
p/s : from forwarded email
Friday, 22 July 2005
Postcard 4 Meee...
Good morning, Hasmerya (ni kena bagi besar skit)
... here's a special
"audio postcard"
to inspire your fantasic Friday!
Enjoy your
weekend!
Ramon Williamson
http://www.themotivationalspeaker.com
P.S. If you like it, pass it on to a friend:
http://www.themotivationalspeaker.com/20050722/
Saturday, 16 July 2005
Ku pujuk diri
Untuk terus tabah
Hadapi cabaran
Jangan takut
Jangan gentar
Jangan juga berundur ke belakang
Biar sedih
Biar pilu
Akan jua ku redahi
Kejayaan tidak datang semudah yg disangka
Perlukan kesabaran
Usaha dan tawakal padaNya
Sesungguhnya Allah bersama dengan orang2 yg bersabar
Tabahkan hatimu
Wednesday, 13 July 2005
Source of practice
Sebenarnya, aku kena present hari ni. Seperti yang dijanjikan minggu lepas, hari ni tiba giliran aku pulak. Tak ramai orang datang. Graduation, summer course dan yang excape pun ada gak. Yang ada budak2 MSc je.
Tapi, yang paling aku sedih dan terasa ialah sebab supervisor aku xdtg. Sedih sangat. Kenapa ek? Aku tau, minggu ni dia sibuk dgn Summer Course. Tapi ntahla... sedih jugak. Tapi takpe, tak ramai orang, senang skit nak present. Dan aku konker semua waktu sejam itu utk aku.
Memang teruk aku present. Tapi baik sikit aa dari yg lepas. Sikiiit jer. Tak banyak. Takpe, lain kali cuba lagi ek. Jangan putus asa. Aku mesti cuba sampai boleh!
Has, jgn aa sedih2... setiap yg berlaku ada sebab musababnya. Jgn sedih ye....
Tuesday, 5 July 2005
Test..test..testing..
Art and personality
Is there a connection between your personality type and the art that you like? Duration: 15 minutes
What sex is your brain?
Take the Sex ID test and find out more about 'brain sex' differences. Duration: 20 minutes
Do you see what I see? - Sagiv and Ward, UCL
Is Wednesday red? Take part in our experiment to test whether your senses overlap. Requires Flash 5 Duration: 10 minutes
etc..etc...
Here's some from BBC.
Enjoy!
Friday, 1 July 2005
Athar on Kowledge
Al-Hasan al-Basree, rahimahullaah, said: "Whoever learns something in the name of Allaah, seeking that which is with Him, he will win. And whoever learns something for other than Allaah, he will not reach the goal, nor will his acquired knowledge bring him closer to Allaah." [Related by Ibn ul Jawzee]
Ibn Mas`ood, radhiallaahu `anhu, said: "True knowledge is not measured in relationship to how much you memorize and then narrate, but rather, true knowledge is an _expression of piety [protecting oneself from what Allaah prohibited and acting upon what He mandated]."Also, "Study and act upon what you learn." [Related by Abu Na`eem]
May Allah strengthen the Muslims. Ameen.
p/s: fwd from email
Thursday, 30 June 2005
Monday, 27 June 2005
Top 15 Vacation Spots for Muslims this summer
May Allah be with you
Saturday, 18 June 2005
Kingdom Of Heaven II
InshaAllah all of you are having a great summer vacation. As many of you know there is a new movie out called "Kingdom of Heaven" which touches upon the life of Salahuddin Ayoobi. In the midst of all the western interpretations in the movie, we would like to share with you a quote from him:
"We hope in Allah Most High, to whom be Praise. Who leads the hearts of Muslims to calm what torments them and ruins their prosperity. Where is the sense of honor of the Muslims? The pride of the Believers? The zeal of the Faithful? We shall never cease to be amazed at how the disbelievers for their part have shown trusts, and it is the Muslims who have been lacking in zeal. Not one of them has responded to the call. Not one intervenes to straighten what is distorted; but observe how far the Franks have gone. What unity they have achieved. What aims they pursue. What help they have given. What sums of money they have borrowed and spent. What wealth they have collected and distributed and divided amongst them. There is not a king left in their lands or islands, not a lord or a rich man who has not competed with his neighbors to produce more support and rival his peers in strenuous military efforts. In defense of their religion they consider it a small thing to spend life and soul; and they have kept their infidel brothers supplied with arms and champions of war; and all they have done and all their generosity has been done purely out of zeal for him they worship in jealous defense of their faith. The Muslims on the other hand are weakened and demoralized; they have become negligent and lazy, the victims of unproductive stupefaction and completely lacking in enthusiasm. If, Allah forbid, Islam should draw reign, obscure her splendor, blunt her sword there would be no one, east or west, far or near who would blaze the zeal for Allah's religion, or choose to come to the aid of Truth against Falsehood. This is the moment to cast off laziness, to summon from far and near all those men who have blood in their veins; but we are confident [He speaks about himself and the small party of believers who began with him and then became a large party]; but we are confident thanks to Allah- alhamdulillah- in the help that will come from him and entrust ourselves to him in sincerity of purpose and deepest devotion. InshaAllah, InshaAllah the disbelievers shall perish and the Faithful have a sure deliverance.
Salahuddin Ayyubi
12th century
Likewise, InshaAllah we would like to invite you to the audio Sheikh Ahmad had done a few years back about Salahuddin Ayoobi. Please click the image below for the link.
InshaAllah please continue to remember Sheikh Ahmad and his father in your dua'.
JazakumAllah khairan!
assalamu alaikum
Student Volunteer
p/s: Dapat email ni dari ahmadjibril@yahoogroups.com. Dia pun ada website yg bermanfaat. Click sini
Wednesday, 15 June 2005
Pemalsuan Fakta Sejarah Dalam Kingdom of Heaven
A'kum.
ops.. bukan nak buat review. malas la pulak nak tulis berjela2. dissertation pun tak siap2 lagi. apa yang nak dikongsi ialah, beberapa kesalahan fakta sejarah di dalam cerita Kingdom of Heaven. bagi ana, cerita ni kira oraitlah. unbiased. yang berada di pihak yang tak kena 'sindir' dalam cerita ni, ialah yahudi sahaja. entah2, yahudi yang melobi supaya cerita ni dihasilkan.
sedikit kesilapan fakta sejarah dalam movie tersebut. harap2 ada yang tolong tambah :
1. Balian bukan anak kepada Godfrey. Balian adalah anak kepada Barisan of Ibelin. Ana tak pasti Godfrey mana yang dimaksudkan di dalam cerita tersebut, tetapi setahu ana, Godfrey (duke of Bouillon) adalah salah seorang panglima Crusade yang menawan Jerusalem pada tahun 1099 CE.
2. Balian juga bukanlah seorang yang hampeh yang bekerja sebagai blacksmith. Tetapi beliau merupakan salah seorang tokoh Crusade.
3. Balian turut serta di dalam peperangan Hittīn, peperangan yang merintis jalan ke arah pembukaan kembali Jerusalem.
4. Cinta Balian dengan Sibylla adalah tipu semata-mata.
5. Sebelum bunuh Reynaud de Chatillon, Salāh al-Dīn ada mengajak beliau memeluk Islām.
6. Ana kurang pasti fakta adik perempuan Salāh al-Dīn dibunuh oleh Reynaud. Kalau betul sekali pun, ianya bukanlah menjadi asas kepada Salāh al-Dīn untuk menawan kembali Jerusalem. Paparan pembunuhan adik Salāh al-Dīn memberikan implikasi negative, kononnya usaha Salāh al-Dīn menawan Jerusalem adalah berdasarkan kepada dendam, dan bukannya atas kesedaran agama.
7.
8.
9.
ada sesiapa lagi nak tambah ? ada banyak lagi kot pemalsuan fakta sejarah.. malas pulak nak menulis rasanya
lib liverpool
email from: "Abid Fana"
Friday, 27 May 2005
Warrior of God
Assalamualaikum wrt wbt,
Sambil search apa2 tah kat internet terjumpa beberapa link pasal Salahuddin Al-Ayubi. Sangat2 menarik sekali. Menceritakan kronologi dengan lebih jelas camna Jerusalem ditawan oleh Islam. Agak panjang… tapi best ahh… [wink]
Bacalah…
Sultan Salahuddin Ayubi
The main website itself got great stuffs… [Rajin2, dtg aa jengah]
Dan juga, masa aku singgah kat www.amazon.co.uk utk cari buku sekolah, aku jumpa buku ni…. Tengah sale kat sana. Dgn tak sengaja, Allah izin aku terclick 'OK' utk beli.. Aduss [tepuk dahi]… Seb baik murah… [tengok aa sendiri berapa]
Tengok aa bila sampai nanti, dah abis baca, aku komen aa best ke tak buku ni. Tapi kalau korang nak beli gak, ianya hardcover, jadi, aku kira memang murah aa.. Cuma isinya tatau lagi bole pakai ke tak. Takut dari orientalis. Tapi aku dah terbeli, nak wat camna.
Satu lagi yang menarik minat aku ialah jurnal ni. Korang cuba2 la tengok. Membuka minda jugak. [wink]
Sampai sini dulu. Salam ukhwah..
Tuesday, 24 May 2005
...No Title...
Pilu, pedih dan risau..
Ya Allah, bantulah aku dalam meneruskan perjuangan ini.
Kuatkan aku...
Permudahkan urusanku..
Wahai diriku,
Tabahkan hatimu..
Jangan berhenti berusaha dan berdoa padaNya.
Engkau mampu lakukannya, percayalah..
Jangan putus asa dan putus harapan padaNya...
Sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui segalanya.
Astaghfirullah 'azim...
Astaghfirullah 'azim....
Astaghfirullah 'azim.....
p/s: Kengkawan, doakan aku juga ye...
Wednesday, 18 May 2005
The Ant Phillosophy
Feels good after reading it. Thought wanna share with u guyz...
Tuesday, 17 May 2005
Sharing Chemy Thoughts
Dengar khabar dari diorg juga membuatkan aku lebih bersemangat utk meneruskan perjuangan kimia aku nih...
Aku bukan xnak citer dgn kengkawan aku kat sini. Cumanya, sian kat diorg…sbb diorg pun xpaham. Jadi, dari diorg nak memahami, pening pulak kepala diorg. Hehe..
Takpe la… Kalau xde org nak cerita pun, Allah ada kan…
Yang senantiasa bersama di mana saja aku berada,
Memerhati dan memahami,
Menentukan segalanya..
Tuhan,
Hanya padaMu aku mengadu,
Bantulah hambaMu yg kerdil ini…
Permudahkanlah urusanku...
# Song of the day #
#####################################################
Artist: Mpulz
Song: The Journey
I know that you're searching for answers,
Afraid that you'll be left behind,
But you can't rush time,
Got to wait in line,
In time the answers you'll find
(Chorus)
You'll get your wings at the right time,
Even birds must learn how to fly,
You gotta move on from whats breaking you heart,
Don't let you life pass you by.
I know that you're scared of failing,
But you can't succeed if you dont try,
To see what I do,I believe in you,
And soon your wings will take flight.
(Chorus)
(Bridge)
Sunshine always follows the rain,
Happiness always follows the pain,
Let's never look back and learn from the past,
Heart and soul is all you need,
all you need.
(Chorus x2)
Taking the journey,
Enjoying the ride,
Be true to yourself,
Let your heart be your guide.
Kingdom of Heaven
Dah tengok?
Best wooo... aku tengok dua minggu lepas. Memula ingat nak pos awal, tapi xsempat. 'Makcik bz' [smile]...
Ada orang tengok sebab pelakon, dan ada yang tengok sebab memang minat kisah epik... tapi aku tengok sebab kawan ajak. Beria2 dia ajak... [dia memang minat cerita epik ni] aku pun ikut je la. Tapi memang tak sia2 la aku tengok.
Kisahnya berlatarbelakangkan zaman perang salib di mana Salahuddin Al-Ayubi nak menakluk kembali Jerusalem. Tapi tak banyak fokus kat Salahuddin dan orang Islam pun.. Dihighlightkan kisah seorang pemuda yang memimpin tentera Jerusalem utk berperang. Banyak konflik yang berlaku. Orang tak suka dia, kisah cinta, dsb...
Aku rasa ok aa citer ni.. tak berat sebelah... Heheh.. maner boleh berat sebelah, dah memang tercatat kat sejarah kisah keperwiraan Salahuddin Al-Alyubi ni. Buat malu je aa kalau reka sendiri. Tapi, kewujudan pemuda ni dalam sejarah, aku cam tak pernah tau lak. Pemuda yang gagah, merendah diri, dan tidak berkepentingan...hanya berperang utk agama dan negara Jerusalem.
Yang sedihnya, dan yang selalu berlaku, bila diorg ni sebut atau nak kisahkan pasal Islam, pasti ada yang tak betul disampaikan. Contohnya, di Jerusalem, orang Islam sembahyang berimam, tapi asing2, duduk jauh2... Dan satu lagi , Salahuddin baca Fatihah dalam sembahyang tak habis. Tau2 dah sadakalLah-al-'azim. Mende aa korang ni... bukan xde sumber...melambak..tapi masih camtu gak. Cerita ni ok la jugak... ada yang aku pernah tengok, dalam cerita Prince of Thieves, Morgan Freeman sembahyang atas sejadah, tapi buat cam orang sembahyang tokong... Huhu...
Hmm.. tu je aa komen aku. Terasa semangat lak bila tengok org Islam menang...
Yeah.. Membangun Bersama Islam...
Sunday, 15 May 2005
...Nasi Minyak, Ayam Masak Merah...
Kalau kita tak kejar masa, masa akan tinggalkan kita begitu saja. Maka akan terkapai2lah kita diselimuti rasa bersalah dan sesalan...
Hehe..apa la aku mengarut ni? Hanya aku dan diri aku yang tau [smile]
Aku dan Zura plan nak masak nasi minyak hari ni. Aku masak nasinya dan Zura masak lauknya.. ayam masak pedas. Saje je nak hilangkan rasa tension yang melanda. Sedap gak nasi minyak aku nih. Kak Su yg ajar dulu. Aku ingat2 lupa. Tapi masih ok la, rasanya.
Desert kami tak larat nak masak. Ingat nak wat pengat pisang, tapi bila pikir, tak masuk lak dengan nasi minyak. Jadi aku just beli respberry cheese cake. Kenyang kami 4 orang makan. Hohoho... sampai kembung perut.. ahamdulillah.
Seronok sungguh masak bersama, dan makan bersama nih... Lain kali boleh aa wat pakatan lain ek [wink]
Wednesday, 11 May 2005
Key To My Heart
Apa2 saje la yang aku buat ni....
Hehe.. bole gak tau pasal diri sendiri....
The Keys to Your HeartYou are attracted to obedience and warmth. |
In love, you feel the most alive when your partner is patient and never willing to give up on you. |
You'd like to your lover to think you are optimistic and happy. |
You would be forced to break up with someone who was emotional, moody, and difficult to please. |
Your ideal relationship is open. Both of you can talk about everything... no secrets. |
Your risk of cheating is zero. You care about society and morality. You would never break a commitment. |
You think of marriage as something precious. You'll treasure marriage and treat it as sacred. |
In this moment, you think of love as something you don't need. You just feel like flirting around and playing right now. |
Sebuah Penerbangan
Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith
Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah
Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan beratianya atas kesudian Pencipta kita
Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi kain putih kapas
Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan cendana
Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam
Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'
Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail danlain-lain
Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, sekadar kain yang diwangikan
Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan
Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelita
Di mana pegawai imegresen adalah Munkar dan Nakir, mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan
Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan
Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh
Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai dibawahnya atau Neraka Jahannam
Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan
Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang
Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan
Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya
Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria
Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu
Ya! Berita Baik!!
Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda
Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini
Oleh itu bergembiralah selagi boleh! dan sekiranya anda boleh!
Hanya ingat!!
Penerbangan ini datang tanpa 'amaran'
Cuma perlu ingat!
Nama anda telah ditempah untuk penerbangan
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
p/s: dipetik dari fwd e-mail
Mukmin Berjaya
Sifat yang menjadikan orang-orang mukmin berjaya :
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
1) Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
الَّذِينَ هُمْ فِى صَلاَتِهِمْ خَـشِعُونَ
2) (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya,
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُّعْرِضُونَ
3) dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna,
وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَـوةِ فَـعِلُونَ
4) dan orang-orang yang menunaikan zakat,
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَـفِظُون
5) dan orang-orang yang menjaga kehormatannya,
إِلاَّ عَلَى أَزْوَجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَـنُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
6) kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.
فَمَنِ ابْتَغَى وَرَآءَ ذلِكَ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
7) Sesiapa mencari yang disebalik dari itu (zina, homoseksual, dsb) maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
وَالَّذِينَ هُمْ لاًّمَـنَـتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَعُونَ
8) Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya,
وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَتِهِمْ يُحَـفِظُونَ
9) dan orang-orang yang memelihara solatnya.
أُوْلَـئِكَ هُمُ الْوَرِثُونَ
10) Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,
الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَـلِدُونَ
11) (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.
Surah Al-Mukminun [1-11]
'Ya Allah, bantulah aku dlm mencari redhaMu dan tergolong dalam mereka yg berjaya.
Amiinn...'
Friday, 6 May 2005
What Your Birthdate Means?
Your Birthdate: October 21 |
Being born on the 21st day of the month (3 energy) is likely to add a good bit of vitality to your life. The energy of 3 allows you bounce back rapidly from setbacks, physical or mental. There is a restlessness in your nature, but you seem to be able to portray an easygoing, "couldn't care less" attitude. You have a natural ability to express yourself in public, and you always make a very good impression. Good with words, you excel in writing, speaking, and possibly singing. You are energetic and always a good conversationalist. You have a keen imagination, but you tend to scatter your energies and become involved with too may superficial matters. Your mind is practical and rational despite this tendency to jump about. You are affectionate and loving, but very sensitive. You are subject to rapid ups and downs. |
Thursday, 5 May 2005
Mari Bersenam!
One last message. Happy Excersicing !!!
p/s: Owh, I forgot to tell you. I've bought a bicycle recently. Alhamdulillah. Am very happy with it. I didn't have the pic right now..maybe later i'll include it in here.
Monday, 2 May 2005
Daresbury Laboratory
Dah lama nak mula blog ni. Tapi asyik tertangguh je. Byk keje dan byk juga benda yg difikirkan, membuatkan penulisan ini terhenti sebentar.
[Hmm… alasan jer tuh]
Korang apa khabar? Lama tak dengar berita.. Sama cam aku di sini ke? Busy juga ?
Tak kisah la... apapun, aku doakan korang sihat sejahtera dalam rahmat dan redha Illahi.
So... aku nak citer apa ek hari ni ? Haa... just nak khabar kat korang. Sekarang ni dah masuk 3 bulan aku dalam kos ni. Quite an interesting one. Cuma kena byk keje skit aa. Dah jadi student kan.
Minggu lepas, aku ke Daresbury Lab. There’s a one day training day bout this DL_Poly. An application that I’ll be using for my research. Yang membolehkan aku study bout the system of my compound.
I went there alone. Quite scared actually. Never have been traveling on my own in UK, not like in Malaysia. My supervisor showed me on how is the easiest way to go there. By train. Because my course will be early in the morning, I have to spend a night there. Luckily there’s hostel available.
Took about 3 ½ hour in the train. What to do? I get quite bored in the train coz I dunno what to do and who to talk to, so, I listened to the MP3. Fell asleep after that. Than at Runcorn (the train station), took a taxi to Daresbury Lab. So, there I was, in front of one of the most popular research centre in UK. Wow! I didn’t belive I’ve make it. Subhanallah…
Took the key and went to the hostel. Not like I expected. No TV, or toilet in the room. I just forgot that it’s a hostel…not a HOTEL…haha.. But its cost like a hotel, though. Never mind bout that. Its okay coz there’s washing machine downstairs though I’m sure that I wont be using it in my stay here. Just a reminder if I’m gonna be here the next time.
After washing myself [dah bau dah masa ni..travel jauh kan..] I went down to ask the guard how to get to the building where the course will be and bout the restaurant. Really hungry at that time. My stomach is growling. The guard was like don’t wanna tell me where’s the building. He’s like not trusting me… Asked him several time, and why I have to find that building. 'Coz my course will start early tomorrow'. Like I said b4. But he ignored my question. He just said that he’ll show me tomorrow cos I have to take a pass before entering tomorrow. Ok, then fine for me.
Then I asked him the restaurant. He showed me. Said that it’s Block A. [the block that I keep asking him for the course tomorrow] Hmm.. So I get to the restaurant to have my dinner. Ordered pasta baked. Its vegetarian. Not much people at that time. Actually, its one or two only. Maybe coz its past working time. So I had my dinner. I dunno where to pay and asked this uncle.. But he said that if he were me, he just be gone right now. Erk! I dunno what to say. Just look at him curiously. Actually, innocently. But he said that he thinks I won't have to pay for it. Ok then. Aku pun blah ler… Just smile at him.
Then I wonder around the place. Very tranquil. There’s a river beside the building, and saw some people cycling and jogging along the river. And there’s ducks too! Wow, it's so nice.
The next day, during breakfast I chatted with another girl. She was in a 3 day course and that day was the last day. Complained bout the food…since they were there. I think it wasn’t that bad, but maybe at that time I was really starving! That’s why I have no complains bout it! Haha!
The course was great. It’s a hands on course. We do our own calculation from the example. Quite bad coz I have lil’ problem with Java. I actually installed the wrong Java. How sad. But I think I get what they wanna show us. Suprisingly, I also met a girl from Malaysia. Cool, huh! She was from Manchester. Doing her MPhil. Towards the end, I met Maurice Leslie. He showed me bout DL_Multi. Cool! A lil’ different from DMAREL, explained me all… Good man he is! However, I can’t run my structure coz I have a different configuration from what DM_Multi wants. Maurice promised me to have a look at it first. Okay for me.
Return back with train again. Huh! What a day. MasyaAllah
Ya Allah, berkatilah ilmu yg Kau berikan padaku ini. Moga aku dapat menggunakannya utk kepentingan agamaMu ini. Aminn…
Friday, 22 April 2005
Saturday, 9 April 2005
...Sick...
Di klinik jumpa supervisor aku. Hehe..dia pun sakit gak. Sian dia. Mmg bz sejak kebelakangan ni. Maybe sebab tu kot. Kerja tanpa rehat.
Kali ni doctor tak bagi aku apa2 ubat pun. Dia suruh aku minum banyak air dan makan panadol. Takpe la…aku harap kejap je sakit ni.
Ya Allah, ampuni dosa2ku. Moga penyakit ini ada hikmahnya dan harap ianya tak beri kesan jangka panjang.
Wallahua’lam – Allah lebih mengatahui.
Monday, 4 April 2005
Tetapkan azam, kuatkan semangat!
Makin banyak belajar, terasa makin banyak pula tanggungjawab. Aku tak boleh lambat. Aku harus mengejar, bergerak dan terus maju...
Tapi, mampukah aku?
Susah betul...
Wahai Diri,
Kuatkan semangat, tabahkan hati..
InsyaAllah hasilnya bukan sekarang. Nanti, bila di sana nanti...
Tetapkan azam, kuatkan semangat dan terus mara ke hadapan!
Wednesday, 2 March 2005
Dimamah Usia
Bila aku tengok rupa dia, aku nampak sungguh perubahan wajah dia dari tahun lepas. Makin tua... Lebih banyak kedut2 di muka… MasyaAllah…Mungkin banyak berfikir kot. Masa aku balik ke Malaysia dulu pun camtu gak… banyak yg berubah pada pensyarah2 aku yang dulu. Makin dimamah usia. Dari yg dulu hitam lebat rambutnya, dah mula tumbuh uban di kepala. Dari yg berambut, kepada makin tiada, dan dari kulit yg tegang, dah mula kendur dan berkedut. Itu baru setahun je… Cuba bayangkan kalau lebih lama lagi.
Terasa betapa masa tu menghakis diri kita… Makin tua dan uzur. Makin tak bertenaga… Alangkah sayangnya kalau kita tak gunakan sebaik mungkin. Ke arah yg bermanfaat utk diri kita dan orang di sekeliling kita. Terutama sekali ke arah yg Allah redha… Mana nak tau, seminit dua lagi kita akan dipanggilNya… Apa nak jawab ye nanti? Sudah sempurnakah segala amanah yg diberikan? Segala ilmu, akal fikiran, tenaga, kemahiran… Tu tak masuk harta benda lagi.
Banyak yg Allah bagi modal kat kita ni…semuanya percuma je. Tak perlu bayar bil ke apa ke.. Benda free kan, mmg selalunya org take for granted. Bila terhantuk, baru tengadah.
AstaghfirulLahal ‘azim… Ampuni aku, wahai Tuhanku.
Okla… aku kena stop sini dulu. Takleh buang masa. Sat gi ada group discussion lagi. Yeah…lenkali kita cerita balik ek.
p/s: Malam nanti nak balik tengok cermin gak la. Banyak ke perubahan aku dalam setahun nih? Ntah2 dah ada uban kot!
"Live every day as if it were your last because eventually, one day, you'll be right!" ..Kev, BBC..
Tuesday, 1 March 2005
Akan Ku Nantikanya!!
Aku sebenarnya seronok melihat salji turun. Ada satu perasaan yg tak dapat digambarkan. Terasa diri ini menari2 bersama dengan layangan salji yang turun ke bumi. Terasa akan kebesaran Allah. Akan rahmat kasih sayangNya... Akan kekuasaanNya... Subhanallah !!
Kekadang keseronokkan aku tak dapat disorok. Semua orang pelik. Tapi tak kisahlah. Yang pasti, aku amat seronok !! Aku harap salji akan turun dgn lebat sikit sebelum musim bunga ni.
InsyaAllah… Akan ku nantinya jua!